Sajian Sedap Dari 6 Negara Asia . Serasi Selera Berbuka.

Untitled design 113 1 - Sajian Sedap Dari 6 Negara Asia . Serasi Selera Berbuka.

Sajian Asia memang byk aneka rasa dan persembahan hidangannya. Tetapi tetap ada persamaannya terutamanya penggunaan rempah ratus yg menjadi kesukaan orang Asia. Memang patut ler sajian dr Negara Asia menepati citarasa rakyat Malaysia.

Malah sebahagian drnya sudah sebati selera orang kita. Jom semak resipi dr 6 negara Asia iaitu Indonesia, Thailand, Filipina, Burma, India dan Korea.

1. OPOR AYAM (INDONESIA)

Untitled design 23 8 - Sajian Sedap Dari 6 Negara Asia . Serasi Selera Berbuka.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam /dipotong 12 bahagian
  • 500 gm santan segar
  • 3 batang serai /diketuk
  • 4 helai daun salam
  • 6 helai daun limau purut /dicarik
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah

Bahan dikisar:

  • 3 sm lengkuas
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 biji buah keras
  • 1/2 sudu teh biji jintan
  • 2 sudu mkn gula merah
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan potongan ayam dan gaul sehingga sebati.
4. Masukkan pula santan sehingga mendidih.
5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dgn garam dan gula merah.
6. Opor ayam blh dihidangkan.

Saiz hidangan : 2- 3 orang mkn
Masa memasak :25 minit

Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.

INFO CHEF : Lauk ini byk menggunakan santan, jadi utk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.

2. GAENG KIAW WAN (Daging Masak Kari Hijau), THAILAND

Untitled design 25 5 1 - Sajian Sedap Dari 6 Negara Asia . Serasi Selera Berbuka.

 BAHAN-BAHAN :

Bahan tumis (pes hijau) :

  • 1 batang serai /dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih /dikisar halus
  • 1.5 sm lengkuas /dikisar halus
  • 6 biji cili hijau besar / dikisar halus
  • 20 gm belacan /dibakar dan kisar
  • 1/2 sm kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh ketumbar
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 biji kulit limau purut /disagat
  • 4 helai daun limau purut / dihiris halus
  • 200 gm daging /dihiris nipis
  • 20- 30 gm daun selasih
  • 1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
  • 10 gm kubis bunga/ dihiris
  • 3 batang kacang panjang/ dipotong pendek
  • 2 sudu teh gula
  • 2 sudu mkn kicap sotong @ ikan
  • 62 ml air rebusan daging
  • 100 ml santan
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dlm periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan utk menumis yg telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
4. Biar mendidih dgn api sederhana dan kacau selalu.
5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan pdmkan api.
6. Kari hijau sedia dihidang

Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 20 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan : Daun selasih memberi rasa istimewa pd lauk kari hijau Thai ini.

INFO CHEF : Anda blh buat pes hijau lebih utk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dgn minyak sampai garing dlm 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan simpan dlm botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.

3. AYAM PAKORAS DENGAN PUDINA CHUTNEY (INDIA)

Untitled design 19 12 - Sajian Sedap Dari 6 Negara Asia . Serasi Selera Berbuka.

BAHAN-BAHAN :

  • 800 gm peha ayam dan kaki /dibuang tulang

Bahan dikisar (A) :

  • 200 gm tepung kacang kuda
  • 50 gm serbuk kunyit
  • 120 gm serbuk cili
  • 50 gm serbuk jintan putih
  • 80 gm halia
  • 120 gm bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • 30 gm chat masala (campuran serbuk rempah dan masala)
  • 1 cawan minyak masak

Bahan pudina chutney @ acar :

  • 250 gm daun pudina /dikisar
  • 100 gm daun ketumbar
  • 30 gm serbuk jintan putih
  • 150 ml yogurt biasa (tanpa perisa)
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Kisar bahan A sehingga menjadi ‘batter’
2. Perap ayam dgn campuran batter ini semalaman
3. Kisar bahan pudina chutney dan ketepikan
4. Goreng ayam yg diperap ke dlm minyak penuh yg sudah dipanaskan.
5. Hidangkan bersama pudina chutney dan taburkan serbuk chat masala

Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Lauk tradisional India
Keistimewaan : Ayam goreng rangup berempah dgn pudina chutney,sajian terkenal di Gujarat, India Utara

INFO CHEF : Chat masala biasa dihidang dlm masakan India, Bangladesh, Punjab (Pakistan) dan Sindh, Pakistan. Chat masala ialah campuran rempah berasal dr India, terdiri drpada serbuk mangga kering, jintan putih, ketumbar, halia kering, garam, lada hitam, asafoetida (sejenis gam dr herba) dan serbuk cili.

4. EOMUK/ODENG (CUCUK KEK IKAN ), KOREA

Untitled design 24 7 - Sajian Sedap Dari 6 Negara Asia . Serasi Selera Berbuka.

BAHAN-BAHAN :

  • 200gm kek ikan Korea | ada dijual di pasaraya utama
  • 1 ikat daun bawang dihiris halus
  • 1 sudu mkn kicap
  • 1 sudu teh bawang putih | yg dicincang
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 6 cawan air
  • 30 gm ikan bilis
  • 10 gm rumpai laut kering
  • 100gm lobak putih

CARA MEMASAK :
1. Didihkan 6 cawan air bersama rumpai laut kering dan ikan bilis di atas api sederhana.
2. Keluarkan rumpai laut dan masukkan lobak putih yg dihiris halus.
3. Kemudian tapis , ambil hanya air rebusan tadi.
4. Potong kek ikan dan cucukkannya menggunakan lidi mknan.
5. Didihkan semula air rebusan bersama kicap, bawang putih dan garam
6.Akhir sekali masukkan kek ikan dan daun bawang ke dlm air didihan. Biarkan kek ikan direbus seketika.
7. Sedia utk dimakan

Saiz Hidangan : 2 Orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Rebus
Jenis Masakan : Sajian Korea
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama air rebusan

Info Chef :Boleh juga mengunakan air didihan atau rebusan berperisa tomyam utk kek ikan, ikut citarasa anda.

5. BURMESE CHICKPEA TOFU SALAD (BURMA)

Untitled design 27 6 - Sajian Sedap Dari 6 Negara Asia . Serasi Selera Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 tiub tofu telur
  • 30 gm kacang kuda (kering)
  • 12 gm suhun | direndam
  • 1 biji limau nipis
  • 2 helai daun limau purut | dihiris halus
  • 5 gm halia | dimayang halus
  • 3 gm kunyit hidup | dikisar
  • 2 biji tomato | dipotong dadu bersaiz kecil
  • 5 gm cili padi merah | dihiris
  • 10 gm bawang merah kecil | dimayang halus
  • 1 sudu kecil empingan cili kering (chilies flakes)
  • 5 gm daun ketumbar
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu mkn bijan putih | disangai
  • 1 sudu mkn air asam jawa
  • 2 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Kisar kering kacang kuda sehingga halus dan ketepikan.
2. Potong tofu telur mengikut ketebalan yg dikehendaki.
3. Pecahkan telur didalam mangkuk, kacau dan masukkan tofu ke dlm telur kemudian angkat dan masukkan pula ke dlm kacang kuda yg telah dikisar.
4. Panaskan minyak masak, kemudian goreng tofu telur yg telah di salut dgn kisaran kacang kuda tadi sehingga menjadi keperangan. Angkat, toskan dan ketepikan seketika.
5. Setelah tofu sejuk, masukkan ke dlm mangkuk yg sederhana besar, kemudian masukkan semua bahan bahan yg lain kecuali suhun. Perasakan dgn menggunakan perahan limau nipis, garam, gula, air asam jawa, dan ukur tahap rasa masam, pedas, manis dan masinnya.
6.Toskan suhun yg direndam tadi, dan gaulkan dgn garam, sedikit empingan cili kering, daun ketumbar dan gulung atau letakkan sahaja di atas pinggan.
7. Kemudian susun tofu tersebut di atas suhun mengikut kreativiti dan kehendak anda.
8. Selepas itu, dgn menggunakan sudu kecil, letakkan bahan bahan yg digaul tadi di atas tofu.
9. Hiaskan dgn hirisan limau nipis atau daun ketumbar ataupun dgn apa apa daun salad yg menjadi kegemaran anda. Sajian sedia dihidang
10. Hidang sejuk, dgn nasi putih ataupun blh menikmatinya begitu sahaja sbg mknan pembuka selera.

Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Burma
Cara memasak : Goreng
Keistimewaan: Satu hidangan pembuka selera yg menyelerakan dan sihat.

Info Chef : Hidang sejuk, dgn nasi putih ataupun blh menikmatinya begitu sahaja sbg mknan pembuka selera.

6. JADE PESTO STEAMED SEA BASS WITH SIZZLING SOY VINAIGRETTE (FILIPINA)

Untitled design 29 4 - Sajian Sedap Dari 6 Negara Asia . Serasi Selera Berbuka.

BAHAN-BAHAN :

  • 190 gm fillet /isi ikan siakap

Bahan jade pesto :

  • 1 sudu mkn minyak kacang
  • 11/2 sudu mkn sos tiram
  • 11/2 sudu teh air
  • 1/4 cawan daun bawang | dicincang kasar
  • 1/4 cawan daun ketumbar | dicincang
  • 3/4 sudu teh halia | ditumbuk
  • 3/4 sudu teh bawang putih | ditumbuk
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukupnya

Bahan soy vinaigrette :

  • 3 sudu mkn lada benggala merah | dicincang halus
  • 2 sudu mkn lada benggala kuning | dicincang halus
  • 2 sudu mkn lada benggala hijau | dicincang halus
  • 2 sudu mkn daun bawang (bahagian hijau sahaja) | dicincang halus
  • 2 sudu mkn daun ketumbar | dicincang halus
  • 2 sudu mkn lobak putih (daikon)
  • 2 sudu mkn bawang besar warna putih (sweet onion) | dicincang
  • 1/2 sudu mkn halia | yg diparut/cincang
  • 1/4 cawan minyak kacang
  • 2 1/2 sudu mkn jus limau nipis
  • 7 sudu mkn kicap soya
  • 1 sudu mkn jus lemon
  • 1/4 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

Nasi kukus sbg hidangan bersama sajian ikan

CARA MEMASAK :
Cara menyediakan pesto :
1. Satukan minyak kacang, sos tiram dan air dlm mesin pengisar. Masukkan pula daun bawang, daun ketumbar, halia serta bawang putih , kisar sehingga halus menjadi puri.
Cara menyediakan vinaigrette :
2. Satukan lada benggala, daun bawang, daun ketumbar, lobak putih, bawang dan halia di dlm mangkuk atau periuk. Panaskan minyak kacang di dlm kuali sehingga berasap.
3. Tuangkan minyak panas ke atas sayur-sayuran tadi sehingga berdesir.
4. Gaulkan rata, dan tambahkan halia, kicap soya, jus lemon dan 1/4 cawan air , jus limau.
5. Perasakan dgn garam dan lada hitam , dan ketepikan.
Cara penyediaan masakan :
6. Sapu rata setiap belah kepingan siakap dgn pesto dan letakkan dlm bekas yg muat dlm pengukus.
7. Biarkan air mendidih dlm pengukus , kemudian masukkan bekas berisi ikan tadi.
8. Kukus 4 sehingga 5 minit sehingga masak, alihkan ke dlm pinggan.
9. Letakkan nasi kukus di atas atau di bawahnya
10. Siramkan dgn vinaigrette sajian itu.

Saiz hidangan : 1 orang
Masa penyediaan : 5 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Sajian Filipina
Keistimewaan : Sos vinaigrette yg masam dan pesto menyebabkan ia begitu lazat.

Info Chef : Bahan asas vinaigrette adalah minyak yg dicampur dgn jus lemon dan limau/cuka. Resipi aslinya adalah wain beras, tetapi blh diganti dgn jus limau utk rasa masam dan berperisa lazat.


Loading...

Tags: #Asia #Berbuka #Dari #Negara #Sajian #Sedap #Selera #Serasi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.