Sambal Ikan Bilis Dgn Petai

Sambal Ikan Bilis Dgn Petai
Saya tidak pernah lagi mengunjungi Pameran pertanian MAHA tapi entah kenapa thn ini saya tertunggu tunggu akan ketibaannya. Dah berbulan bulan menunggu kerana saya mahu mencari benih pokok buah buahan utk ditanam di tanah sekangkang kera kami di Sungai Buloh. Tapi bila kemalangan seperti ini menimpa, saya tidak pasti jika saya dapat mengunjunginya. Selain pokok buah buahan, saya juga suka pokok dan tanaman ulam ulaman. 

Semasa di dlm wad, saya ter tonton rancangan Selamat Pagi Malaysia di mana Zaini Salai House ada kongsikan resepi rendang itik salai. Bahan bahannya sangat mudah. Hanya santan, cili padi, kunyit hidup, serai dan lengkuas yg diketuk. Yg lain lain pastilah garam dan asam keping. Menelan nelan air liur tengok depa memasak dlm rancangan tersebut.

Rendang itik salai dikatakan sedap dijodohkan dgn ulaman daun maman atau daun puding. Saya pernah mkn jeruk maman tapi tak pernah melihat bagaimana pokoknya. Kalau daun puding langsung tak kenal. Yg saya tahu hanya pokok bunga puding sahaja. Itu yg rasa sangat teruja utk mencari benih kedua duanya.  

Entah kenapa selera mkn saya sekarang agak berubah. Agaknya perubahan usia juga menyebabkan kecenderungan saya sekarang lebih kepada masakan tradisional menggunakan sayuran dan ulaman kampung. Insya Allah, selepas sihat dan sembuh dr kecederaan kaki, saya ingin mula projek menanam pokok dan ulam ulaman. 

Sambal Ikan Bilis Dgn Petai

Hari ini, saya kongsikan resepi Sambal Ikan Bilis Dgn Petai lauk yg sentiasa versatile. Maknanya sedap dimakan bila bila masa sahaja. Pendek kata, tidak menjemukan. Lebih sedap jika petai dan ikan bilis rangup krup krap krup krap. Caranya ialah jangan masak petai terlalu lama dan ikan bilis hanya dimasukkan setelah sambal benar benar suam atau lebih baik jika dah sejuk. Jadi ia akan kekal rangup.

Cara memasak lauk ini adalah pelbagai versi. Blh digunakan cili padi atau cili merah hidup. Tapi hari ini saya menggunakan cili kering kisar. Hahaha cili kering kisar lebih jimat. Yg penting, rasanya sama jer sedapnya.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaan di Azie Kitchen youtube channel di SINI. 

Sambal Ikan Bilis Dgn Petai
Sambal Ikan Bilis Dgn Petai

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 mangkuk ikan bilis
Segenggam petai
3 sudu besar cili kering kisar
Air asam jawa
Garam
Gula

Bahan tumbuk:
2-3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tos. 
Sambal Ikan Bilis Dgn Petai


Panaskan minyak secukupnya dlm kuali lain, tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak. 
Sambal Ikan Bilis Dgn Petai

Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Masukkan garam dan gula secukupnya. 

Setelah sambal terbit minyak cantik, masukkan petai. Kacau rata dan tutup api. 
Sambal Ikan Bilis Dgn Petai

Setelah sambal sedikit suam, baru dimasukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sedia utk dihidangkan. 
Sambal Ikan Bilis Dgn Petai

Sambal Ikan Bilis Dgn Petai


Loading...

Tags: #Bilis #IKAN #Petai #Sambal

author
Author: 
    Manisan Sagu, Cantaloupe dan Kelapa Muda
    Manisan Sagu, Cantaloupe dan Kelapa MudaBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan1 cawan sagu,
    Kerabu Kaki Ayam Thai
    Kerabu Kaki Ayam ThaiBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan200 gm kaki ayam1 inci
    Daging Selasih Thai
    Daging Selasih ThaiBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan500 gm daging lembu cincang1 batang
    Ini 5 Mitos Tentang Mknan Frozen Korang Perlu Tahu.
    Sekarang ini mknan frozen sangat membantu memudahkan kerja penyediaan mknan, sebab itulah ia

    Leave a reply "Sambal Ikan Bilis Dgn Petai"