Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

Loading...

IMG 8961 1 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business
Resepi ini saya pelajari dr Mimie dan saya bercadang utk menggunakannya utk business produk Azie Kitchen. Tapi kalau masih bekerja macam saya ni, memang masa agak tidak banyak, Jadi saya tertangguh tangguh utk mula menyediakannya. 

Sebelum masuk bab resepi, saya ingin kongsikan sedikit petikan dr Kuliah Subuh Al Fadhil Ustaz Ashaari bin Selamat di mana ustaz mengucapkan syukur kerana kita masih berada dlm bulan Ramadhan. Masih lagi diluangkan masa utk berada dlm majlis ilmu. Mudah mudahan ianya menjadi asbab utk kita diberikan syurga. Aameen. Jadi besarlah harapan saya agar follower semua baca apa yg saya kongsikan ini sbg santapan minda. 
IMG 8964 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

Pada 17 Ramadhan diturunkan Al Quran dikatakan Surat Al ‘Alaq ayat pertama turun di waktu Nabi Muhammad bertafakur di gua Hira. Terdapat khilaf ulamak ayat mana turun dahulu. Hakikatnya penurunan Al Quran diturun sekali gus dr Loh Mahfuz ke Baitul Izzah, iaitu langit pertama dunia pd malam Al Qadr disebut dlm surah Al Qadr ayat 21-22.  

Penurunan dr langit dunia oleh malaikat Jibril kepada baginda Nabi Muhammad pula berlaku berperingkat peringkat selama 23 thn. Di Mekah selama 13 thn dan Madinah 10 thn. Al Quran petunjuk yg membezakan antara yg haq dan bathil. Di bawa oleh malaikat jibril dlm bahasa Arab. Ini adalah kerana Nabi diutus di tanah Arab.

Hikmah diturun secara berperingkat sbg membuktikan Al Quran bukan datang dr Nabi SAW. Diceritakan kisah seorang yahudi yg menanya beberapa soalan pd Nabi Muhamad SAW. Antaranya berkaitan dgn roh. Soalan bab roh hanya diketahui Allah SWT. Tanya sekadar nak test walaupun telah tahu jawapan. Nabi menjawab Insya Allah aku akan bagi jawapan esok. Namun begitu, wahyu tak turun selama 15 hari. Jawapan Allah pd Yahudi tadi ialah roh adalah urusan Allah. Yahudi itu tetap tak masuk Islam kerana degil. Ramai para Nabi dr bani Israel.  

Al Quran menpunyai banyak nama yg menunjukkan kemuliaan satu satu perkara tersebut. Seperti nama nama Allah. Nama nama Nabi SAW juga banyak. Begitu juga Al Quran disebut sbg Al Kitab, inilah kitab yg tidak ada syak akan kesempurnaan menjadi petunjuk pd orang bertaqwa. 

Kedua Al Quran jika dikenali sbg Al Furqan. Disebut dlm surah Al Imran ayat 4. Sbg pembeza antara yg hak dan bathil. Yg benar dan yg salah. Sifat Al Quran sbg Al Huda iaitu petunjuk. Umat Islam lemah kerana kita meninggalkan Al Quran. Umat Islam tak akan sesat selagi berpegang pd Al Quran.  

Ketiga nama Al Quran iaitu Al Mau’idhah. Nasihat atau peringatan. Al Quran bukan berkenaan hukum hakam sahaja tapi mengandungi kisah umat terdahulu utk dijadikan peringatan dan supaya kita menjauhi perbuatan tersebut. Kisah kaum Nabi Lut yg dihapuskan. Tapi hari ini golongan LGBT ini muncul semula dan tak mahu ambil pengajaran dr kisah Nabi Lut yg disebut dlm Al Quran.  

Al Quran juga dikenali sbg An-Nur dlm surah An Nisa ayat 174. Cahaya kebahagiaan hidup di akhirat. Kita orang Islam tak habis setakat dunia sahaja.  Kita akan dihidupkan semula di akhirat. Ada rasa insaf dan ingin bertaubat sebelum mati. Perkara yg kita kena ada ialah bertaubat atas segala dosa. Al Quran beri cahaya utk kehidupan abadi di akhirat. Dunia adalah jambatan ke akhirat, di mana dunia adalah tempat bercucuk tanam. Hasilnya akan dituai di hari akhirat. 

Kelima, Al Balagh membawa petunjuk dan khabar gembira. Balasan dan ganjaran utk orang yg beriman. Kerana pd awal kedatangan Islam, umat Islam berhadapan dgn tekanan. Jadi Al Quran memberi motivasi kepada mereka dgn perkhabaran gembira. 

Al Quran sbg penghidup hati. Al Quran datang dr Allah. Bukan kata kata Nabi. Orang Arab banyak soal. Mereka gelar Nabi sbg penyair sedang Nabi tidak tahu membaca dan menulis. Sifat ummi yg merupakan sifat kemuliaan bagi Nabi utk membuktikan Al Quran bukan rekaan Nabi tapi wahyu dr Allah. 


Al Quran juga Adz Zikr kami yg menurun dan akan memelihara dan menjaganya. Datang dr Allah maka Allah yg akan menjaganya dr penyelewengan. 

