Salad Manga Ikan Haruan

aIMG 7637 1 - Salad Manga Ikan Haruan


Salad Manga Ikan Haruan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ikan haruan, kelar di bahagian atas
1 biji limau nipis
sedikit garam
Minyak utk menggoreng
2 keping asam keping

Cara-cara :
Cuci ikan dan lumurkan dgn sedikit garam dan perahan limau nipis utk hilangkan baunya.
Masukkan asam keping di dlm minyak dan goreng ikan sehingga garing.
Asam keping utk elakkan ikan melekat di kuali dan menghilangkan baunya.
Siramkan minyak panas di atas kelaran ikan sehingga ikan garing.
Angkat dan toskan.
Hidang bersama salad manga.

aIMG 7594 - Salad Manga Ikan Haruan


Bahan Salad Manga :
1 biji manga muda atau separuh masak, di sagat
2 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
1 bawang merah besar, potong dadu
3 tangkai cili padi, hiris
2 biji limau nipis, ambil jusnya
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar hirisan daun ketumbar
Kacang tanah sangai
Gula dan garam secukupnya

Cara :
Gaulkan manga bersama bahan-bahan hiris, perasakan dgn jus limau, sos ikan, gula dan garam secukupnya,  Gaul rata dan tabur daun ketumbar dan kacang tanah.
Hidang bersama ikan yg di goreng,

aIMG 7606 - Salad Manga Ikan Haruan

Salad Manga Ikan Haruan

Loading...

Tags: #Haruan #IKAN #Manga #Salad

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Salad Manga Ikan Haruan"