Sambal Telur 3 Rasa Hanya 7 Bahan Sahaja Lagi Mudah Dan Sedap

Loading...

ASSALAMUALAIKUM..
Lama pulak tak masak telur bersambal macam ni. Siapa peminat sambal telur, angkat tangan mesti ramai ni kan, siapalah yg tak minat dgn sambal telur kan. Sambal telur memang all time favourite. Baru – baru ini join adabi contest di Instagram, saja nak join tapi tak menang pun hii. Memang meriah sejak kewujudan IG Adabi di Instagram, Ramai pakat masuk join contest masak – masak. Hadiah lumayan juga tapi berkaitan dgn gadget dapur la.

Setiap minggu tu buat contest, tahu teknik marketing nak naikkan follower jugak kan. Tak putus – putus orang join.. Ok dah tu selain drpada pupuk minat memasak dlm diri, utk lebih kreatif juga dlm menghasilkan menu – menu yg menggunakan produk Adabi. 

sambal telur 3 rasa hanya 7 bahan sahaja
Kebetulan nak join sebab contest dlm minggu tu kena guna produk adabi sambal belacan. Tiba – tiba memang kebetulan ada produk adabi sambal belacan, terus nak on projek. Fikir punya fikir nak masak sambal telur 3 rasa. Menu simple jerr dlm kepala tak blh nak fikir berat – berat. 🙂
Kemain photography, tak menang pun tak apa lah, lagipun resepi terlintas campak- campak tapi rupa-rupanya sedap. Telur tu kalau goreng rasa lagi sedap, Yg ini tak goreng, kalau yg suka goreng, garing – garing sikit, salut dgn sambal special lagi la sedap. 

C360 2018 10 23 10 18 21 067 01 - Sambal Telur 3 Rasa Hanya 7 Bahan Sahaja Lagi Mudah Dan Sedap
Kenapa sambal telur 3 rasa sebab ada rasa masam, manis dan pedas. Bahan- bahan pun mudah hanya guna 7 bahan sahaja. Sambal Belacan adabi memang sedap, tapi yg guna ni yg sambal belacan moden. Ada 3 jenis ke semuanya.
Bahan – bahannya seperti gambar di bawah. Tak banyak pun bahan, tapi dapat hasilkan menu yg sedap, semua orang cakap sedap. hii. Cubalah resepi yg mudah ini ya, bau daun kari tu yg sedap. Apapun Adabi memang memudahkan kerja. Kalau rajin nak join lagi contest. Hadiah pun bernilai ratus – ratus jugak, kalau korang nak join sama jangan lupa follow instagram Adabi.
Cubalah ya resepi ini, resepi rekaan tapi sedap di tekak. 🙂

C360 2018 10 23 10 35 02 226 01 - Sambal Telur 3 Rasa Hanya 7 Bahan Sahaja Lagi Mudah Dan Sedap

SAMBAL TELUR 3 RASA HANYA 7 BAHAN SAHAJA LAGI MUDAH DAN SEDAP 

Bahan – bahan
4 biji telur direbus
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai lada burung diketuk
2 tangkai daun kari
Jus limau nipis secukupnya
Sambal belacan adabi Moden ( Pedas & Manis ) 3 sudu besar

 Cara – cara
1. Telur direbus sehingga masak
2. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus
3. Dlm kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan daun kari
4. Kacau sekejap dan kemudian masukkan lada burung yg telah diketuk
5. Apabila tumisan dah naik minyak,boleh masukkan dlm 3 sudu besar sambal belacan Adabi pedas manis
6. Kacau rata dan tambah sedikit air sekiranya tak nak bagi pekat
7. Akhir sekali, masukkan telur yg telah direbus dan kacau rata bersama bahan tumisan
8. Utk lagi extra kick, perah jus limau nipis dan kacau rata sekejap sebelum tutup api. Bila perah jus limau nipis,boleh balance dgn sambal belacan adabi yg pedas manis ini. Sedap tau. Masam, manis dan pedas

Nota
Garam dan gula tak payah tambah sebab sambal belacan Adabi sudah semestinya secukup rasa .
Telur rebus kalau nak goreng bagi garing kulit luar tu lagi sedap

Loading...

Tags: #Bahan #Hanya #LAGI #Mudah #Rasa #Sahaja #Sambal #Sedap #TELUR

author
Author: 
    6 Artis Indonesia Ini Punya Anak Sebelum Nikah, No 2 Diisukan Gay, No 4 Hamil Duluan!
    slidegossip.com – Popularitas yg diraih seorang artis turut membawa rasa penasaran publik soal
    Demo Ormas Tolak DWP Bubarkan Diri Karena Suara Speaker Kalah Keras!
    slidegossip.com – Penyelenggaraan acara Djakarta Warehouse Project (DWP) yg dihadiri byk artis dan
    Trio Ikan Asin Dipenjara, Kumalasari Makin Populer! Mbak You: 2020 Dia Akan Jatuh!
    slidegossip.com – Tak bisa dipungkiri, gara-gara kasus video ikan asin, nama Barbie Kumalasari
    Tiga muka surat pelajaran tulisan Jawi jadi pertikaian Dong Zong didedahkan
    Sejak Julai, pengkritik bertegas membantah rancangan kerajaan utk memperkenalkan tiga halaman pelajaran tulisan

    Leave a reply "Sambal Telur 3 Rasa Hanya 7 Bahan Sahaja Lagi Mudah Dan Sedap"