Tujuan Al Quran diturunkan sbg panduan. Menjadi pembimbing manusia sehingga mencapai darjat Taqwa. Dlm surah Al Baqarah. Tiada syak akan kesempurnaan Al Quran sbg perunjuk bagi orang bertaqwa. Allah susun adanya solat sunat supaya kita menjadi orang bertaqwa yg perlu melalui proses yg sangat panjang. Al Quran sbg panduan hidup di dunia sbg bekalan di akhirat. 

Apa yg perlu dilakukan dgn Al Quran ialah hayati isi kandungan Al Quran dgn bertadabbur. Supaya kita hayati isi kandungan. Bukan sekadar dibaca tapi juga utk dihayati. Kita akan rasa keagungan Allah bila tahu kisah umat terdahulu. 

Dalam bulan Ramadhan jangan lupa utk membaca Al Quran. Rugi jika masuk Ramadhan tak berkesempatan baca Al Quran. Adakah luar Ramadhan kita mampu membacanya? Jadikan Ramadhan ini sbg titik permulaan. Tenung Al Quran pun dapat pahala. Kalau tak reti, jangan malu utk belajar Al Quran. Al Quran akan memberi syafaat pd kita. Mereka yg sentiasa berdamping dgn Al Quran. 

Kalau lepas kita mati, anak yg ditinggal mungkin bergaduh, jadi apa yg nak diharap hanyalah amalan kita sendiri sahaja. Al Quran blh memberi syafaat dan perlindungan pd kita. Jadikan Ramadhan sbg titik permulaan utk kita berdamping dgn Al Quran. Jadikan Al Quran sbg teman karib dan rujukan dlm kehidupan kita. Kembalilah pd Al Quran. Jadikan Al Quran sbg budaya hidup kita. Mudah mudahan apa yg dikongsi dapat memberi manafaat. 

Semasa bercuti di United Kingdom dan Eropah baru baru ini, lauk sambal ikan bilis kering ini menjadi penyelamat. Sedap dimakan dgn nasi putih, mee hoon atau roti putih sahaja. Sangat sedap sehingga anak anak memuji muji akan keenakannya. 
IMG 8965 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

Saya terfikir jika ingin memulakan business sambal ikan bilis kering. Tapi buat masa ini, saya belum berkesempatan lagi. Ya lah selagi masih bekerja, memang tiada masa. Masa yg ada perlu digunakan sebaiknya utk diri sendiri juga. 

Sangat mudah dan cepat disediakan. Yg penting sedap. Ianya adalah sambal ala ala Sambal Ikan Bilis Che Nor. Tapi tidak berminyak. Hari ini saya telah goreng cili agak tergaring sedikit. 

Maklumlah tangan penuh dgn kamera utk gambar blog, dgn handphone utk video dan lagi nak mengacau masakan di kuali. Jadi bila anda mencubanya, kena fokus supaya tidak ada yg hangit atau tergaring. Jangan macam saya. Tangan ada dua jer tapi macam macam nak buat dlm masa yg sama. Selamat mencuba semua…

Juga saya lupa utk menulis yg bawang goreng di atas sedap juga dimakan begitu sahaja. Sangat rangup dan blh dibuat jualan bawang goreng yg sangat laku. Kalau nak berniaga, cuba dulu sikit dan buat eksperimen kerana memasak ini perlu latihan juga. 

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. 
IMG 8967 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

Sambal Ikan Bilis Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
100 gram ikan bilis
100 gram bawang ros India – hiris 
8-10 gram cili kering – buang biji
Gula secukup rasa – dikisar dgn cili kering
Sedikit garam
Minyak masak

Bawang goreng:
1 genggam bawang yg telah dihiris
3 sudu besar penuh tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung

½ sudu kecil garam – atau secubit

Cara cara:
Bawang yg telah dihiris dibasuh dan ditos. Bawang hiris digaul dgn tepung gandum, tepung jagung dan garam sejurus sebelum digoreng dlm minyak yg telah panas. Pastikan dikirai kirai bawang supaya tepung tidak terlalu tebal. Goreng sehingga garing. Angkat tos dan ketepikan. 
IMG 8934 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

IMG 8935 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

IMG 8936 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

IMG 8937 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

Ikan bilis dibasuh dgn air dan ditos tapi jangan sampai kering. Satukan dgn tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dgn ikan bilis dan digaul rata sambil dikirai kirai. Biarkan selama 30 minit. Goreng sehingga garing dan rangup.
IMG 8930 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

IMG 8938 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

IMG 8939 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

IMG 8941 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

IMG 8947 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

Akhir sekali, cili kering digoreng sehingga garing tapi jangan sampai hangus. Angkat dan dikisar kasar dgn sedikit gula. Jangan sampai hancur tapi seperti flake sahaja.
IMG 8932 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

IMG 8948 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

Gaulkan semua ikan bilis, bawang goreng, cili kisar, gula dan garam sehingga sebati. Selepas beberapa ketika, cili akan meresap dan warna sambal akan menjadi lebih cantik.
IMG 8950 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business
IMG 8959 - Sambal Ikan Bilis Kering Sedap Sesuai Utk Business

Boleh disimpan dlm bekas kedap udara dan simpan dlm peti ais. Sedap dimakan dgn nasi, mee hoon, roti atau apa sahaja. 



Loading...

Tags: #Bilis #Business #IKAN #KERING #Sambal #Sedap #Sesuai

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.