Sambal Sotong Kembang

Sambal Sotong Kembang
Kuliah Subuh Surau Ad Dhuha oleh Al Fadhil Ustaz Zhafri Amali bin Amaladdin di mana dimulakan dgn peringatan agar kita sentiasa berbaik sangka pd Allah. Jangan cepat melatah bila Allah tak bagi sesuatu yg kita nak. Itu lah adat nya manusia yg Allah sebutz, ada pun manusia saat Allah bagi kemuliaan dan nikmat melimpah ruah, akan memuji. Bila Allah uji dan sekat rezeki atau beri ujian dan musibah, dikatanya Allah telah hina aku. 

Macam mana kita blh sebut begitu pd Allah. Sedangkan apa yg Allah bagi adalah yg terbaik. Blh jadi apa yg kita minta adalah sesuatu yg buruk pd kita. Allah bagi bukan apa yg kita minta tapi apa yg terbaik atau sesuai utk kita. Sepatutnya saat diuji, semakin tinggi kebergantungan pd Allah. Apa yg kita minta Allah bagi, kena bersyukur. Tapi jika tidak bagi kena bersangka baik dgn Allah. 

Kata jibril pd Allah supaya jangan tergesa gesa utk makbul permintaan manusia tapi Allah nak dengar rintihan hambanya. Minta pd Allah bukan pd manusia. Allah tak akan bosan melainkan kita sendiri yg akan merasa bosan. Allah tangguhkan permohonan kita kerana Allah suka mendengar rintihan dan permohonan hambaNya. OK sekarang kita sentuh sedikit bab resepi.

Saya sebenarnya tidak berapa gemar sangat mkn sotong kembang kerana rasanya yg tawar dan hampir tiada rasa. Biasanya saya mkn sbg lauk nasi lemak jika tiada pilihan lauk yg lain
Sambal Sotong Kembang

Tapi saya tetap suka mencuba menyediakan lauk menggunakan sotong kembang. Biasanya ia akan dimasak sambal tumis. Ada pelbagai cara orang memasak sotong kembang. 

Ada yg merebus sotong terlebih dahulu, ada yg dileburkan kesemua sekali dlm kuali bersama bahan tumis dan ada yg memasak seperti biasa. Jadi pilihan saya ialah memasak seperti biasa di mana sambal ditumis garing sebelum dimasukkan sotong. 
Sambal Sotong Kembang

Saya menyediakan sambal sotong kembang ini utk dimakan dgn lontong di hari raya nanti. Saya sediakan awal awal dan simpan dlm freezer. Ketika hampir dgn raya, saya tidak mahu terlalu sibuk di dapur sehingga keletihan utk beribadah terutama di malam raya.

Jom layan resepi yg saya gunakan di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…

Sambal Sotong Kembang

Sambal Sotong Kembang

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg sotong kembang 
1 keping asam keping
1/2 biji gula Melaka – saiz kecil
1 sudu besar gula atau secukup rasa
1 sudu besar garam atau secukup rasa

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
4-5 sudu besar cili kering kisar 
Belacan – saya tak letak

Cara cara:
Panaskan minyak yg banyak dan tumis bahan kisar kering sehingga garing dan pecah minyak. Blh tutup kuali jika tak mahu merecik. 
Sambal Sotong Kembang

Sambal Sotong Kembang

Masukkan sedikit gula supaya berkaramel. Kacau seketika. Kemudian, masukkan pula gula Melaka. 

Masukkan sotong dan kacau rata dgn api perlahan sehingga sotong lembut dgn air sotong yg akan keluar. 
Sambal Sotong Kembang

Sambal Sotong Kembang

Sambal Sotong Kembang

Masak lagi sehingga air sotong kering dan sambal terbit minyak. 
Sambal Sotong Kembang

Sambal Sotong Kembang

Akhir sekali, masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Blhlah ditutup api dan ceduk minyak yg berlebihan.  

Nota:
Jika suka blh masukkan kacang tanah yg digoreng tanpa minyak di tumbuk ke dlm sambal. 


Loading...

Tags: #Kembang #Sambal #sotong

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.