Sambal Udang dgn Petai hari ini saya sediakan berasaskan resepi yg saya salin dr SINI. Saja mencuba resepi baru utk memberikan sedikit kelainan. Kalau ikutkan selera saya, udang paling sedap dimasak sambal tumis atau digoreng garam kunyit sahaja. Tapi asyik ulang ulang sambal tumis udang.
Bila memasak saya akan seimbangkan antara kesedapan dan waktu diambil utk berada di dapur. Masa sangat berharga umpama emas. Jadi kena banyak habiskan utk perkara yg lebih utama. Maksud saya, saya membaca ada tips yg menumis sambal tumis sampai 4-5 kali terbit minyak berulang ulang kali. Hmmm kalau banyak sangat beza keenakannya, barulah saya ikut. Kalau tiada beza, saya rasa rugi masa. Itu hanya pendapat peribadi saya sahaja.
Lagi satu, saya melihat ramai yg memasukkan sos cili di dlm sambal tumis. Saya lebih suka sambal tumis asli yg hanya menggunakan cili kering. Kalau dah masuk sos bagai, dah jadi macam sambal masak merah. Itu juga pendapat saya sahaja. Tolong jangan kecam atau terasa hati dgn pendapat saya. Memasak kan suatu aktiviti seni yg bergantung kepada kreativiti masing masing dlm berkarya di dapur.

Alamak nak bercerita berkenaan Sambal Udang dgn Petai tapi dah meleret leret ke Sambal Tumis Udang pula. Saya sebenarnya mencari resepi sambal udang stail Nonya tapi tak jumpa. Bila terbaca resepi ini, nampak ada lah ala ala masakan Nyonya. Itulah sebabnya ia menjadi pilihan saya.
Lagi pulak, menyediakannya sangat cepat dgn bahan bahan mudah yg memang tersedia di dapur. Resepi sebegini yg menjadi pilihan saya. Cepat dimasak dan sedap dinikmati.
Saya pernah mkn Sambal Udang dgn Petai di Restoran Adam Lai yg terletak di belakang bangunan PICC yg memang sangat sedap. Sambalnya kering melekat lekat di udang bukan macam Sambal Tumis Melayu yg sambalnya banyak.
Apa apa pun, sambal udang saya hari ini, sangat sedap dan sesuai dgn citarasa saya. Jika suka pedas, blh tambahkan cili padi mungkin sehingga ke 10 tangkai.

Jom layan resepi yg telah saya translate dan saya ubahsuai dgn memasukkan petai. Juga jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI utk mendapat gambaran jelas bagaimana ianya disediakan.

Sambal Udang Dgn Petai
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
500 gram udang – tinggalkan kulit di bahagian ekor
1 mangkuk petai
4 sudu besar minyak masak – blh tambah
½ sudu kecil serbuk kunyit
⅓ cawan air
3 sudu besar air asam jawa pekat
2 sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil kicap cair
Bahan kisar:
2 biji bawang besar – saiz sederhana
4 ulas bawang putih
2 batang serai – hiris
4-5 tangkai cili api – ikut suka pedas
1 sudu besar belacan – opsyenal
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dgn api sederhana sehingga wangi dan terbit minyak.

Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan pula petai dan udang serta air. Kacau rata.

Masukkan air asam jawa, gula, garam dan kicap cair. Terus dikacau sehingga udang masak.

Tutup api dan sedia utk dihidangkan.