Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen

IMG 6301 1 - Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen

Pasti semua orang setuju bahawa nasi lemak sedap adalah bergantung kepada sambalnya. Jika sambalnya sedap, maka sedaplah nasi lemaknya. Sebetulnya tidak susah utk menghasilkan sambal nasi lemak yg sedap. Cuma perlukan kesabaran yg tinggi dlm menyediakannya. 

Maklumlah memasak sambal ini memakan masa sangat lama kerana sambal mesti ditumis dgn api perlahan sehingga benar benar terbit minyak. Selepas semuanya dimasukkan, sekali lagi sambal direnih dgn api perlahan sehingga benar benar pekat dan kuah terbit minyak dgn cantik.

Saya suka sambal nasi lemak yg sedikit manis tapi terpulang kepada selera masing masing. Bukanlah manis sehingga macam manis kuih tetapi terasalah manisnya lebih dr rasa masam dan masin. Bahan perasa ikut lah citarasa masing masing. 

Tapi sukatan yg diberi adalah apa yg saya gunakan dan blh digunakan sbg panduan kerana kemungkinan satu sudu saya tidak sama dgn satu sudu yg diceduk oleh anda. Akhirnya kerana rasa dan sesuaikan dgn selera dan tekak sendiri.

Sebagaimana saya menyediakan sambal tumis udang dan lain lain, saya hanya gunakan bahan utama cili kering kisar, bawang merah dan bawang putih. Hanya ini sahaja bahan yg saya gunakan. Tidak ada digunakan bahan lain seperti halia, sos cili dan semua itu. Memang ada orang memasukkan sos cili tetapi itu cara mereka yg berbeza dgn selera yg saya gemari.
IMG 6303 - Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen

Sambal nasi lemak ini blh disediakan banyak banyak dan simpan di dlm bekas bertutup dan masukkan dlm freezer. Bila terasa hendak mkn nasi lemak, tinggal keluarkan sahaja. Begitu juga jika ingin membuat sambal tumis ikan, ayam, telur, udang dsb, tinggal keluarkan dan panaskan. Masuklah lauk pauk yg disukai. Jadi urusan menyediakan hidangan menjadi mudah. 

Jom tengok resepi cara saya menyediakan Sambal Nasi Lemak. Video penyediaannya ada disediakan di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Juga jangan lupa nantikan resepi Nasi Lemak Azie Kitchen yg sangat sedap di entri akan datang. Selamat mencuba…

IMG 6300 - Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen

Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
12 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan bahan:
2 1/2 senduk cili kering kisar – 12 sudu besar
3-4 sudu besar gula pasir
1 1/2 sudu besar garam kasar
Sedikit gula Melaka
1 mangkuk air asam jawa

2 1/2 senduk minyak masak 

Cara cara:
Panaskan minyak yg banyak sesuai dgn bahan yg hendak ditumis. Tumis bahan kisar dgn api perlahan sehingga bawang masak dan naik bau. 
IMG 6290 - Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen

Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. 
IMG 6293 - Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen

Setelah sambal terbit minyak, masukkan gula dan gula Melaka. Kacau rata sehingga warnanya akan menjadi gelap kerana proses caramelised gula dlm sambal. 

Tuangkan sedikit air asam jawa dan masukkan garam. Kacau lagi sehingga sebati. 

Renihkan sambal dgn api yg kecil supaya sambal pekat dan tahan lama. 
IMG 6304 - Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen

Nota:
Boleh dibuat banyak banyak dan disimpan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais. Bila hendak mkn, cuma tambahkan dgn udang, ikan, telur atau apa apa yg disukai. 

Boleh guna asam keping juga sbg ganti asam jawa. 

Jika minyak berlebihan, blh diceduk keluar selepas sambal masak. 
IMG 6298 - Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen

Loading...

Tags: #AZIE #KITCHEN #Lemak #Nasi #Sambal

author
Author: 
    Jalan Jalan lihat cara MASAK gadis cantik ini di pasar
    Sailors Lament by Audionautix is licensed under a Creative Commons Attribution license (https://creativecommons.org/licenses/by/4.0/)
    Resep Kue Janit Janda Genit
    Resep Kue Janit Janda Genit Bahan : 250 gr tepung terigu 50 gr
    Resep Dan Tutorial Memasak Kwetiau Goreng Ala Chef dapurputih.com
    Resep Masak dan Video Tutorial Cara Memasak Kwetiau Goreng Kamu dapat membaca resep
    Resepi Puding Milo Oreo
    Ade yg Kate Puding Oreo Milo ni tengah viral skg. Betul ke? Rasenye

    Leave a reply "Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen"