Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business

Loading...

Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business
Entah kenapa rasa kelam kabut sangat pagi ini. sehingga saya secara tak sengaja telah terdelete, post Sambal Ikan Bilis Garing yg telah published sebelum ini. Huhuhu. Nasib baik masih ada draft yg belum diedit, jadi saya terpaksa lah edit semula. 

Seperti yg tulis sebelum ini, resepi ini saya pelajari dr Mimie dan saya bercadang utk menggunakannya utk business produk Azie Kitchen. Sebelum itu, saya kongsikan semula intipati kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Ashaari bin Selamat berkenaan bulan Ramadhan. Kita patut bersyukur kerana masih diberi peluang berada di dlm bulan Ramadhan sedang ramai yg tidak berpeluang.  

Dalam bulan Ramadhan diturunkan Al Quran pd 17 Ramadhan ketika usia baginda Nabi Muhammad SAW yg berusia 40 thn menyepi di Gua Hirak. Dikatakan Surah Al Alaq adalah ayat pertama turun di Gua Hirak. Terdapat khilaf ulamak berhubung ayat mana turun dahulu. Hakikatnya penurunan Al Quran diturun sekali gus dr Loh Mahfuz ke Baitul Izzah langit pertama dunia pd malam Al Qadr dlm surah Al Qadr ayat 21-22. 

Penurunan dr langit dunia oleh malaikat Jibril kepada baginda selama 23 thn. Mekah selama 13 thn dan Madinah 10 thn. Di bawa oleh malaikat jibril dlm hati dlm bahasa Arab kerana Nabi diutus di tanah Arab. Hikmah diturun secara berperingkat sbg membuktikan Al Quran bukan datang dr Nabi SAW. 

Diceritakan kisah orang yahudi yg menanya beberapa soalan pd Nabi Muhamad SAW. Antaranya berkaitan dgn roh. Yahudi tersebut bertanya sekadar nak test walaupun telah tahu jawapan. Soalan bab roh hanya diketahui Allah SWT. Nabi menjawab Insya Allah aku akan bagi jawapan esok. Namun begitu, wahyu tak turun selama 15 hari. Jawapan Allah pd Yahudi tadi roh adalah urusan Allah. Namun begitu, Yahudi itu tetap tak masuk Islam kerana kedegilan mereka. 

Banyak nya nama Al Quran menunjukkan kemuliaan satu perkara tersebut. Seperti nama nama Allah dan nama Nabi Muhammad SAW juga banyak. Begitu juga Al Quran disebut sbg Al Kitab, inilah kitab yg tidak ada syak akan kesempurnaan menjadi petunjuk pd orang bertaqwa. 

Kedua Al Furqan. Dlm surah Al Imran ayat 4. Al Quran sbg pembeza antara yg hak dan bathil. Yg benar dan yg salah. 

Sifat Al Quran sbg Al Huda petunjuk. Umat Islam lemah kerana kita meninggalkan Al Quran. Umat Islam tak akan sesat selagi berpegang pd Al Quran dan menjadikan Al Quran sbg petunjuk. 

Ketiga nama Al Quran iaitu Al Mau’idhah. Nasihat atau peringatan. Al Quran bukan hanya berkenaan hukum hakam sahaja tapi terdapat kisah umat terdahulu utk dijadikan peringatan supaya kita menjauhi perbuatan tersebut. Sbg contoh kisah kaum Nabi Lut yg dihapuskan. Hari ini golongan LGBT ini muncul semula dan tak mahu ambil pengajaran. Kehidupan mereka diiktiraf di sesetengah negara. Nabi suruh halau golongan ini dr rumah kerana malaikat tak turun. 

Al Quran juga dikenali sbg An-Nur dlm An Nisa ayat 174. Cahaya kebahagiaan hidup di akhirat. Kita orang Islam tak habis setakat dunia sahaja. Kita akan dihidupkan di akhirat utk pembalasan akan apa yg kita lakukan ketika di dunia. 

Kelima Balagh membawa petunjuk dan khabar gembira. Balasan atau ganjaran utk orang yg beriman. Kerana pd awal kedatangan Islam, umat Islam berhadapan dgn tekanan. Jadi Al Quran memberi motivasi kepada mereka supaya terus berusaha berjuang menegakkan agama. 

Al Quran juga Adz Zikr kami yg menurun dan akan memelihara dan menjaganya. Al Quran datang dr Allah maka Allah yg akan menjaganya dr penyelewengan. 

Al Quran sbg penghidup hati. Al Quran datang dr Allah. Bukan kata kata Nabi. Orang Arab banyak soal. Mereka gelar Nabi sbg penyair sedang Nabi tidak tahu membaca dan menulis. Sifat ummi yg ada pd Rasulullah adalah merupakan sifat kemuliaan baginda. Ianya juga membuktikan Al Quran bukan rekaan Rasulullah tapi wahyu dr Allah. 

