Sabah mahu tentu hala tuju pendidikan sendiri

Loading...

Screenshot 2019 08 08 13 02 13 1 - Sabah mahu tentu hala tuju pendidikan sendiri

KOTA KINABALU: Sabah menggesa Kementerian Pendidikan supaya membenarkan negeri itu membuat keputusan sendiri berhubung langkahnya memperkenalkan tulisan jawi di sekolah, sewaktu kontroversi mengenai silibus tambahan itu hangat di semenanjung.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew berkata, Putrajaya tidak harus memaksakan dasarnya ke atas negeri itu, termasuk dlm isu pelantikan timbalan canselor Universiti Malaysia Sabah.

“Kami menghargai sekiranya kementerian persekutuan merujuk dan berunding dgn kami tentang apa-apa dasar atau pelantikan yg mahu dilakukan,” kata Liew, yg juga merupakan pengerusi PKR Sabah, di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Liew berkata, tidak ada salahnya utk mempelajari seni kaligrafi mana-mana kaum.

“Bagaimanapun jangan paksa (pelajar) dan menjadikannya subjek wajib. Pelajar sudah sedia terbeban dgn silibus yg berat, dan kini anda tambah lagi?” katanya.

“Di Sabah, kami ada byk bahasa etnik utk dipelajari. Jadikan ia satu pilihan, sama seperti kaligrafi Cina. Ini pendirian Sabah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Liew yg bertanggungjawab ke atas portfolio pelancongan negeri mempersoalkan keputusan Putrajaya utk mengenakan levi pelepasan bermula 1 Sept ini.

Katanya, Sabah tidak dirundingi berhubung perkara itu.

“Saya tidak tahu,” katanya.

Liew berkata, kerajaan negeri melihat kemungkinan utk menuntut sekurang-kurangnya separuh drpada levi yg dikutip drpada lapangan terbang di Sabah.

“Saya maklum bahawa negara Asean lain turut melaksanakannya, tetapi saya tidak pasti bagaimana ia akan memberi kesan ke atas kita sehingga suku pertama ia dilaksanakan.

“Saya tertanya-tanya sama ada kita akan mendapat sebahagian drpadanya (levi pelepsan).”

Sumber: Free Malaysia Today

Loading...

Tags: #HALA #Mahu #Pendidikan #Sabah #sendiri #Tentu #TUJU

author
Author: 
    Kokos Jiang Alias Kokos Leo Lim Mafia Koruptor Yg Merugikan Negara Rp 477 Milyar
    Jakarta, Infokanlah.com  Kokos Jiang atau juga dikenal Kokos Leo Lim merugikan negara Indonesia
    Cikgu Izzudin sudah tiada…
    “SAYA minta maaf. Sesiapa yg sudah membuat bayaran utk tempahan tag nama, saya
    Ibu bapa beratur sendiri beri hadiah kepada murid sempena Hari Apresiasi
    Setiap kali menjelang hujung thn, kesibukan sekolah menganjurkan majlis apresiasi kepada murid-murid mereka
    NUTP bantah mesyuarat guru di pertengahan cuti sekolah akhir thn
    SHAH ALAM – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bantah tindakan segelintir sekolah di

    Comments are closed.