Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

IMG 6388 1 - Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Sejak disahkan mengalami allergi, hanya sotong sahaja dr mknan laut yg blh saya ambil selain dr ikan. Semua mknan laut yg bercengkerang, memang kena berpantang. Jadi sotong memang kerap menjadi lauk pauk di rumah kami. 

Dulu dulu saya tak pandai juga memasak sambal tumis sotong. Sambal menjadi berkuah dan berair kerana air sotong yg keluar dan bercampur dgn sambal. Sejak itu, mulalah belajar dgn Pak Cik Google juga kawan kawan sehingga kini berjaya menghasilkan sambal tumis sotong yg cantik.  

IMG 6389 - Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Cara saya bila memasak sotong, ialah saya tidak membuang selaput kulit luar sotong. Itu cara saya. Saya suka melihat sotong yg bercorak corak bila siap dimasak. Masa kecil kecil dulu, masa mkn saya akan siatkan kulit sotong. Hahaha mkn kulitnya dulu. 

Saya rasa kurang berselera mkn sotong yg berwarna putih semata. Haa itu saya yg mungkin berbeza dgn orang lain. Raikan perbezaan tau.  Encik Hubby kalau sekali sekala menolong saya menyiang sotong, memang licin disiat kulit sotong. 

IMG 6408 - Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Sebab teringin utk mkn sotong bertelur, saya memujuk Hubby supaya pergi ke Pasar Taman Tun kerana di sana memang ada dijual sotong yg bertelur. Aduhaai sedap sangat sotong bila ada telur di dlmnya yg lemak lemak. Masak apa pun sedap, jika sotong penuh tersembul dgn telur.

Jom layan resepi dan cara saya menyediakan sambal tumis sotong di bawah ini. Jangan lupa juga utk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…

IMG 6386 - Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Sambal Tumis Sotong
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
750 gram sotong
5 sudu besar cili kering kisar
1/2 sudu besar garam
22 sudu besar gula
Gula Melaka
Air asam jawa

Bahan kisar:
2 ulas bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan sotong. Biarkan sotong separuh masak dan air sotong keluar. Air sotong blh dimasukkan ke dlm sambal, jika suka. 
IMG 6373 - Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Dalam kuali lain, panaskan minyak yg banyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar. Tumis sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. 
IMG 6377 - Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Setelah cili terbit minyak, masukkan gula dan kacau rata sehingga warna sambal menjadi merah gelap. 

Masukkan air rebusan sotong, air asam jawa dan garam. Kacau sehingga sambal sedikit kering dan terbit minyak. 

Setelah sambal pekat, baru dimasukkan sotong. Kacau rata. 
IMG 6379 - Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Renihkan sambal dgn api kecil sehingga sotong masak, sambal pekat dan terbit minyak. Blhlah ditutup api.

IMG 6382 - Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

IMG 6383 - Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen



Loading...

Tags: #AZIE #KITCHEN #Sambal #sotong #Tumis

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen"