Sambal Goreng Jawa Yg Sedap

IMG 5850 1 - Sambal Goreng Jawa Yg Sedap

Hari ini adalah hari terakhir kita semua berada dlm thn 2018. Esok kita akan melangkah ke thn 2019. Semoga thn 2019 memberikan kita semua lebih kejayaan, lebih kebahagiaan, lebih nikmat kesihatan serta lebih keimanan. Aameen. 

Saya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Thn Baru 2019 buat semua follower blog, Instagram serta facebook Azie Kitchen. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan semua. Tanpa sokongan anda, pastinya mood ke laut ini akan menyebabkan blog bersawang dan tidak dikemaskini. 

Terima kasih juga kepada semua yg singgah di blog yg telah sudi click iklan iklan yg muncul di blog. Diharapkan lebih ramai yg akan click iklan tersebut. Alhamdulillah rezeki. Jutaan terima kasih dr saya buat anda. 

Sebagai penutup thn 2018, saya ingin kongsikan satu resepi yg pertama kali saya mencubanya iaitu Sambal Goreng Jawa. Alhamdulillah berjaya menghasilkan sambal goreng jawa yg sangat sedap. Pembantu rumah Nana juga memuji akan keenakan sambal goreng jawa saya hari.  

IMG 5852 - Sambal Goreng Jawa Yg Sedap

Nampak sangat meriah dan berwarna warni sekali sambal goreng jawa hari ini. Sebetulnya anda blh menggunakan apa sahaja sayuran yg disukai. Pastinya pilih lah sayuran kegemaran atau sayuran yg banyak khasiatnya. 

Terdapat dua jenis bahan dan sayuran, satu yg tidak perlu digoreng dan satu lagi bahan yg perlu digoreng terlebih dahulu. Saya memasukkan sedikit santan tapi dr apa yg saya pelajari, blh juga jika tidak ingin menggunakan santan. 

Masih ingat lagi pertama kali, saya mkn sambal jawa goreng ini ketika mkn di cafetaria tempat saya bekerja. Teman saya hari itu, Hajah Oznaini memberitahu yg beliau sangat suka mkn sambil meratah ratah sambal jawa. Dari situlah, baru saya tahu nama masakan sayuran yg terhidang dlm pinggan kecil di cafe. 
IMG 5851 - Sambal Goreng Jawa Yg Sedap

Sangat sedap dan sangat mudah disediakan. Cuma yg agak remeh sedikit ialah utk menggoreng semua bahan dan sayuran. Selepas semua siap digoreng, urusan lain menjadi sangat mudah dan cepat. 

Jom sama sama mencuba resepi Sambal Goreng Jawa menggunakan resepi di bawah. Sedap dimakan juga dgn nasi impit atau dgn ketupat. Jangan lupa subscribe Azie Kitchen youtube channel utk melihat cara penyediaannya. Blh click di SINI. Selamat mencuba…
IMG 5857 - Sambal Goreng Jawa Yg Sedap

Sambal Goreng Jawa 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Isi petai
4-6 tangkai kacang panjang
1/2 batang karot
1 tangkai cili merah 
Soo hoon
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 mangkuk santan/susu cair
1 inci lengkuas – ketuk
1 batang serai – ketuk
Sejemput ikan bilis

Bahan Goreng:
1 biji ubi kentang 
1/2 keping tempe 
1 keping tauhu
1 biji terung

Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Siang dan potong sayuran. Panaskan minyak dan goreng bahan dan sayuran yg perlu digoreng.  Goreng satu per satu, angkat dan ketepikan. 
IMG 5834 - Sambal Goreng Jawa Yg Sedap

IMG 5840 - Sambal Goreng Jawa Yg Sedap

Tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak. Masukkan ikan bilis, serai dan lengkuas. 

IMG 5836 - Sambal Goreng Jawa Yg Sedap

IMG 5841 - Sambal Goreng Jawa Yg Sedap

Masukkan gula dan garam. Kacau rata sebelum dimasukkan santan. 

Masukkan soo hoon dan kacau seketika sehingga soo hoon lembut. 

Akhir sekali, masukkan karot, kentang, kacang panjang, cili merah, petai, tempe, tempe dan terung. Kacau sehingga bergaul rata.
IMG 5845 - Sambal Goreng Jawa Yg Sedap

IMG 5846 - Sambal Goreng Jawa Yg Sedap

Sesuaikan rasa dan blh ditutup api. Sedia utk dihidangkan.

IMG 5849 - Sambal Goreng Jawa Yg Sedap



Loading...

Tags: #GORENG #Jawa #Sambal #Sedap

author
Author: 
    Mee Goreng Daging Sedap
    Detail recipe, please click my blog at http://www.aziekitchen.com/2017/11/mee-goreng-daging-yang-sedap.html Please follow me at :
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam

    Leave a reply "Sambal Goreng Jawa Yg Sedap"