Sajian 3 Benua Dari Sg. Academy KL, Luar Biasa Sedapnya…

Loading...

Untitled design 47 4 1 - Sajian 3 Benua Dari Sg. Academy KL, Luar Biasa Sedapnya…

Bila sebut sajian Asia, korang pernah mkn tak sajian Filipina ? Bagaimana pula resipi dr Jerman dan Russia. Kalau nak teroka sajian baru ni barisan chef yg diketuai oleh Faribusz dan rakan-rakan tenaga pengajar Sg. Academy ada resipinya.

Untitled design 45 6 - Sajian 3 Benua Dari Sg. Academy KL, Luar Biasa Sedapnya…

Dari kiri Faribusz Anak Kandau, Nadzirah Abdul Razak, Mohd Aizat Sha’arani dan Wan Noraini Syuhada Mohamad

Bahan-bahannya agar byk sedikit, tapi rasanya amat lazat sekali. Berbaloi dgn tenaga dan masa yg diluangkan. Byk istilah baru dlm dunia kulinari antarabangsa ni. Cuba lah ya…

1.GERMAN SPAETZLE SAUBIAN

Untitled design 41 8 - Sajian 3 Benua Dari Sg. Academy KL, Luar Biasa Sedapnya…

BAHAN-BAHAN :

Bahan spaetzle :

  • 240gm tepung gandum
  • 1biji telur
  • 5gm serbuk lada hitam
  • 5gm serbuk cili
  • 5gm garam
  • 5gm mentega

Bahan ditumis :

  • 200gm kepingan ayam ham | dipotong halus
  • 50gm daun parsli | dicincang halus
  • 35gm lada benggala hijau | dipotong kiub kecil
  • 30gm bawang holland | dicincang halus
  • 20gm bawang putih | dicincang halus
  • 15ml minyak zaitun
  • 3gm serbuk cili
  • 2gm daun rosemary |dicincang halus
  • 2gm thyme | dicincang halus
  • Garam secukup rasa
  • 60ml susu segar
  • Keju parmesan secukupnya sbg hiasan

CARA MEMASAK :
1. Dlm periuk besar isi air dan biarkan sehingga mendidih. Sementara itu ayakkan tepung ke dlm mangkuk.
2. Dlm mangkuk lain, pukul telur dgn garam dan air.
3. Secara beransur-ansur tambahkan campuran telur ke tepung dan pukul bersama dgn tangan atau menggunakan pengadun elektrik sehingga adunan dipukul dgn baik dan berbuih, tanpa sebarang ketulan.
4. Bentukkan doh menjadi spaetzli (mi berbentuk butiran kecil),kemudian masukkan ke dlm air yg mendidih sehingga masak.
5. Selepas 3-5 minit setelah spaetzle masak ( terapung atas air), keluarkan dan toskan sehingga tiada air. Ketepikan
6. Gaulkan spaetzle dgn mentega dan tambah sedikit garam dan lada secukup rasa.
7. Dlm kuali panaskan minyak, tumiskan bawang putih ,bawang holland, lada benggala dan dada ayam dan letakkan serbuk cili,rosmary dan thyme.Tambahkan sedikit garam sehingga cukup rasa.
8. Masukkkan spaetzle dan gaulkan dgn bahan tumisan, tuangkan susu segar dan masak seketika . Tutup api dan hidangan siap disediakan.

Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak:25 sehingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Masakan mi telur (Jerman)
Keistimewaan: Rasa pasta telur gandum yg lembut dan rasa berkrim susu

Info Chef : Spaetzle mi dibuat dr tepung gandum atau mi telur ini juga terkenal di Hungary, Switzerland dan beberapa bahagian Eropah. Blh dibentukkan doh mi dgn ditekankan di dlm tapis.

2. ENGLAND BEEF WELLINGTON WITH AU JUS

Untitled design 10 2 - Sajian 3 Benua Dari Sg. Academy KL, Luar Biasa Sedapnya…

BAHAN-BAHAN :

  • 150gm daging batang pinang
  • 50gm cendawan tiram
  • 50gm cendawan butang
  • 50gm cendawan portabelo
  • 50ml minyak zaitun
  • 3 gm daun thyme | dicincang halus
  • 6 keping ayam salami
  • Garam secukup rasa

Bahan Au Jus (sos dr rebusan tulang daging) :

  • 200gm tulang lembu
  • 30gm puri tomato
  • 30gm mentega
  • 30gm tepung gandum
  • 25gm lobak merah | dihiris
  • 15gm saderi | dihiris
  • 50gm bawang holland | dihiris
  • 2gm daun rosemary | dicincang halus
  • 5gm daun parsli | dicincang halus
  • 2gm daun salam | dicincang halus
  • 1 liter air

Bahan Puff pastry:

  • 400gm tepung gandum
  • 50gm mentega
  • 220ml air sejuk
  • 300gm pastri majerin
    *atau puff pastry siap ada dijual pasar raya

