Sakit Penghapus Dosa Kecil

Loading...

Assalamualaikum…

Setiap manusia pasti akan merasai sakit. Ini adalah kerana ,  sakit adalah ujian yg diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya tidak kira bangsa , jantina , usia , pangkat dan kekayaan . Sakit juga adalah musibah yg menimpa seseorang mukmin dan mengandungi hikmah kerahmatan kepada hamba-hamba-Nya . Allah akan memberikan ujian dan musibah kerana tahu bahawa hamba-Nya seorang yg kuat dan tabah dlm menghadapi setiap cubaan.

Sama juga seperti saya , Demam sejak dua hari lepas..hmm..mungkin bebanan kerja terlebih berat …tu yg terus demam . Mahu atau tidak , terpaka lah mengambil cuti utk berehat . Selain demam kena pula batuk-batuk dan sakit tekak , selsema serta pening kepala..kiranya satu pakej yg lengkap . Terpaksa lupakan tumpuan terhadap kerja dan berehat sahaja di rumah sehingga sembuh . Dapat juga la ke klinik pd Jumaat yg terakhir di dlm thn 2018 ini .

ubat demam

Boleh tahan juga la bila dapat ubat utk demam , cairkan kahak , ubat batuk dan antibiotik . Semoga diriku cepat sembuh…Amin…

Hikmah sesuatu penyakit amatlah besar . Apabila kita sbg hamba diuji dgn sesuatu penyakit , hendaklah kita berusaha utk berubat dan setelah itu kita haruslah bersabar dan reda dgn setiap perkara yg berlaku dlm hidup.

Oleh itu , sbg umat Nabi Muhammad SAW, kita perlulah mendalami agama itu sendiri, bukan dgn hanya nama yg diberikan bahkan perlunya mempelajari Islam dgn lebih mendalam.

Justeru itu , kita sbg hamba-Nya haruslah senantiasa bersangka baik walau dlm apa jua keadaan. Janganlah kita sbg manusia merasakan sakit itu adalah sesuatu malapetaka kerana kita harus percaya bahawa setiap yg berlaku ke atas diri terselit hikmah besar yg kita sendiri tidak ketahui.

Akhir kata , mohon rakan-rakan seperjuangan doakan agar saya kembali sihat seperti sedia kala dan dapat menumpukan kerja-kerja yg tertinggal nanti..Amin

The post Sakit Penghapus Dosa Kecil appeared first on wanzawawi[dot]net.

Loading...

Tags: #Dosa #Kecil #Penghapus #SAKIT

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Leave a reply "Sakit Penghapus Dosa Kecil"