SAMBAL KETUK IKAN BILIS SEDAP

Loading...

DSC 0429 1 - SAMBAL KETUK IKAN BILIS SEDAP

DSC 0435 - SAMBAL KETUK IKAN BILIS SEDAP

Sambal ketuk pembuka selera. Sambal ni memang wajib ada di meja mkn tatkala kak nina sekeluarga bersahur. Rasanya macam tak lengkap jika tak mkn pedas. Anak-anak kak nina pun suka dgn sambal ketuk ikan bilis ni.

Bila buat sambal ni kak nina tak buat pedas sangat. sebab nak jaga perut anak-anak juga. Pedas tu masih terasa tapi tidak terlalu pedas.. kah..kah..kah.. apa aku merepek ni…

Dan kak nina suka lebihkan ikan bilis.. rangup krap krup krap bila mkn. letak kat luar 3 hari pun tak rosak. Sambal ketuk ni kan… letak la lauk apa atas meja mkn.. tetap sesuai di mkn bersama.. nak-nak pula bila waktu sahur.. memang tak ada selera nak mkn.. tapi bila keluarkan sambal ketuk.. kadang2 tu blh bertambah nasi kat pinggan.

jom layan resepi simple dr kak nina.

RESEPI SAMBAL KETUK IKAN BILIS

Bahan-bahan:
Segenggam ikan bilis – di goreng rangup.
segenggam cili api – terpulang. nak letak berapa banyak pun. (campur cili hijau dan merah)
1″ belacan – (bakar terlebih dahulu) Kak nina tak letak. anak alergik.
1 sk gula
sedikit garam
2 biji limau nipis
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara membuatnya:

DSC 0415 1 - SAMBAL KETUK IKAN BILIS SEDAP
Goreng ikan bilis terlebih dahulu sehingga garing. Toskan minyaknya.

DSC 0416 2 - SAMBAL KETUK IKAN BILIS SEDAP
Goreng pula bawang merah dan bawang putih sehingga layu. ketepikan.
DSC 0418 - SAMBAL KETUK IKAN BILIS SEDAP
Kemudian tumis cili padi dgn sedikit minyak sehingga cili kelihatan layu dan sedikit garing. angkat.
DSC 0422 2 - SAMBAL KETUK IKAN BILIS SEDAP
Bahan-bahan yg di perlukan untu sambal Ketuk.
DSC 0425 - SAMBAL KETUK IKAN BILIS SEDAP
Tumbuk cili padi dan bawang sehingga lumat.
DSC 0426 - SAMBAL KETUK IKAN BILIS SEDAP

Kemudian masukkan ikan bilis. tekan2 sehingga sedikit hancur. tak suka hancur mix je dgn ikan bilis yg di goreng tadi. lepas tu perasakan dgn sedikit garam dan gula. Perahkan limau kasturi..
DSC 0437 1 - SAMBAL KETUK IKAN BILIS SEDAP
Tada….. Dah siap… 

Loading...

Tags: #Bilis #IKAN #KETUK #Sambal #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "SAMBAL KETUK IKAN BILIS SEDAP"