Salib Di Grace Residents, Pemaju Kata ‘Test Lampu’, Bentuk Asal Adalah ‘Wang’ (王) Dan Bukannya Salib.

Loading...

Kerajaan negeri akhirnya buka mulut berkaitan isu bangunan kediaman di Jeluntong yg didakwa memaparkan lampu berlambangkan salib yg kecoh pd minggu lps.

Isu itu pd awalnya menjadi tular di sosmed apabila beberapa gambar bangunan itu disebarkan dan menyebabkan netizens berasa marah. Ia turut mendapat perhatian drpada Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.


Mufti Penang itu berkata pihak berkuasa negeri perlu segera mengarahkan pihak pemaju projek berkenaan utk mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan itu supaya tidak kelihatan seperti lambang salib.

Selain itu, Wan Salim juga mahu pihak berkuasa menyelidik terlebih dahulu adakah kejadian itu sengaja dilakukan atau hanya secara kebetulan sahaja.

“Saya dgn penuh harapan meminta kerajaan negeri menerusi Pejabat Timbalan Ketua Menteri Satu dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dgn seberapa segera perlu mengarahkan pihak pemaju mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan tersebut supaya tidak kelihatan seperti lambang salib yg tidak disenangi pihak tertentu.

“Perlembagaan Persekutuan juga melarang usaha mempromosi atau menyebarkan agama lain dlm kalangan masyarakat yg beragama Islam,” katanya menerusi akaun Facebook Jabatan Mufti Pulau Pinang, hari pd sabtu.

Kerajaan negeri melalui Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow dipetik sbg berkata, pemaju sebenarnya sedang menguji fasiliti bangunan tersebut termasuklah sistem pencahayaannya.

Salib2 1 - Salib Di Grace Residents, Pemaju Kata 'Test Lampu', Bentuk Asal Adalah 'Wang' (王) Dan Bukannya Salib.

Bagaimanapun jawapan itu nampaknya tidak dipercayai oleh rata-rata netizens yg mengikuti perkembangan kes itu.

Pendakwah terkenal, Ustaz Firdaus Wong semalam membuat post bg mengulas isu lampu salib itu dan reaksi warganet rata-ratanya bersetuju dgn pandangan pendakwah itu dan membayangkan Kerajaan Penang sedang melakukan penipuan.

“Sama ada saya setuju dgn sekumpulan masyarakat yg kurang senang dgn pancaran cahaya berbentuk salib, itu isu lain yg saya tak ulas. Cuma saya tertarik dgn kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yg berkata;

“…the developer is currently testing the facilities, including the lighting system.”

Saya mungkin blh bersetuju bahawa pemaju mungkin sedang testing kemudahan di situ termasuklah lampu tetapi apakah kemungkinan testing akan menghasilkan satu bentuk yg jelas seperti salib?

Ataupun ianya memang sengaja mahu TEST tetapi TEST WATER apa reaksi masyarakat? Andai masyarakat tiada respon, akan dibuat lagi atau bila masyarakat memberikan reaksi maka alasan lain diberikan?

Saya takut salib ke tidak? Errr saya tak takut salib kerana menurut Bible orang yg mati di kayu salib adalah orang yg terkutuk;

“Maka janganlah mayatnya dibiarkan semalaman pd tiang itu, tetapi haruslah engkau menguburkan dia pd hari itu juga, sebab seorang yg digantung TERKUTUK oleh Tuhan; janganlah engkau menajiskan tanah yg diberikan Tuhan kepadamu menjadi milik pusakamu.” (Ulangan 21:23)

“Kristus telah menebus kita dr kutuk hukum Taurat dgn jalan menjadi kutuk kerana kita, sebab ada tertulis: “TERKUTUKLAH orang yg digantung pd kayu salib!”(Galatia 3:13)

Tiada salahpun jikalau Nova Mulia adalah Religious developer yg berpaksikan nilainya kepada ajaran Kristian tetapi kenyataan KM Pulau Pinang bahawa mereka hanya menguji kemudahan itu sangat meragukan. Pemaju “test facilities” atau “test water” ya? Hmmmm,” katanya dlm satu kenyataan di Facebook.

REAKSI NETIZENS;

salib3 - Salib Di Grace Residents, Pemaju Kata 'Test Lampu', Bentuk Asal Adalah 'Wang' (王) Dan Bukannya Salib.

salib4 - Salib Di Grace Residents, Pemaju Kata 'Test Lampu', Bentuk Asal Adalah 'Wang' (王) Dan Bukannya Salib.

Sebelum ini beberapa pihak yg mendakwa mewakili NGO telah mengadakan demo di hadapan bangunan kediaman yg dikenali sbg GRACE RESIDENTS itu dan selepas itu lampu berbentuk salib tidak lagi kelihatan selepas ianya menjadi sensasi di internet.

Kumpulan yg mengadakan demo itu mendakwa bangunan kediaman tidak blh mempunyai apa-apa lambang berbentuk keagamaan dan ini termasuklah salib.

Bagaimanapun jurucakap pemaju menafikan lampu di bangunan tersebut memang disengajakan berbentuk salib.

Salib5 - Salib Di Grace Residents, Pemaju Kata 'Test Lampu', Bentuk Asal Adalah 'Wang' (王) Dan Bukannya Salib.

Menjawab kepada media, Nova Mulia Sdn Bhd berkata, lampu itu sebenarnya berlambangkan ‘wang’ dan bukannya ‘cross’.

“Jika semua lampu di tingkat atas dan tempat letak kenderaan dipasangkan, huruf cina (mandarin) ‘wang’ (王), yang membawa maksud maharaja ataupun raja akan terpapar,” katanya.  – 14 Januari 2019.

Loading...

Tags: #'Test #Adalah #asal #Bentuk #Bukannya #Grace #Kata #Lampu #Pemaju #Residents #Salib #Wang

author
Author: 
    JUMPA @ Sungei Wang : Tempat Mesti Pergi Dlm Kuala Lumpur
    Assalamualaikum guys.. Siapa tak pernah pergi Sungei Wang Plaza? Weh sini byk sangat
    FG Walet Bird’s Nest Meluaskan Empayar Di Johor Bharu
    Assalamualaikum, Kebaikan sarang burung kepada kulit muka & kesihatan badan memang sudah terkenal
    7 Seleb Ini Ganti Nama Setelah Masuk Islam, Namanya Jadi Indah Banget!
    slidegossip.com – Memilih agama atau keyakinan memang sudah menjadi hak pribadi masing-masing orang,
    Dulu Laris Manis Jadi Artis Sinetron, Lama Tak Muncul Malah Jualan Kopi dan Rempeyek!
    slidegossip.com – Nasib orang siapa yg bisa tahu, terkadang berada di atas, di

    Leave a reply "Salib Di Grace Residents, Pemaju Kata ‘Test Lampu’, Bentuk Asal Adalah ‘Wang’ (王) Dan Bukannya Salib."