Salam Isra’ Mi’raj, ingat Palestin dan Masjidil Aqsa..

Ketika Nabi Muhammad sedang berada pd peringkat di mana dakwah bgnda mulai merentas sebuah jalan antara seksaan dan kemenangan serta mula lahir menjadi bintang-bintang kecil yg berkelip-kelip di ufuk nan jauh, maka terjadilah peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa yg mencarik adat dan di luar kotak pemikiran manusia ini merupakan perjalanan dan mukjizat agung yg dikurniakan oleh Allah kepada manusia yg paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.
Isra’ dan Mikraj yg berlaku pd bln Rejab merupakan suatu peristiwa besar yg berlaku ke atas batang tubuh Rasulullah saw. Walaupun ada khilaf di kalangan ulamak mengenai berlakunya Isra’ dan Mikraj dlm bln Rejab, namun apa yg penting ialah byk pengajaran yg blh diambil drnya. Di antara perkara penting yg perlu kita ambil ialah hubung kait Isra’ da Mikraj dgn Palestin. 
Isra’ Mi’raj, Palestin dan Masjidil Aqsa
Dr Fadl Hasan Abas, seorang ahli akademik pakar ilmu tafsir berasal dr Palestin yg buta matanya, menulis sebuah buku berjudul Nafahat Min al-Isra’ wal Mikraj. Di antara kupasannya menyebut Isra’ Mikraj ialah hari Palestin.
Masjidil Aqsa merupakan destinasi terakhir perjalanan Rasulullah saw di bumi sebelum bgnda di Mikrajkan ke langit utk bertemu dgn Allah SWT. Hal ini bukanlah kebetulan, tetapi merupakan peraturan Ilahi yg penuh hikmat.
Di Masjidil Aqsa Rasulullah saw bertemu dgn para anbiya’ dan menjadi imam solat. Hal ini merupakan satu isyarat tentang pemindahan agama bg dunia dr bani Israel kepada umat yg baru, Rasul yg baru, kitab yg baru iaitu utk seluruh alam.
Firman Allah SWT: “Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan utk menjadi rahmat bg sekelian alam.” (al-Anbiya’: 107)
Surah al-Isra’ turun selepas surah al-Qasas. Surah al-Isra’ juga dinamakan surah Bani Israel. Tentu ada hikmah dinamakan demikian. Disebut Bani Israel bersama peristiwa Isra’ menunjukkan sejarah yg panjang di antara keduanya. Ini mengingatkan kepada orang Islam betapa keturunan bani Israel ini akan bertembung dgn orang Islam terutama dlm isu Palestin ini. Apatah lagi apabila mereka mendakwa punya hak ke atas bumi Palestin ini.
Sikap mereka dlm dakwaan hak ini tersangat sombong dan angkuh, bahkan tidak mempunyai asas yg kukuh baik dr segi agama maupun sejarah. Akan tetapi mereka hanya mengambil penguat atau dalil tersebut dr agama dan sejarah secara rekaan dan pembohongan. (lihat al-Qudsu Qadiyyatu Kulli Muslim – Dr Yusuf al-Qardhawi)
Kaum Yahudi, tabiatnya sentiasa melanggar perjanjian walau pun sudah dimeterai pd mulanya. Lihat di dlm sirah, bagaimana mereka melakukan tipu daya terhadap Rasulullah saw dan para sahabatnya ra.hum. Mereka bergabung dgn kaum musyrikin utk memerangi Rasulullah saw, menyerang kota Madinah utk memusnahkan kaum Muslimin di situ.
Di dlm al-Quran byk menceritakan buruknya sifat permusuhan orang Yahudi terhadap kaum Muslimin. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya kamu mendapati orang-orang yg paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yg beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (al-Maidah: 82)
Pertembungan ini akan terus berlaku sehinggalah hari Kiamat.
Rasulullah saw bersabda dlm sebuah hadis sahih yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidzi bermaksud: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara ‘Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”. (no 7523, riwayat Muslim)
Ketika ini rakyat Palestin sedang diserang bertubi-tubi dan Masjidil Aqsa masih lagi dicengkam regim Yahudi dan sekutunya. Tidakan regim haram ini yg telah melancarkan serangan ke atas Gaza dan perlakuan tidak berperikemanusiaan secara terang-terangani wajar dikecam dan dikutuk sekerasnya.  
Justeru, sempena berada di dlm bln Rejab yg mulia ini, marilah kita mengambil sebesar-besar iktibar mengenai Isra’ dan Mikraj. Janganlah kita hanya mendengar kisahnya saban thn tanpa ada apa-apa perubahan dan peranan yg dpt kita lakukan.
Marilah kita menyumbang segenap kemampuan dlm usaha utk membantu saudara seaqidah kita di Palestin, sekurang-kurangnya berdoa setiap kali selepas sembahyang. Mudah-mudahan segala usaha yg kita lakukan diberkati Allah SWT.

Loading...

Tags: #Aqsa.. #Ingat #ISRA #Masjidil #MI'RAJ #Palestin #Salam

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.