SAMBAL TUMIS TELUR REBUS

DSC 0534 1 - SAMBAL TUMIS TELUR REBUS

DSC 0538 - SAMBAL TUMIS TELUR REBUS
Kat rumah Kak Nina tak blh kalau tak ada telur. seminggu sekotak Telur size Grade A. kadang-kadang tak sampai seminggu dah habis. Kes buat kek hari-hari. 🙂 Dan hari-hari juga kena masak telur dadar utk Batrisya. Tu belum telur separuh masak.. Dia dgn Incik kamal je sorang 3 biji telur. muka pun dah mcm muka telur kak nina tengok.. 🙂
Hari ni Kak Nina masak telur sambal. Asyik telur dadar je kan.. tukar selera pulak.
RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR REBUS

Bahan-bahan:
5 biji telur – Di rebus sehingga masak dan di kopek kulitnya.
1/2 sudu asam jawa di campur bersama 1/2 cawan air
1 biji bawang holland – hiris bulat
garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
4 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1/2 genggam cili kering – di rebus sehingga lembut
1 sudu mkn udang kering
Cara membuatnya:

DSC 0527 - SAMBAL TUMIS TELUR REBUS
– Goreng telur terlebih dahulu sehingga garing dan keperangan. Angkat dan ketepikan.
– Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak di permukaan sambal.
– Masukkan air asam jawa.
– Perasakan dgn garam dan gula.
– Masukkan bawang besar. kacau seketika kemudian masukkan telur.
– gaul rata sehingga sambal menyaluti kesemua permukaan telur.
– Angkat dan hidangkan.
DSC 0528 - SAMBAL TUMIS TELUR REBUS


Loading...

Tags: #Rebus #Sambal #TELUR #Tumis

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "SAMBAL TUMIS TELUR REBUS"