Sambal Ikan

Sambal Ikan 1 - Sambal Ikan Sudah agak terlalu lama saya tidak mengemaskinikan blog resepiraidah ini. Masa tidak mengizinkan utk mengadap lama didepan laptop. Sibuk melayan baby, sikakak dan abang2nya. Resepi ini pun merupakan masakan yg ringkas juga utk disediakan.

Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal(blh gunakan ikan lain seperti tenggiri, kembung dll)
Sedikit garam dan kunyit
** Lumurkan/Garam kunyitkan ikan dan goreng sehingga masak atau sehingga garing.

Bahan tumbuk/kisar kasar:

5 biji cili besar merah
10 biji cili api
1 biji bawang Besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan lain:

1 biji bawang ~ dihiris
1 sudu besar sos cili
Garam dan gula
Air
Minyak

Cara penyediaan sambal:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga agak garing.
2. Masukkan sedikit air, cili sos, bawang hiris, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan rasakan masam, masim dan manis secukupnya.
3. Angkat dan tuangkan ke atas ikan yg telah digoreng.

Loading...

Tags: #IKAN #Sambal

author
Author: 
    Biskut Raya Popular 2019: Resipi Snow Almond Mudah & Sedap.
    Anda dah mula tercari-cari resipi biskut raya utk thn ini? Maklumlah, Ramadan bakal
    Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Perlu Risau Lagi Bau Yg Tak Best
    Kadangkala, puding karamel nampak sedap tapi apabila dimakan kurang menyelerakan sebab ada bau
    Resipi Colek Paling Ringkas Dan Terlajak Sedap
    Petang-petang duk kumpul adik beradik sambil2 nyicahh sambil2 membawang..resepi colek paling ringkas tapi
    Resipi Puding Tiramisu Mudah Buat
    Adus sedap dpt nikmati puding , puas terasa di tekak tambah pula mkn

    Leave a reply "Sambal Ikan"