Sambal Telur, Sambal Tempe. Dua Sambal Yg Buat Selera Bertambah

cover2 2 1 - Sambal Telur, Sambal Tempe. Dua Sambal Yg Buat Selera Bertambah

Jangan risau kalau di rumah cuma ada telur dan tempe. Buatlah sambal. Pastinya sedap. Ini dua resipi sambal drpada telur dan tempe yg pasti menambat selera anda.

SAMBAL TELUR HANCUR

2 27 - Sambal Telur, Sambal Tempe. Dua Sambal Yg Buat Selera Bertambah

Bahan-bahan


Minyak masak utk menumis
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 sudu besar cili kisar
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
4 biji telur

Cara memasak
1) Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bahan yg dikisar sehingga pecah minyak.
2) Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
3) Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
4) Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
5) Angkat dan sedia dihidangkan.

TEMPE GORENG DENGAN DAUN BAWANG

1 30 1 - Sambal Telur, Sambal Tempe. Dua Sambal Yg Buat Selera Bertambah

Bahan-bahan


1 keping tempe (potong dadu)
1 keping tauhu (potong dadu)
2 pokok daun bawang (potong 3 cm)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu mkn udang kering
2 ulas bawang putih (dititik)
1 sudu mkn pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)

Cara memasak
1) Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
2) Keluarkan minyak, tinggal sedikit utk menumis.
3) Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering sehingga wangi.
4) Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
5) Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
6) Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
7) Kacau seketika dan tutup api.
8) Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Komen anda

Loading...

Tags: #bertambah #Buat #Sambal #Selera #TELUR #tempe

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Sambal Telur, Sambal Tempe. Dua Sambal Yg Buat Selera Bertambah"