Rupanya Nombor Di Klinik Kesihatan Ialah Nombor Panggilan, Bukannya Nombor Giliran.

Oleh : Nimelesh Max Balanthiren

NOMBOR DI KLINIK ADALAH NOMBOR PANGGILAN. BUKAN NOMBOR GILIRAN.

Saya lihat ramai orang yg mengadu tentang sistem nombor di klinik kesihatan.

Dan kerap kali staf kesihatan termasuk ppp dan misi yg menjadi mangsa keadaan. Sudah berapa kali kami mendengar tohmahan dan fitnah yg dilemparkan terhadap kami.

Kaunter 1 - Rupanya Nombor Di Klinik Kesihatan Ialah Nombor Panggilan, Bukannya Nombor Giliran.


Setiap Klinik mempunyai sistem dia tersendiri, Sebab itu Tolong rujuk dgn klinik masing masing.


Di klinik saya, Kami ada 5 jenis nombor.


Nombor yg bermula dgn 1xxx – adalah utk kes kes yg melibatkan prosedur (dressing, pengambilan darah dll)
 

Nombor yg bermula dgn 2xxx – adalah utk kes kes temu janji.

Nombor yg bermula dgn 3xxx – adalah utk kes kes “walk in” (kes kes pesakit luar, demam dll)


Nombor yg bermula dgn 4xxx – adalah utk klinik ibu dan anak.


Dan nombor yg bermula dgn 5xxx adalah utk R lane (laluan khas utk orang yg memerlukan)

Contoh hari itu, kes temu janji ramai. Pukul 8 pagi, nombor 2xxx telah capai 2028 contohnya. Ada seorang pesakit demam datang dan mengambil nombor 3001.

Seperti biasa pesakit temu janji kes kencing manis, darah tinggi akan disaring di bilik khas utk mereka. Pemeriksaan biasanya dilakukan dgn teliti dan akan mengambil masa.
 

Pesakit nombor 3001 ini disaring di kaunter primary triage (saringan pertama) dan terus dihantar ke bilik Doktor utk pemeriksaan.

Sudah tentu Kami akan panggil nombor tersebut terlebih dahulu utk tidak melengahkan masa. Kalau tak tengok pesakit cepat pun akan jadi viral juga kan.


Contoh kedua :


Pesakit nombor 3006 datang dgn demam biasa (pemeriksaan di triage : beliau tiada demam, dan bacaan tekanan darah semua stabil) , Manakala pesakit nombor 3007 datang dgn sakit dada .

Tak kan nak layan 3006 dulu dan biar pesakit nombor 3007 pengsan kat situ?

Contoh Ketiga : 

Pesakit ibu hamil nombor 4002 semasa pemeriksaan oleh Jururawat , didapati darah dia (HB) rendah sangat. Pesakit tersebut dihantar ke makmal utk ujian darah.
Patut kah kita biar pesakit 4003 tunggu kat situ sampai kes 4002 tu dah settle, sebelum layan no. 4003?

Sebagai seorang Pesakit, kita kena ingat bahawa penjagaan kesihatan ini merupakan suatu ibadah. Dan sama seperti menunaikan ibadah lain, kita kena konsisten dlm menjaga adab adab sehingga selesai ibadah tersebut,

Maka ini menuntut kesabaran dlm menghadapi perasaan negatif yg sentiasa cuba menyelinap ke dlm hati bg meninggalkan segala kesempurnaan itu.

“Dan orang-orang yg beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dlm mahligai-mahligai di Syurga yg mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dlmnya. Demikianlah balasan yg sebaik-baiknya bg orang-orang yg beramal soleh” (Surah Al’Ankabut. Ayat 058 )

*Info menarik : Di negara-negara maju seperti UK, anda tak blh pergi ke Klinik tanpa sebarang temujanji. Bertuah kan kita kat Malaysia, blh pergi Klinik bila bila masa.

Pastikan anda melakukan persediaan sbg seorang pesakit juga.

– Utk yg ada temu janji, Datang ikut temujanji. Bukannya suka hati. Kalau temu janji pukul 10, tapi datang pukul 6 pagi, anda tak berasa kesian kepada pesakit yg slotnya merupakan slot pertama? Sebab disebabkan anda, slot itu semakin penuh dan akan menyebabkan masa menunggu lebih lama.

– Sekiranya tidak dpt datang ikut masa, panggil klinik kesihatan terlebih dahulu utk tunggu waktu temu janji.

– Bertanya sama ada anda perlu puasa utk mengambil ujian darah. Jika tidak perlu, tak yah puasa semata mata nak kawal paras gula sebab jumpa doktor hari tu. Kalau dah rasa hipo sikit, pesakit senang cepat marah.

– Bersiap sedia sekiranya kena tunggu lama. Sifat kita ni mcm ni, kalau nak menunggu utk benda yg kita suka, kita tak akan complain. Tengok je , ada ke orang pernah complain tunggu lama sebab nak beli iPhone baru?

– Sekiranya ada perkara yg muskyil, bertanya kepada staf kesihatan. Sekiranya tidak puas hati, buat aduan secara cara yg betul.

Sabar itu adalah separuh drpada iman. 2764 - Rupanya Nombor Di Klinik Kesihatan Ialah Nombor Panggilan, Bukannya Nombor Giliran.


Loading...

Tags: #Bukannya #Giliran. #Ialah #KESIHATAN #Klinik #Nombor #Panggilan #rupanya

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Rupanya Nombor Di Klinik Kesihatan Ialah Nombor Panggilan, Bukannya Nombor Giliran."