Rupanya Mengikut Undang-Undang, Ambulans Perlu Mematuhi Lampu Isyarat..

Loading...

Oleh : Hasif Hasan

HAK LALUAN
 
Pada kali ini saya ingin menulis mengenai hak ambulans ketika berada di persimpangan lampu isyarat, sama ada perlu berhenti menunggu lampu hijau atau blh melanggar lampu isyarat merah.


Sarat 1 - Rupanya Mengikut Undang-Undang, Ambulans Perlu Mematuhi Lampu Isyarat..


Begitu juga hak kita yg berada di hadapan ambulan, sama ada perlu meneruskan perjalanan dgn melanggar lampu isyarat merah utk memberi laluan perjalanan kepada ambulans yg berada di belakang kita atau tidak.

Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan undang undang yg ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan sedikit pun tidak mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yg sedia ada.

Jika sebahagian dr kita turut merasakan bahawa undang undang yg sedia ada tidak munasabah, saya juga blh bersetuju dgn pendapat tuan puan sekelian.

Sebelum saya menulis, saya telah membuat kajian dan bacaan yg berkaitan dgn perkara ini.

Tulisan ini dpt dilihat dr sudut negatif dan postif namun biarpun negatif tetapi undang undang tetap undang undang melainkan ianya dimansuhkan atau dipinda parlimen.

Sebelum menulis saya sudah menjangkakan soalan dan argument pembaca antaranya;

-Tak kan ambulans membawa pesakit jantung dan wanita bersalin perlu berhenti di lampu isyarat merah.

-Berapa byk lampu isyarat kena berhenti.


-Lampu isyarat ini jika ditunggu, bukan sekejap tapi lama.


-Cuba fikir jika keluarga sendiri tenat dlm ambulans , apa perasaan kita 


-Kalau diri sendiri nazak di dlm ambulans , baru tahu susahnya jika ambulans lambat sampai ke hospital.


-Kalau lambat sampai ke hospital, pesakit akan mati dan lain lain persoalan logik pd hukum akal.

Persoalannya ialah adakah blh atau tidak ambulans melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk.

Banyak kejadian melibatkan kemalangan dan pertembungan di persimpangan lampu isyarat dgn ambulans telah berlaku.

Mengikut undang undang, sesebuah ambulans perlu berhenti di lampu isyarat merah.

Setelah diteliti sememangnya ada arahan drpada Kementerian Kesihatan mengarahkan pemandu-pemandu ambulans jika berada di persimpangan lampu isyarat melakukan perkara ini iaitu;

-tidak membunyikan siren kecemasan tetapi dibenarkan utk menyalakan lampu kecemasan.

-Pemandu ambulans juga tidak blh melanggar lampu isyarat merah dan tertakluk pd undang-undang lampu isyarat.

Ianya bukan utk menidakkan keperluan pesakit di dlm ambulans tetapi utk mengelakkan kemalangan yg blh berlaku yg lebih membahayakan nyawa pesakit akibat dr kegagalan mengikuti isyarat lampu isyarat.

Perlu diingat bahawa terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dlm kereta yg berhawa dingin, tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.

Pendek kata, mereka hidup dlm ‘dunia ‘ mereka. Mereka tidak sedar kewujudan ambulans pd masa tersebut. Mereka hanya menunggu pertukaran lampu merah ke hijau utk bergerak. Sememangnya perbuatan mereka ini tidak bersalahan dgn mana mana undang negara.

Dalam keadaaan tidak sedar adanya ambulans maka pemandu ini melihat lampu bertukar hijau dan pemandu bergerak ke depan. 

Hak laluan adalah milik beliau kerana lampu isyarat bertukar hijau.


Secara tiba tiba muncul ambulans dan merempuh kenderaan terbabit. 


Siapa yg perlu dipersalahkan? Mereka atau pemandu ambulans ?

Begitu juga apabila ambulans berada di belakang, pemandu di hadapan bergerak ke hadapan utk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, tiba tiba berlanggar atau terlanggar dgn kenderaan di hadapan yg bergerak kerana lampu hijau di laluan beliau.
Soalannya siapa yg patut dipersalahkan?

Tambahan pula jika kemalangan itu mengakibatkan kematian kepada pengguna jalanraya lain yg tidak berdosa.

Adakah pemandu ambulans blh disaman dan disabitkan kerana pemandu kenderaan hadapan bergerak bg ‘mengikuti’ arahan pemandu ambulans berkenaan, jawapannya tidak blh.

Bagaimana pula jika pengguna lain yg berada di persimpangan yg akan mengambil peluang ‘menumpang’ terutama jika ambulans hanya berada di sebelah mereka sahaja dan bukan di laluan ambulans atau di belakang mereka itu dan seterusnya berlaku kemalangan.

Siapa yg patut dipertanggungjawabkan?

Perlu difikirkan juga bahawa ambulans membawa pesakit yg kritikal namun masih stabil sebelum bergerak ke hospital yg dituju utk mendapat rawatan dan blh ‘mati’ akibat kemalangan yg tidak perlu dan dpt dielakkan, jika pemandu ambulans blh bersabar utk menunggu lampu bertukar hijau namun tindakan pemandu ambulans melanggar lampu isyarat bukan sahaja membahayakan diri dan nyawa beliau, pesakit dan penguna jalanraya yg lain.

Perlu juga diketahui waris pesakit hanya dibenarkan menaiki ambulans mengiringi pesakit dgn kebenaran pegawai perubatan dgn mengisi borang dan jika berlaku kecelakaan di dlm perjalanan maka waris pesakit tidak blh menuntut apa apa gantirugi dr Kementerian.

Begitu juga perlu difikirkan bahawa pesakit yg dlm ambulans ‘mungkin mati dan mungkin hidup’ apabila dirawat di hospital namun jika berlaku perlanggaran dgn pemandu kenderaan yg ‘sihat sejahtera’ dan normal, maka kematian mereka adalah pd logik akal adalah sia sia kerana mereka ‘mampu’ hidup dan sihat walafiat jika tidak terbabit dlm kemalangan ini.

Langkah terbaik jika pemandu ambulans ‘masih dan mahu’ melanggar lampu isyarat adalah wajar bg pemandu menghimpit dan bergerak kenderaan ke tepi dan berilah laluan kepada pemandu ambulans bergerak ke hadapan secara bersendirian dan bukan turut sama bergerak ke depan atau menumpang bg melanggar lampu merah bersama ambulans tersebut.

Sebagai tambahan, pesakit tidak akan dibawa menaiki ambulans utk dirujuk ke hospital lain sebelum distabilkan atau berada di dlm keadaan stabil terlebih dahulu.
Ini bermaksud pesakit masih blh menunggu lampu isyarat bertukar ‘hijau’ sebelum meneruskan perjalanan ke hospital yg dirujuk.

Semoga maklumat ini memberi sedikit maklumat dan input kepada kita jika berhadapan situasi begini dan tepuk dada tanya selera.

Sekian.

Loading...

Tags: #Ambulans #Isyarat #Lampu #Mematuhi #Mengikut #Perlu #rupanya #Undangundang

author
Author: 
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal
    Ketua Juri Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak akan diambil tindakan – KPM
    Putrajaya, 15 Okt – Isu debat Bahasa Inggeris yg tular di media sosial
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki

    Leave a reply "Rupanya Mengikut Undang-Undang, Ambulans Perlu Mematuhi Lampu Isyarat.."