Sambal Ikan Bilis Dan Ayam Goreng Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak

Loading...

Sambal Ikan Bilis Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak

Saya sebelum ini tidak pernah mengalami kecederaan kaki atau pembedahan kaki. Tidak seperti yg dijangkakan, kesakitan agak berpanjangan. Selepas lebih 3 minggu, ianya masih sakit dan berdenyut. 

Bertambah lagi selepas bandage dibuka. Kaki akan menjadi bengkak dgn tiba tiba bila lama duduk di kerusi. Kaki perlu diangkat dan dilapik dgn bantal atau permukaan lebih tinggi termasuk waktu tidur. Kini baru saya faham kenapa doktor menasihati saya supaya berehat dan terus bercuti sakit. 

Seperti yg dijanjikan sebelum ini, saya kongsikan resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Sedap versi Azie Kitchen sbg lauk nasi lemak di SINI. Memang meletop dan entri di laman blog saya utk resepi ini dilawati oleh beribu ribu viewers dlm satu malam sahaja dan lebih seratus ribu dlm Instagram.

Saya merasakan ianya sangat sedap sehingga saya kongsikan di group WhatsApp famili memberitahu kesedapannya. Hubby yg ketika itu berada di luar atas urusan kerja, menghantar mesej utk segera balik mkn nasi lemak.
Sambal Ikan Bilis Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak
Seperti biasa, Boy yg tinggal di Shah Alam juga request supaya saya menyediakan Sambal Ikan Bilis utk dimakan dgn nasi lemak pd hari Sabtu. Setiap hujung minggu, Boy dan Mia akan balik ke rumah. Kiranya ini dah batch ketiga kerana sebelumnya, saya juga menyediakan satu mangkuk. Tapi Hubby minta dimasak lagi kerana dikuatiri ianya tidak cukup.

Untuk nasi lemak hari ini, saya juga menyediakan Ayam Goreng rangup. Maklum anak anak saya, bila tiada ayam, seolah tiada lauk. Goreng panas panas dgn minyak yg banyak menjadikan ayam saya hari ini sangat win.Yang satu lagi dlm pinggan saya ialah Rendang Itik Salai dgn Daun Puding di SINI.
Sambal Ikan Bilis Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak
Yang paling penting utk menentukan keenakan nasi lemak ialah sambalnya. Jadi sambal ini yg perlu diberi perhatian supaya hasil dan kejadiannya sedap dan memikat hati suami dan anak anak. Kalau blh, bukan sahaja enak tetapi juga cantik kejadiannya. Sambal merah dan berkilat cantik.

Jom saya kongsikan sekali lagi resepi dan kali ini saya sertakan sukatan bahan bahan yg saya gunakan. Blhlah diubahsuai sana sini ikut selera masing masing, jika suka. 

Jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel utk mendapat gambaran bagaimana ianya disediakan. Blh click di SINI utk video yg saya sediakan sebelum ini. 
Sambal Ikan Bilis Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak

Sambal Tumis Ikan Bilis  
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
100 gram/1 1/2 mangkuk ikan bilis
2 biji bawang besar  – hiris
1 sudu besar asam jawa – bancuh dgn 1 cawan air
1 sudu besar garam kasar
1/4 keping Gula Melaka
1 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan minyak masak 

Bahan kisar:
6 sudu besar cili kisar 
7-8 ulas bawang merah 
7 ulas bawang putih
Sedikit belacan – opsyenal, tak letak 

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu. 
Sambal Ikan Bilis Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak

Tuangkan bahan kisar. Masak lama dgn api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak.
Sambal Ikan Bilis Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak

Sambal Ikan Bilis Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak

Masukkan air asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi.
Sambal Ikan Bilis Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak
Sambal Ikan Bilis Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak

Masukkan pula bawang besar hiris dan kacau sehingga bawang layu. 

Sambal Ikan Bilis Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak

Akhir sekali, masukkan gula dan perlahankan api. Renihkan sambal sehingga benar benar cantik berkilat dan terbit minyak. Gula akan menjadikan sambal lebih berkilat. Jadi dimasukkan akhir sekali.

Sambal Ikan Bilis Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak
IMG 4596 - Sambal Ikan Bilis Dan Ayam Goreng Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak


Ayam Goreng
Ayam dilumur dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk cili sehingga bergaul rata. Kemudian taburkan sedikit tepung beras. Panaskan minyak yg banyak dan goreng sehingga garing.
Sambal Ikan Bilis Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak
Sambal Ikan Bilis Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak


Loading...

Tags: #Ayam #Bilis #GORENG #IKAN #Lauk #Lemak #Nasi #Paling #Sambal #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Sambal Ikan Bilis Dan Ayam Goreng Yg Paling Sedap Utk Lauk Nasi Lemak"