CARA MEMASAK :
1. Potong daging membentuk silinder. Kemudian panggang seketika diatas api sehingga menjadi keperang-perangan sekelilingnya. Angkat dan asingkan
2. Kemudian kisar semua cendawan bersama daun thyme, sehingga hancur.Tumis cendawan dgn sedikit mentega sehingga masak.
3. Kemudian hiriskan lobak merah ,bawang Holland dan saderi.
4. Kemudian dlm satu dulang letakkan tulang lembu. Tabur lobak merah,saderi dan bawang Holland di sekeliling tulang lembu.
5. Tuang tomato puri di atas tulang lembu tadi.Bakar sehingga 20 minit.
6.Dalam satu mangkuk campurkan tepung gandum,air ,garam, majerin pastri dan mentega. Gaul sehingga menjadi doh.Rehatkan seketika dlm peti sejuk ‘chillers’
6.Angkat tulang lembu yg telah dibakar tadi. Masukkan ke dlm periuk dan masukkan 1 liter air. Rebus sehingga mendidih.
7.Selepas itu, dlm periuk lain masukkan ½ liter air rebusan tadi, masukkan rosemary dan daun salam gaul seketika, selepas itu masukan mentega dan sedikit tepung gandum. Tutup api selepas sos menjadi pekat dan warna perang.
8. Satukan bahan puff pasti pastri menjadi doh. Uli dan canaikan doh puff pasteri serta lipatkan menjadi segi empat.. Rehatkan sekurangnya 10 minit selepas setiap kali mencanai dan melipat (ulangi 10 kali).
9. Kemudian susun ayam salami di atas doh puff pastry pd lapisan pertama.
10. Pd lapisan kedua letakkan cendawan yg telah dimasak tadi,ratakan menjadi satu lapisan nipis.
11. Pd lapisan ketiga letakkan daging batang pinang.Selepas itu sapukan telur disekeliling doh puff dan roll menutupi daging tadi.

3. BEEF STROGANOFF

Untitled design 11 2 1 - Sajian 3 Benua Dari Sg. Academy KL, Luar Biasa Sedapnya…

BAHAN-BAHAN :

  • 200gm daging batang pinang | dihiris memanjang
  • 5gm garam
  • 3gm serbuk lada hitam
  • 3gm mentega
  • 5 gm tepung gandum
  • 3gm bawang putih | dicincang halus
  • 5gm bawang Holland | dihiris
  • 50gm mustard
  • 160gm yogurt
  • 70ml cuka
  • 50gm cendawan portabelo| dihiris
  • 50gm cendawan butang | dihiris
  • 3gm serbuk paprika
  • 30gm lada benggala hijau | sbg hiasan

Bahan nasi mentega:

  • 3gm mentega
  • 70gm beras
  • 10 gm daun bawang | dihiris utk hiasan nasi )

CARA MEMASAK :
1. Cincang halus bawang putih. Hiris bawang holland,cendawan butang dan cendawan portabelo.
2. Panaskan mentega dan tumis bawang putih,bawang Holland, cendawan butang dan cendawan portabelo.
3. Seterusnya masukkan mustard dan cuka ke dlm bahan-bahan yg telah ditumis tadi.
3. Kemudian masukkan daging yg telah diperap dgn serbuk paprika dan sedikit garam selama (perap 20 minit) ke dlm bahan tumisan.
4. Reneh selama 3 sehingga 4 minit. Masukkan tepung gandum (dicampurkan sedikit air) utk memekatkan kuah.
6. Setelah mendidih masukkan yogurt dan gaul. Tutupkan api
7. Taburkan lada benggala hijau utk hiasan.
8. Siap utk dihidang.
Cara penyediaan nasi mentega:
1. Masak nasi
2. Selepas nasi masak semasa panas,gaulkan bersama mentega.
3. Kemudian taburkan sedikit daun bawang utk hiasan atas nasi.
4. Sesuai dihidang bersama beef stroganoff

Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak:25 sehingga 30 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan: Sajian Tradisional Russia
Keistimewaan: Daging berjus penuh perisa cendawan, enak dimakan dgn nasi mentega

Info Chef : Gunakan daging segar yg mempunyai sedikit lemak utk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.

4. FILIPINO CHICKEN ADOBO

Untitled design 38 7 - Sajian 3 Benua Dari Sg. Academy KL, Luar Biasa Sedapnya…

BAHAN-BAHAN :

  • 10gm minyak jagung
  • 400gm ayam | dipotong kecil
  • 100gm bawang holand | dihiris halus
  • 50gm bawang putih | dicincang halus
  • 5 gm daun salam
  • 10ml cuka
  • 10ml kicap cair
  • 5gm serbuk lada hitam
  • 2gm serbuk cili

Bahan hiasan:

  • 5 gm daun bawang | dihiris halus

CARA MEMASAK :
1. Campurkan cuka, kicap cair , bawang putih, lada hitam dan serbuk cili perap ayam di dlm peti sejuk selama 1 sehingga 3 jam. Jangan buang lebihan air jus perapan ini.

