Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap

Tolong jangan kecam saya. Dah beberapa hari saya tak berselera mkn. Pergi ke beberapa restoran, semua nampak tak menyelerakan. Saya hanya bersarapan dgn 2-3 sudu nasi goreng yg disediakan oleh Pengasuh Ammar sbg pelapik perut sebelum mkn ubat.

Jadi tiba tiba terasa ingin memasak nasi lemak yg simple simple jer. Masya Allah sedapnyer. Hingga berulang kali terpacul dr mulut saya memberitahu pengasuh Ammar yg sedang mengendong Ammar, “Sedap Nyer Sambal Ikan Bilis Tok Mama hari ini”. Hahaha ikan bilis mata biru dr Pulau Pangkor.

Hahaha itulah penangannya bila kita memasak sesuatu yg lama kita tidak memasaknya. Terasa macam sedap giler, best ever sambal ikan bilis. Hahaha. Lebih lebih lagi di saat tekak terasa tidak lalu dan mkn apa sahaja, terasa tidak sedap. Bekas hidangan yg comel hari ini dihadiahkan oleh Kitchen Home Outlet. Blh tengok banyak design cantik cantik di Instagram mereka @kitchenhomeoutlet. Kuali memasak pula dr Instagram @mybazaaruk.

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap

Cara menyediakan sambal bilis hari ini adalah seperti cara arwah Bonda Mertua saya menyediakan sambal ikan bilis. Beliau sangat hebat dan semua yg dimasak terasa sangat sedap. Yg pasti saya menpunyai banyak versi penyediaan sambal ikan bilis. 

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap

Cuma kalau cara bonda Mertua, semua sekali bahan bahan dimasukkan secara serentak. Ikan bilis, bahan kisar, garam, gula dan asam keping. Dituangkan ke dlm minyak yg panas. 

Dimasak dgn api perlahan sehingga sambal terbit minyak. Berbezanya kerana hari ini, saya pula memasukkan bahan bahan secara berperingkat. Bukan secara sekali gus.

Selain sambal ikan bilis, saya gandingkan nasi lemak saya hari ini dgn ayam goreng, telur mata, ikan bilis goreng dan timun Jepun. Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit dan sebelum digoreng, digolek ke dlm tepung gandum terlebih dahulu. Goreng dgn minyak yg banyak. Insya Allah sedaplah kejadiannya.

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap


Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa utk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Saya syorkan agar anda menonton video dgn click di link baru dapat gambaran bagaimana cara saya menyediakannya. Selamat mencuba…

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap

Sambal Tumis Ikan Bilis  
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
2 biji bawang besar saiz sederhana – hiris

Air asam jawa
Garam kasar
Gula Melaka
Gula pasir


Bahan kisar:
16 tangkai cili kering + 2 sudu besar cili kisar 

5 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan – opsyenal, tak letak 


Cara cara:
Panaskan minyak yg banyak sesuai dgn bahan yg hendak ditumis. Masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu. 

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap


Tuangkan bahan kisar. Masak lama dgn api perlahan sehingga cili benar benar garing dan terbit minyak.
Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap

Masukkan air asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi. 

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap

Masukkan pula bawang besar hiris yg banyak. Masukkan gula, jika perlu. Perlahankan api dan renih sambal sehingga benar benar cantik dan terbit minyak.

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap

Sediakan nasi lemak dan lauk lauk tambahan utk dimakan dgn nasi lemak seperti ayam goreng, telur mata dan juga ikan bilis goreng.

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap



Loading...

Tags: #Bilis #IKAN #Lemak #Nasi #Sambal #Sedap #Terlajak

author
Author: 
    Tutorial Memasak “Tteokbokki” (Spicy Rice Cake) Versi Indonesia
    Masaknya pake bahan yg ada di Indonesia, jadi rasanya jelas ga sama dengan
    VLOG#182|RESEP BAKSO KENYAL DAN ENAK| RESEP BY ANTI MY FRIEND
    BAHAN BAKSO 1.DAGING SAPI 450GR 2.DAGING AYAM 250 GR 3.BAKING POWDER 1 SENDOK
    Tutorial Memasak mie Ala Cef Koplak
    Saya duwiarsana, di http://duwiarsana.com mencoba memasak mi dengan kompor baru saya yang lama
    RESEP SARWENDAH Apa Enaknya??? …… Review Hati Nurani Ala Rida
    Hello Teman – Teman Salam kenal buat kalian semua yang baru masuk atau

    Leave a reply "Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Yg Terlajak Sedap"