Rupanya Ini Tips Mudah Nak Bagi Telur Dadar Lebih Gebu, Tebal, Lembut Dan Sedap Tanpa Mayonis.

Loading...

Rupanya Ini Tips Mudah Nak Bagi Telur Dadar Lebih Gebu, Tebal, Lembut Dan Sedap Tanpa Mayonis || Salam Ramadan ke 11 semua, alhamdulillah dah 11 hari kita berpuasa ya, masuk bulan puasa dah 3 kali atau 4 kali hujan tak ingat dah. Semalam pun hujan lebat sangat tengah solat tarawih. Sejuk suhu sikit hari ini.

telur dadar gebu, lembut dan sedap

Dah masuk 11 hari puasa ni, ada lagi ke yg masih badan tak stabil disebabkan puasa. Dah banyak hari puasa, jadi terbangun awal pun dah biasa dah kan. Ke ada yg terbabas sahur.

Menu ringkas masih menjadi pilihan. Jem nak fikir menu masak apa hari – hari. Mood masak bulan puasa ni tak sama dgn mood masak sebelum puasa. Lain tau. Agak – agak menu telur dadar masih menjadi pilihan tak. Rasanya masuk puasa ni tak goreng lagi telur dadar. :D. Telur mata kerbau ada la goreng.

Kalau korang nak tahu, sebelum ni memang kita tertanya – tanya macam mana nak goreng telur dadar yg gebu, tebal macam kat kedai tu kan. Kalau kita goreng mesti nipis tak tebal pun. Apa bahan rahsianya tu ? Tertanya – tanya sampai lah jumpa dah bahan rahsia nak jadikan telur dadar lebih tebal, paling gebu dan lembut.

Ingat dulu, ingatkan bahan rahsianya mayonis jerr, rupanya ada bahan rahsia lain. Jadi tak payah rasanya nak kena stok mayonis semata- mata nak buat telur dadar, tapi kita rasa macam tak kisah ada juga orang yg lebih suka letak mayonis. :).

Ada orang resepi macam – macam pulak, ini yg dah test menjadi banyak kali buat guna bahan rahsia yg satu ini.

Ok lah meh nak kongsi resepi telur dadar yg paling gebu, tebal, lembut dan sedap tanpa mayonis. Sebelum ini, ada post pun tapi tak apa kita post lagi sekali. Sebab ini lain macam sikit letak cendawan enoki.

Nak dapatkan telur tebal tips mudah sahaja, Goreng telur dadar ni biasanya memang suka goreng garing sikit, Kali ini kita lipat sebab ada cendawan enoki nak sekali balik tu susah sikit, so kita foldkan telur tu. Nampak tebal tapi masih lagi gebu ya.

telur dadar gebu, lembut dan sedap

Kali ini kita goreng tak guna kuali kecik dah, guna frying pan pulak. ngam ngam utk 3 biji telur ni. Resepi dah ada kat bawah, blh agak dah apa bahan rahsia ya. :D. Nak clear lagi jemput lah tonton di my youtube channel.

Telur dadar ni memang idea yg paling mudah dah nak jadikan menu mkn dgn nasi kan.

Rupanya Ini Tips Mudah Nak Bagi Telur Dadar Lebih Gebu, Tebal, Lembut Dan Sedap Tanpa Mayonis. 

Bahan – Bahan
3 biji telur
2 ulas bawang merah didadu
2 tangkai lada burung dihiris
Daun ketumbar atau daun sup secukupnya
Cendawan enoki potong 2 secukupnya
Garam secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya

Cara – Cara
1. Pecahkan telur ke dlm mangkuk.
2. Masukkan bawang merah yg telah dipotong dadu dan juga lada.
3. Masukkan garam dan juga  perah jus limau nipis.
4. Kacau telur sehingga sebati, kacau manja – manja jerr.  Biarkan sekejap sementara nak goreng.
5. Daun sup atau daun ketumbar dan juga cendawan enoki  dimasukkan nanti time nak goreng, baru masukkan daun sup kacau rata.
6. Panaskan minyak dlm kuali dgn api besar biar betul – betul minyak panas, minyak jangan letak banyak sangat. Utk 3 biji telur ini,  boleh dapat dapat dlm 2 – 3 keping. Guna kuali kecik sikit. Jadi setiap kali nak goreng, tambah minyak secukupnya.
7. Masa nak goreng, tuang telur dr atas, angkat tinggi dan goreng kedua – dua belah sehingga garing.
8. Dah siap goreng, nampak kegebuan telur tu. Cuba potong ! tak macam goreng telur dadar biasa sebab tindak balas jus limau nipis tu.
9. Hidangkan segera.

Baca sini >>> Sambal Telur 3 Rasa Hanya 7 Bahan Lagi Mudah Dan Sedap
Baca Sini >>> Telur Kukus Sri Rampai Mudah Dan Sedap
Loading...

Tags: #bagi #DADAR #Gebu #Lebih #Lembut #Mayonis #Mudah #rupanya #Sedap #TANPA #Tebal #TELUR #tips

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Comments are closed.