Sah Tulang Manusia Di Gua Kandu, DNA Ahli Keluarga Acap Diambil..

Semalam Harian Metro melaporkan, penduduk kampung yg melakukan pencarian Mohamad Ashraf menemui serpihan tulang dipercayai tulang lama di dlm Gua Kandu, Gopeng, kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, bedah siasat mendapati ia adalah tulang lama dgn keadaannya yg sudah reput.

Katanya, selepas disahkan tulang manusia, serpihan itu akan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor, utk pdnan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Tengah hari semalam, proses bedah siasat selesai di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh dan pengesahan awal mendapati serpihan tulang ditemui itu adalah tulang manusia dan ia juga adalah tulang lama.

“Pada 2 petang semalam, kita sudah mengambil spesimen darah salah seorang ahli keluarga Mohammad Ashraf Hassan di Hospital Kampar.

“Serpihan tulang dan spesimen darah diambil itu akan dihantar ke Jabatan Kimia hari ini utk tujuan pdnan DNA,” katanya dlm sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar pd selasa.
 

Acap 1 - Sah Tulang Manusia Di Gua Kandu, DNA Ahli Keluarga Acap Diambil..

Beliau berkata, pdnan DNA yg akan dibuat adalah utk membuktikan kaitan penemuan tulang itu dgn kehilangan Mohammad Ashraf, 29, pd 23 Mac lalu ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail.

Katanya, bagaimanapun keputusan ujian DNA itu nanti dijangka mengambil masa sebulan sehingga dua bln sebelum ia blh disahkan dan pihaknya akan cuba mempercepatkan proses berkenaan.

Ditanya sama ada pencarian Mohammad Ashraf atau lebih mesra dgn panggilan Acap masih dijalankan penduduk selepas penemuan tulang itu, Hasron Nazri berkata, ia masih dijalankan namun dlm kumpulan kecil dgn kebenaran polis.

Sumber : Harian Metro

Loading...

Tags: #Acap #Ahli #Diambil #Kandu #Keluarga #Manusia #TULANG

author
Author: 
    Salah Fokus Lihat Foto Anya Geraldine, Netizen: Kakinya Lebih Mulus Dari Jalan Hidup Gue!
    slidegossip.com – Penampilan selebgram cantik Anya Geraldine yg kini mulai terjun ke dunia
    Arti Kata Gaul Dont Talk As Delicious As Your BellyButton
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Dont Talk As Delicious As
    Lagi di Puncak Karier, 5 Artis Ini Malah Dikirim ke Akhirat Oleh Penggemarnya Sendiri!
    slidegossip.com – Byk orang yg bermimpi ingin menjadi artis atau publik figur karena
    Sebelum Ditangkap Karena Narkoba, Artis Cantik Ini Sempat Diajak Ngamar! Begini Jawabnya!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr aktris dan model cantik Vitalia Sesha. Setelah

    Comments are closed.