Salah faham konsep PAK21 buat guru tertekan

PhotoGrid 1549498096060 1 - Salah faham konsep PAK21 buat guru tertekan

Saya bersembang dgn seorang kawan tentang PAK-21. Dia cakap:

“Susah nak buat PAK-21 kat sekolah saya. Mana ada kelengkapan teknologi yg canggih2. LCD dan projektor pun terhad. Berebut-rebut dgn cikgu lain nak guna. Makmal komputer pun sedih je tengok. Line internet pun susah”.

Melalui apa yg dinyatakan oleh kawan saya ni, saya blh anggap bahawa kebanyakan cikgu sekarang mempunyai tanggapan yg salah tentang PAK-21. Dlm fikiran mereka PAK-21 = ICT. Tanggapan seperti ini perlu diperbetulkan.

Bahkan, ada juga SISC+ drpada PPD yg menyampaikan maklumat kepada guru-guru di sekolah bahawa PAK-21 itu ialah ‘Walking Gallery’, ‘Fan & Pick’, ‘Round Robin’, ‘Jigsaw Problem Solving’ dan bermacam-macam lagi.

Kononnya, jika cikgu2 buat PAK-21 di dlm kelas, cikgu2 kena nyatakan kaedah pembelajaran yg digunakan seperti yg diberitahu itu dlm RPH. Sebab itu kebanyakan cikgu2 malas nak buat PAK-21 di dlm kelas sebab rasa terbeban nak buat persediaan. Betul tak?

Apa yg diberitahu itu sebenarnya hanyalah salah satu bentuk atau struktur pembelajaran di bawah PAK-21. Semua kaedah ini bukanlah maksud sebenar kepada Pembelajaran Abad Ke-21!

Maksud PAK-21 yg sebenar-benarnya ialah apa-apa sahaja kaedah pembelajaran yg cikgu rancang utk dilakukan di dlm kelas yg berpusatkan murid dan melibatkan 4K1N, iaitu ‘Komunikasi’, ‘Pemikiran Kritis’, ‘Kreativiti’, ‘Kolaboratif’ dan ‘Nilai Murni & Etika’.
50739455 965285250335019 140059523472687104 o - Salah faham konsep PAK21 buat guru tertekan

50875395 965285200335024 1735272095887130624 o - Salah faham konsep PAK21 buat guru tertekan
50567755 965285140335030 7573269705088040960 o - Salah faham konsep PAK21 buat guru tertekan
50679514 965285043668373 7362739638122840064 o - Salah faham konsep PAK21 buat guru tertekan
51231827 965284997001711 7347907428127604736 o - Salah faham konsep PAK21 buat guru tertekan

Jadi, jika kaedah yg cikgu aplikasikan ke atas murid-murid itu mempunyai elemen2 yg disebutkan, maka cikgu telah mengaplikasikan kaedah PAK-21.

Tidak disebutkan pun cikgu wajib guna kelengkapan ICT dan lain-lain tu kan? Malah, cikgu pun blh cipta kaedah PAK-21 cikgu sendiri!

Kenapa cikgu-cikgu perlu pening kepala fikir tentang mcm mana nak laksanakan PAK-21 di dlm kelas? Bg saya, kebanyakan guru di Malaysia telah lama mengamalkan gaya pengajaran dan pembelajaran yg mempunyai elemen PAK-21 tetapi mereka tidak menyedarinya. PAK-21 bukanlah hanya melibatkan penggunaan Internet, komputer dan teknologi (ICT).

Mari saya tunjukkan cikgu-cikgu apa yg dimaksudkan dgn ‘teknologi pendidikan’ yg diberikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan:

“Teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau penggunaan alatan yg dpt membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yg lebih berkesan. Teknologi blh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga blh merangkumi maksud yg lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan, dan teknik.

Justeru, melalui maksud teknologi pendidikan yg dinyatakan di atas dan perbincangan tentang PAK-21, saya rumuskan bahawa,

1. PAK-21 bukanlah berkisar tentang penggunaan ICT semata-mata.
2. PAK-21 bukanlah hanya merujuk kepada struktur yg telah didokumenkan oleh sarjana-sarjana barat.
3. PAK-21 juga bukanlah tentang sistem ‘traffic light’, ‘susunan meja’ ‘hiasan kelas’ dan ‘peta i-think’.
3. PAK-21 hanyalah satu pendekatan. Cikgu pun blh cipta kaedah PAK-21 cikgu sendiri. 🙂

Sekian, terima kasih.

Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir
Guru Inovatif Negeri Sarawak (2017)
Penerima Hadiah Latihan Persekutuan KPM (2017)

Loading...

Tags: #Buat #Faham #Guru #Konsep #PAK21 #SALAH #tertekan

author
Author: 
    Setelah Cinta Itu Pergi Episod 17
    Drama Setelah Cinta Itu Pergi Episod 17 : Tamat sudah drama Jika Masih Ada
    Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam KFC
    Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam
    Download Jodoh-jodoh Annisa
    Salam drama,Siapa jejaka pilihan Annisa?Sinopsis -Jodoh-jodoh Annisa Download drama. Ep 1 follow admya
    Ulasan Filem: Velvet Buzzsaw (2019)
    Tahun Terbit | 2019Pengarah | Dan Gilroy Pelakon | Jake Gyllenhaal, Natalia Dyer,

    Leave a reply "Salah faham konsep PAK21 buat guru tertekan"