Sambal Tumis Sotong Dan Cerita Pembedahan Kaki

Sambal Tumis Sotong

Mungkin ramai telah tahu yg saya telah dimasukkan ke hospital dan telah selamat menjalani pembedahan kaki bagi membuang serpihan tulang yg patah dan juga menjahit urat kaki yg terkoyak. Entah kenapa kali ini saya menjadi sangat takut utk menjalani pembedahan sehinggakan saya teragak agak utk naik ke katil yg akan ditolak ke bilik pembedahan. Hampir saya membatalkan niat utk menjalani pembedahan ketika itu. Lagi pulak, pembedahan akan menyebabkan saya akan bercuti sakit yg lama.

Sekecil mana operation, pasti menpunyai risiko terutama jika kita memilih utk bius keseluruhan. Kebetulan inilah kali pertama saya dimasukkan ke KPJ Selangor. Jadi saya belum biasa dgn hospital ini. Saya sangat takut ketika tiba di bilik pembedahan dlm keadaan jaga. Di saat akhir saya bersetuju dgn doktor pakar bius utk mengambil bius separa badan sahaja. Ketika mereka mengangkat dan membengkokkan kaki saya, saya masih blh merasakannya. Dlm hati masih sempat berfikir bagaimana jika ketika mereka memotong kulit kaki saya ketika saya masih belum sepenuhnya merasai kesan bius. Hahaha. 

Ketika ternampak doktor bius, saya bertanya apakah ubat bius telah berfungsi. Beliau meminta saya mengangkat paha kiri dan kemudian kanan. Bila saya tidak dapat melakukannya, lalu beliau mengatakan bahawa ianya telah berfungsi. Saya juga bertanya jika beliau telah memberi ubat supaya saya akan menjadi lali. Biasanya saya akan mengucap kalimah syahadah semasa doktor memasukkan ubat tidur ke dlm drip. 

Selepas pembedahan biasanya saya akan dikejutkan dan selepas memberi respon, saya akan menyambung tidur sehingga dihantar ke bilik wad. Tapi entah kenapa saya diminta supaya menarik nafas dlm dlm dan menghembusnya berulang kali. Saya juga mendengar nurse menyebut berkenaan kekurangan oksigen sehingga saya diberikan oksigen melalui hidung. 

Jadi saya merasa penat dan tidak dapat berehat kerana setiap kali hampir tertidur, saya akan diminta utk menarik nafas. Saya mulai risau jika ada sesuatu yg tidak kena dgn saya ketika itu. Tambahan pula, saya blh mendengar dgn jelas, nurse bercakap berkenaan patient yg meninggal. Rasanya patient yg baru lepas menjalani pembedahan telah meninggal.

Di samping ketakutan menjalani pembedahan, dlm saat itu, saya juga sempat memikirkan betapa kerdilnya saya ketika itu, saya perlu dibantu orang lain. Saya perlu ditolak ke dewan pembedahan, saya perlu dibantu pernafasan dan saya perlu dibantu dlm segalanya. Jadi siapa pun kita, jangan sombong kerana semuanya kita perlu dibantu dr kita dilahirkan sehingga kita dikebumikan selepas meninggal dunia. Kita tidak mampu melakukannya sendirian. 

Selepas pembedahan, saya merasa sangat tidak selesa kerana kaki yg dibalut dgn bandage dan diletak alat support dr fibre glass utk memastikan semua urat dapat bercantum sempurna. Diletak di atas bantal, rasa lenguh dan tidak selesa, diletak rata di katil juga tidak selesa, diletak ke bawah juga tidak selesa. Berjalan menggunakan tongkat juga sakit. Sukarnya utk bergerak, utk ke bilik air dan solat. 

Selama ini, saya tidak dapat membayangkan rasa kesakitan mereka yg terseliuh kaki. Hanya setelah mengalaminya sendiri, barulah saya memahami betapa kesakitan dan ketidakselesaan. Berhati hatilah bila melangkah supaya tidak terseliuh dan tercedera. Kemalangan blh berlaku tanpa diduga ke atas sesiapa sahaja. 

Apa pun, saya yakin janji Allah bahawa kesakitan ini akan menghapuskan dosa dosa kecil saya. Aameen. Kini saya bercuti sakit yg agak lama tapi bayangkan keadaan saya yg mana saya perlu hanya duduk berehat tanpa blh melakukan apa apa. Tidak blh memasak, tidak blh berkebun apa lagi utk berjalan jalan. Jasad terkurung di saat minda bebas ke mana mana. Bertabahlah duhai hati…
Sambal Tumis Sotong

Sekarang masuk bab lauk sambal tumis sotong. Entri ini adalah antara entri yg lama menunggu giliran utk di publish. Bukan saya memasaknya ketika sedang sakit ini. Saya memang akan memasak lauk yg simple kalau menggunakan udang, sotong atau lain lain mknan laut. Lebih sesuai dgn selera saya berbanding dgn lauk yg berempah bagai. Sotong kali ini dihantar oleh @fishforitmy yg blh dilihat di Instagaram mereka.  

Saya kali ini menyediakan sambal tumis yg pekat dan kering. Jika suka blh juga sediakan sambal yg basah dgn memasukkan sedikit air dan kacau sehingga sambal terbit minyak. Sotong juga akan mengeluarkan air jadi jangan pula terlebih masukkan air. Nanti sambal akan berair dan jika dimasak terlalu lama, sotong akan menjadi liat.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba….
Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10-12 ekor sotong
1 senduk cili kering kisar
1 inci gula Melaka
1-2 sudu besar gula
Garam

Bahan kisar:
2 biji bawang besar 
3-4 ulas bawang putih


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili masak dan garing. Masukkan sedikit air dan tumis lagi sehingga kering sekali lagi dan terbit minyak. 

Masukkan gula Melaka dan kacau lagi sehingga gula Melaka hancur dan sambal berwarna cantik. 
Sambal Tumis Sotong

Masukkan sotong dan kacau rata. 

Sambal Tumis Sotong
Sambal Tumis Sotong

Masukkan garam, asam keping dan gula secukup rasa. Masak sehingga sotong masak dan sambal terbit minyak. Tutup api kerana sotong tidak blh dimasak terlalu lama.


Loading...

Tags: #Cerita #Kaki #Pembedahan #Sambal #sotong #Tumis

author
Author: 
    Wah Menariknya Aneka Autentik Di Bufet Ramadan Di Hotel Sunway Putra Ni.
    . Hotel Sunway Putra kali ini mengetengahkan menu autentik Melayu utk Buffet Ramadan
    Gara-Gara Bau Belacan Bakar, Jiran Rakyat Malaysia Di Perancis Telefon Polis.
    Hangat di laman twitter mengenai perkongsian seorang lelaki Malaysia mengenai kisah kawan kepada
    4 Menu Snek Barat Kesukaan, Daging & Keju Paling Sedap
    Frittata, lasagna, volcano beef dan shepard pie, sebut nama resipi snek barat ni
    5 Jenis Biji Kopi Penggemarnya Patut Ambil Tahu. Pilihlah Sesuai Citarasa.
    Biji kopi ni nampak sama aje, tapi sebenarnya berbeza rasa. Jika anda tahu

    Leave a reply "Sambal Tumis Sotong Dan Cerita Pembedahan Kaki"