Rupa-Rupanya Linda Minta Maaf Sebab Dah ‘Kalah’..

Pergaduhan Linda Rafar melawan jururawat dan 100 netizens yg mengecamnya telah berakhir apabila selebriti itu membuat permohonan maaf dan memaafkan semua pihak secara terbuka menerusi satu kenyataan di Instagramnya pd selasa.

Sebelum ini Linda bertindak menularkan gambar jururawat yg menurutnya tidak memberikan layanan yg baik kepada arwah ibunya semasa menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Tindakan Linda itu mendatangkan kenyataan balas apabila kumpulan jururawat mempertikaikan kecaman Linda yg dianggap tidak berasas dan tuduhan yg melampaui batas.

Berikutan itu, Linda pula yg menjadi sasaran kritikan netizens.

Dari ramai-ramai yg mengecamnya, Linda telah memilih utk menyaman 100 individu yg beliau anggap bersikap kurang ajar, tiada adab dan tidak menggunakan perkataan yg baik.

Berikutan itu, 100 dr netizens yg terlibat, sebahagiannya telah memohon maaf, sebahagiannya mempertahankan komen mereka.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Linda berkata, beliau bersedia memaafkan dan mahu meminta maaf kepada semua pihak yg terlibat dlm insiden itu.

Linda 1 - Rupa-Rupanya Linda Minta Maaf Sebab Dah 'Kalah'..

Namun kenyataan maaf yg dibuat oleh Linda itu rupanya mempunyai kisah disebaliknya. Perkara itu diceritakan oleh doktor Rusyainie Ramli menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Menurut Doktor Rusyainie, Linda sebenarnya meminta maaf kerana telah gagal dlm tuntutannya terhadap jururawat yg bertelingkah dgnnya.

Bukan sahaja perlu meminta secara terbuka malahan perlu membayar sejumlah gantirugi.

Namun Doktor Rusyainie turut menyatakan kekesalan kerana permohonan maaf Linda itu tidak membayangkan apa yg sepatutnya dilakukan oleh selebriti itu mengikut penyelesaian kes luar mahkamah. 

Linda sebaliknya berterusan bersikap ego katanya.

“Tahniah Delegation of Nurses yg bertindak menjadi pemudahcara utk 1 jururawat yg difitnah oleh 1 selebriti. Akhirnya ia selesai dgn kemenangan berpihak pd jururawat tu setelah persetujuan luar mahkamah dicapai.

Selebriti tu dengar khabarnya bukan setakat nak kena bayar ganti rugi, tapi yg paling penting, dia mesti membuat permohonan maaf pd jururawat tu.

Sebagai doktor marhaen yg menjadi penyokong kuat DoN, saya melihat ketegasan dan kemampuan pemimpin tertinggi DoN dlm menangani kemelut ni sbg petanda penting buat komuniti jururawat.
 

Nurse - Rupa-Rupanya Linda Minta Maaf Sebab Dah 'Kalah'..

Akhirnya, mereka ada satu persatuan yg berdiri kukuh dan berpegang kuat dlm mempertahankan hak dan maruah jururawat. Ini satu signal penting pd mana-mana pihak, jangan cuba dikejutkan gergasi yg sedang tidur. DoN yg mewakili jururawat-jururawat alaf baru adalah satu harapan dan sinaran yg selama ni malap dan kelam. Apa yg DoN lakukan ialah mewakili suara keluhan, tangisan, rintihan dan jeritan jururawat-jururawat yg seakan-akan tenggelam dek birokrasi pihak yg dah kat atas tu. Tahniah DoN sekali lagi.

Yang paling mengagumkan bila jururawat-jururawat dan netizen beramai-ramai menyumbangkan bantuan kewangan sikit seorang utk membiayai yuran guaman supaya tindakan sivil blh diambil ke atas selebriti yg tak reti bersyukur tu.

Malangnya bila saya baca permohonan maaf di IG milik selebriti tu, interpretasi saya? Dia masih punya ego melangit. Langsung tak sebut pun spesifik pd jururawat yg difitnahnya! Perkataan jururawat pun tak ada. Dah bersalah pun masih tak mengaku. Tu mcm minta maaf nak sambut hari raya. Saya pasti tu bukan permohonan maaf yg dipersetujui oleh pihak plaintif. Yg saya pelik, mengapa dlm BI? Supaya netizen tak baca? Iyalah ramai netizen tak berapa nak mahir BI. Tapi itulah, tatabahasanya pun, hmmm. Zulaikha pun blh menulis dgn lebih baik.

Saya harap DoN memandang serius cara selebriti ni minta maaf sebab dia seakan cuba meletakkan dirinya sbg mangsa sedangkan jelas dan terang dia yg menabur fitnah. Semoga jururawat tu menolaknya juga dan meminta selebriti tu tulis balik permohonan maaf dgn betul. Dah salah, mengaku la ya.

Untuk netizen, ambil iktibar. Sebelum menaip dan memuatnaik status menghentam pihak pengamal perubatan, fikir dulu. Selebriti pun kami tak hairan. Reputasi kami takkan kami biar diperkotakkatikkan,” katanya dlm kenyataan itu. – 10 Mei 2019.

Loading...

Tags: #'Kalah'.. #Linda #Maaf #Minta #RupaRupanya #Sebab

author
Author: 
    3 Artis Transgender Ini Ingin Mati Sbg Pria, No 3 Meninggal Tinggal Tulang Dibalut Kulit!
    slidegossip.com – Belakangan ini beberapa artis transgender mendadak jadi perbincangan sejak kasus narkoba
    Arti Kata Gaul Boks
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Boks, baik itu di dunia
    5 Artis Indonesia Paling Tampan 2020, Nomor 3 Pernah Mencoba Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Selain jago di bidang akting atau bernyanyi, kesuksesan seorang artis pria
    Cantiknya Hilang? Inilah 7 Wajah Asli Artis Indonesia Tanpa Make Up! No 7 Jangan Kaget!
    slidegossip.com – Di mata Sang Maha Pencipta, semua manusia adalah sama. Namun tetap

    Comments are closed.