Tujuan Al Quran diturunkan sbg panduan. Menjadi pembimbing manusia sehingga mencapai darjat Taqwa. Dlm surah Al Baqarah disebutkan sbg tiada syak akan kesempurnaan Al Quran sbg perunjuk bagi orang bertaqwa. Allah susun adanya solat sunat supaya kita menjadi orang bertaqwa yg perlu melalui proses yg sangat panjang. Al Quran sbg panduan hidup di dunia sbg bekalan di akhirat. 


Kita perlu ada rasa insaf dan ingin bertaubat sebelum mati. Perkara yg kita kena ada ialah bertaubat atas segala dosa. Al Quran beri cahaya utk kehidupan abadi di akhirat. Dunia adalah jambatan ke akhirat tempat bercucuk tanam. Hasilnya dituai di hari akhirat. 

Bukan sekadar dibaca tapi juga utk dihayati. Apa yg perlu dilakukan dgn Al Quran ialah hayati isi kandungan Al Quran dgn bertadabbur. Supaya kita hayati isi kandungan. Kita akan rasa keagungan Allah bila mengetahui tahu kisah umat terdahulu. 

Dalam bulan Ramadhan jangan lupa utk membaca Al Quran. Rugi jika masuk Ramadhan tak berkesempatan baca Al Quran. Adakah luar Ramadhan kita mampu baca. Jadikan Ramadhan sbg titik permulaan utk kita berdamping dgn Al Quran. Tenung Al Quran pun dapat pahala. Kalau tak reti, jangan malu utk belajar Al Quran. Al Quran akan memberi syafaat pd mereka yg sentiasa berdamping dgn Al Quran.  

Kalau lepas mati, anak yg ditinggal bergaduh, apa yg nak diharap hanyalah amalan kita sendiri sahaja. Al Quran yg blh memberi syafaat dan perlindungan pd kita. Jadikan Al Quran sbg teman karib dan rujukan dlm kehidupan kita. Kembalilah pd Al Quran. Mudah mudahan apa yg dikongsi dapat memberi manafaat. Sama sama jadikan Al Quran sbg budaya hidup kita. 
Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business

Sekarang kita masuk sedikit bab resepi. Sambal ikan bilis ini adalah penyelamat dan pembangkit selera ketika saya dan keluarga bercuti ke UK dan Eropah baru baru ini. Sangat sedap dimakan dgn nasi goreng, mee hoon goreng atau dgn roti. Anak anak memuji muji keenakannya. Insya Allah, saya memang berhajat utk menjadikannya satu produk jualan dr Azie Kitchen.   


Sangat mudah dan cepat disediakan. Cuma saya tergoreng garing sedikit cili. Maklumlah tangan penuh dgn kamera utk update blog, dgn handphone utk video dan lagi nak mengacau masakan di kuali. Jadi bila anda mencubanya, kena fokus. Jangan macam saya. Tangan ada dua jer tapi macam macam nak buat dlm masa yg sama. 

Selain itu, bawang goreng ini sendiri blh disediakan dan dibuat jualan bawang goreng rangup juga. Sedap dimakan sbg kudap kudapan pun selain dimakan dgn nasi goreng, mee goreng, mee hoon atau apa sahaja. Memang blh laku dan laris.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. 

Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business

Sambal Ikan Bilis Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
100 gram ikan bilis
100 gram bawang ros India – hiris 
8-10 gram cili kering
Gula – dikisar dgn cili kering
Sedikit garam, jika perlu
Minyak masak

Bawang goreng:
1 genggam bawang yg telah dihiris
3 sudu besar penuh tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
½ sudu kecil garam – atau secubit


Bawang yg telah dihiris dibasuh dan ditos. Bawang hiris digaul dgn tepung gandum, tepung jagung dan garam sejurus sebelum dimasukkan ke dlm kuali yg telah dipanaskan minyak. Kirai kiraikan supaya tepung melekat rata pd bawang dan tidak terlalu tebal. Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 
Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business

Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business

Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business

Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business

Ikan bilis dibasuh dgn air dan ditos tapi jangan sampai kering. Satukan dgn tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dgn ikan bilis dan digaul rata sambil dikirai kirai. Biarkan selama 30 minit. Goreng sehingga garing dan rangup.
Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business

Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business

Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business

Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business

Akhir sekali, cili kering digoreng sehingga garing tapi jangan sampai hangus. Angkat dan dikisar kasar dgn sedikit gula. Jangan sampai hancur tapi seperti flake sahaja.
Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business

Gaulkan semua ikan bilis, bawang goreng, cili kisar, gula dan garam sehingga sebati. Selepas beberapa ketika, cili akan meresap dan warna akan menjadi cantik. 
Sambal Ikan Bilis Garing Sedap dan Sesuai Utk Business

Boleh disimpan dlm bekas kedap udara dan simpan dlm peti ais. Sedap dimakan dgn nasi, mee hoon, roti atau apa sahaja. 
Loading...

Tags: #Bilis #Business #Garing #IKAN #Sambal #Sedap #Sesuai

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.