2. Kemudian keluarkan ayam dr perapan tadi, masak kepingan ayam dgn minyak jagung sehingga perang keemasan depan dan belakang dlm 3 minit.

3. Selepas itu,ambil bahan jus perapan tadi dan masukkan daun bay ke dlm periuk ayam tadi.

4. Masak sehingga ayam empuk dan betul-betul lembut.

5. Biarkan mereneh sehingga kuah menjadi pekat

6. Siap utk dihidang dan sesuai dimakan bersama nasi putih.

7. Taburkan daun bawang sbg hiasan.

Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 1 jam 20 minit
Cara memasak: Reneh
Jenis masakan: Sajian Filipina
Keistimewaan: Sajian yg mudah dimasak dgn bahan yg ringkas

Info Chef : Ayam perlu diperap lama agar rasa kicap soya sebati dgnnya. Sajian popular masyarakat Filipina, blh juga dimasak menggunakan daging lain.

5. SPICY MISO SOBA

Untitled design 44 6 - Sajian 3 Benua Dari Sg. Academy KL, Luar Biasa Sedapnya…

BAHAN-BAHAN :

  • 30ml cuka
  • 100gm pes soba
  • 10gm minyak cili
  • 5gm minyak bijan

  • 5ml minyak zaitu
  • 10ml madu
  • 30gm cendawan
  • 70gm isi ketam
  • 70gm isi ayam
  • 30gm bawang Holland | dihiris
  • 20gm bawang putih | dicincang halus
  • 20gm lobak merah | dihiris
  • 30gm tauhu lembut
  • 10gm rumpai laut
  • 20gm kepah
  • 150gm mi soba
  • 125ml air

CARA MEMASAK :
Cara masak sup miso soba
1. Didihkan air dan kemudian masukkan pes soba .
2. Selepas itu masukkan semua bahan-bahan iaitu cuka, minyak cili,minyak bijan,minyak zaitun, madu, cendawan,isi ketam,isi ayam,bawang Holland ,bawang putih ,lobak merah,tauhu lembut,rumpai laut dan kepah.
3. Apabila mendidih tutupkan api
4. Celur mi soba seperti mencelur pasta, letak sedikit garam dan toskan. Masukkan ke dlm mangkuk dan tuangkan sup di atasnya.
5. Sajian siap utk dihidang

Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Rebus dan didih
Jenis masakan: Sajian Jepun
Keistimewaan: Miso Soba yg diperbuat drpada kacang soya dan rendah kalorinya

Info Chef : Mi Soba adalah mi nipis dan menjadi pilihan utama sajian mi di Jepun selain mi tebal mi Udon.

6. USA SHRIMP GUMBO

Untitled design 42 9 - Sajian 3 Benua Dari Sg. Academy KL, Luar Biasa Sedapnya…

BAHAN-BAHAN :

  • 50gm bawang Holland | dihiris
  • 30gm lada benggala merah
  • 30gm cili hijau | dihiris halu
  • 200gm udang harimau
  • 100gm lala
  • 150gm tomato
  • 30gm sos tomato
  • 2gm serbuk lada hitam
  • 2gm paprika
  • 30gm bawang putih | dicincang halus
  • Garam secukup rasa
    Bahan nasi :
  • 100gm beras
  • 30gm bayam

Bahan hiasan:

  • 20gm tomato ceri | dibelah dua
  • 2 gm daun parsli | dihiris halus

CARA MEMASAK :
1. Masukkan sedikit minyak kemudian tumis bawang holand,cili hijau,lada benggala dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian perasakan dgn serbuk lada hitam dan sedikit paprika
3. Selepas itu masukkan buah tomato dan tomato sos kacau sehingga sebati
4. Akhir sekali baru letak udang harimau dan lala.
5. Hiasakan dgn tomato cheri dan daun parsli
6. Hidangkan bersama nasi bayam

Cara penyediaan nasi bayam.
1. Masak nasi dan rebuskan bayam sebentar, atau celur sebentar dlm air panas..
2. Gaulkan nasi bersama bayam
3. Siap utk dihidangkan dgn lauk udang tadi.

Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Reneh dan didih
Jenis masakan: Sajian USA
Keistimewaan: Sajian Ameri Syarikat ini ringkas dan mudah disediakan

Info Chef : Anda juga blh menambahkan mknan laut yg lain seperti sotong, kepah. Mknan laut diletak akhir sekali dan usah masak lama utk mengekalkan kemanisannya.

RESIPI : Nadzirah Abdul razak, Mohd Aizat Sha’rani, Wan Noraini Syuhada Mohamad dan Faribusz Anak Kandau
TERIMA KASIH : SG ACADEMY, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.sgacademy.edu.my

Komen anda

Loading...

Tags: #Academy #Benua #Biasa #Dari #Luar #Sajian #Sedapnya…

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Sajian 3 Benua Dari Sg. Academy KL, Luar Biasa Sedapnya…"