Sambal Ikan Bilis kering Yg Sedap

Loading...

IMG 8700 1 - Sambal Ikan Bilis kering Yg Sedap

Saya dapat idea utk menyediakan lauk Sambal Ikan bilis kering selepas bersembang dgn Linda dan Isma berkenaan lauk yg mereka sediakan semasa berbuka puasa. Mereka memberitahu masakan yg sama iaitu sambal ikan bilis kering. 

Rupanya ramai yg menyediakan lauk ini yg buka sahaja blh membangkitkan selera tapi memudahkan urusan menyediakan hidangan kerana ianya tahan lama. Sekali masak, blh mkn beberapa hari atau minggu. Boleh dibuat banyak banyak dan simpan dlm bekas bertutup. Blh tahan berminggu minggu kerana sambal ini kering dan garing.
IMG 8704 - Sambal Ikan Bilis kering Yg Sedap

Dalam entri yg lepas pun, saya ada kongsikan resepi sambal ikan bilis kering di SINI dan di SINI. Saya memang suka lauk kering seperti ini. Bukan saya tidak pernah memasak lauk ini tetapi kita seperti bingung memikirkan menu utk memasak seharian. 

Idea masakan blh datang dgn tiba tiba dgn hanya menanya kawan kawan atau melihat masakan yg muncul di IG atau facebook. Bukan saya sahaja, hari kedua berpuasa, sahabat saya mengadu hal yg sama. Katanya pening memikirkan apa nak dimasak. 

Teringat zaman universiti dulu, kawan saya Haryati Hashim selalu bawa balik sambal ikan bilis kering ini ke kolej setiap kali beliau balik dr kampung di Melaka. Sedap sangat. Kami beramai ramai mkn dgn roti. Telah lama saya mencari Yatie tetapi tak ada pula kawan kawan yg ada contact number beliau. Hmm kalau ada sesiapa mengenali beliau, blhlah sampaikan pesanan yg saya telah lama mencari beliau.

Berbalik pd lauk hari ini, sebaik sahaja sampai di rumah, saya terus ke dapur menyediakan sambal tumis ikan bilis kering. Jalan pula sangat sesak hari ini, kami tiba di rumah telah agak lewat. Jadi saya terkocoh kocoh juga menyediakan lauk ini kerana mahu memastikan masih ada cahaya selepas ianya disiapkan. Malangnya, sebaik ianya siap dimasak, hari telah gelap kerana telah hampir waktu berbuka puasa. Hmm gambar tidak lah berapa cantik. 

Sewaktu berbuka saya hanya mkn nasi putih yg digaul dgn sambal ikan bilis ini dan beberapa cubit ayam goreng sahaja. Tiada sayur dan tiada lauk lain. Sedap sehingga menambah sampai tiga kali.

Saya tak pasti dgn orang lain tapi selera saya kebelakangan ini agak simple. Saya mkn nasi putih dgn tak berkuah pun. Kadang kadang hanya digaul dgn sambal tumis atau kuah rendang sahaja. Bukan kuah banjir. 

Lauk yg Hubby beli di bazar Ramadhan, semuanya tidak sedap di tekak saya. Sama juga lauk di cafetaria atau di hotel, walaupun nampak menarik, namun tidak kena dgn selera saya. Saya pun dah bertahun tidak berbuka puasa di hotel. Dapat jemputan berbuka percuma pun saya tidak mahu hadir.  Apalagi yg berbayar. Mungkin saya dah melepasi stage yg suka mkn di hotel atau restoran restoran besar. Saya lebih suka masakan di gerai gerai atau homemade.

Jom kita sama sama menyediakan sendiri sambal ikan bilis kering utk dimakan ketika berbuka dan bersahur. Meh layan resepi di bawah ini. Secara asasnya, ia adalah seperti resepi sambal tumis ikan bilis yg biasa, cuma dimasak kering lama lama.  


IMG 8706 - Sambal Ikan Bilis kering Yg Sedap

Sambal Ikan Bilis Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
100-150 gram ikan bilis – saya guna 100 gram
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula atau secukup rasa
1 keping asam keping

Bahan kisar:
3 biji bawang besar – saiz sederhana
4 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kering kisar

Cara cara;
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis dgn api sederhana sehingga garing. Nota: ikan bilis dibasuh manja manja sejurus sebelum digoreng. Jangan basuh awal, nanti lambat garing.
IMG 8683 - Sambal Ikan Bilis kering Yg Sedap

Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang kisar sehingga masak dan berbau wangi. 
IMG 8684 - Sambal Ikan Bilis kering Yg Sedap


Masukkan pula cili kisar. Tumis dgn api perlahan sehingga ianya benar benar masak dan garing. Cili masak apabila telah terbit minyak dan kelihatan berbuih. 

IMG 8685 - Sambal Ikan Bilis kering Yg Sedap

IMG 8693 - Sambal Ikan Bilis kering Yg Sedap

Masukkan asam keping, gula dan garam. Kacau rata dan sejukkan. Sendengkan kuali utk membuang lebihan minyak. 
IMG 8697 - Sambal Ikan Bilis kering Yg Sedap

Kemudian masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata. Siap. 

IMG 8698 - Sambal Ikan Bilis kering Yg Sedap

IMG 8699 - Sambal Ikan Bilis kering Yg Sedap


Loading...

Tags: #Bilis #IKAN #KERING #Sambal #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.