RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?

Loading...

ASSALAMUALAIKUM..

20180807 093753 1 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?

Kelantan memang banyak tempat menarik, cuma itu lah banyak lagi tak sempat explore hii. Agak lama tak singgah RTC Kelantan, RTC setiap negeri semua ada kan. Pelbagai kemudahan ada kat sini. Nak buat IC pun blh ada urusan – urusan rasmi pun blh kat sini. Jarang juga lah nak sampai kat sini sebab macam jauh sikit kalau setakat nak beli sayur, buah, bahan basah kedai dekat dgn rumah pun ada.

Biasanya kalau kat RTC jadi tumpuan setiap kali kalau ada nak buat kenduri, maklumlah kan jual borong kat sini murah sikit beli. Dah lama tak masuk RTC, kali ini pergi sebab terdengar cakap buah durian jual murah, tapi bila pergi tinjau – tinjau macam tak ada pulak, Bila tanya kakak depan, dia cakap mahal la sikit dlm RM 30 10 kg. Jual banyak macam tu dekat di Blok B, sebab kat sini ada 3 blok kesemuanya kalau tak silap, kat blok lain tak berjalan sangat kat sana, sebab tumpu kat Blok A yg jual harga runcit sikit.

Blok A kat sini semua ada sangat luas, kalau barangan sebelah Thailand ni banyak sangat kat sini, ada sosej sebelah sana yg pelik – pelik tapi tak terbeli, entahlah kadang- kadang diri sendiri macam was -was hii.

20180807 094041 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?
Sudah tentu sayur dan ulaman yg segar 

20180807 094531 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?
Bahagian keropok kering macam – macam ada

20180807 095001 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?
Ikan kering favorite spot nak ikan kering mana satu semua ada

20180807 095209 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?
Pelbagai jenis beras,  beras nasi dagang ada. Beras nasi dagang biasanya ada jual yg dicampur dgn beras lembut dan ada yg tak. Jadi blh pilih tapi harga pun dah jadi lain. Beras nasi dagang mahal sikit dr beras nasi dagang yg dicampur.
20180807 095325 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?

20180807 095413 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?
Berlonggok – longgok dah ikan kering, siapa tak suka ikan kering mesti semua orang suka kan

20180807 095450 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?

Biskut legend dlm tin, nak melompat tengok macam – macam “cekedih” ada kat sini. Tahu ke “cekedih” tu apa hii.

Sampai kat gerai buah – buahan terus teruja, dah musim buah kan sekarang. Manggis jual dlm RM 5 utk 2 kg. Tapi berbaloi mkn sebab isi tak rosak, walaupun nampak kulit manggis tu macam kecut.

20180807 100117 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?

20180807 100901 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?
Sebenarnya nak cari buah manggis jugak dah teringin nak mkn. Dari jauh dah nampak tempat ni longgok banyak – banyak buah manggis.
Sambil berjalan – jalan terpandang juga yg dlm paket kuning ni tapi tulisan siam. Dari gambar depan dah nampak macam tom yam, dlm hati dah agak ini mesti dah perencah tom yam. Ingatkan pes tomyam yg biasa kita guna tu tapi ini serbuk sebab pergi goncang dah tahu macam serbuk. 

20180807 101221 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?

Terung pipit yg bersaiz besar tak pernah nak cuba buat masak sebab tak berapa mkn hii.
20180807 101630 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?

20180807 101758 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?

Ternampak buah beko ni, kat sini panggil buah beko la kan takkan nak panggil pucuk beko pulak. :D. Kalau luar dr Kelantan, tak sure pulak kot ada nama lain. Dah lama sangat tak jumpa ni, buat kerabu beko pun memang sesuai, tapi itu lah yg sedap ni memang susah sikit nak buat sebab beko ni, kena grill nak buang lapisan kulit luar. Buah beko ini lebih kurang mahal dah sikit harga di pasaran. Di rumah ada pokok sepohon tapi tak berbuah lama dah, kat tepi jalan nak masuk rumah pun ada tapi pokok orang la tu. :D.

Siapa pernah mkn memang tahu lah rasanya macam mana. Ramai yg tak kenal buah beko ni, tengok gambar di bawah tu ya. yg nampak macam tali pinggang tu. Buah rare dan mujarab la jugak kalau diamalkan.

20180807 101957 - RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?

Boleh lah sesiapa nak pergi jalan – jalan kat sini. Tapi sekarang itulah ramai yg komen barang kat sini dah naik harga. Ada Wani tanya lemon yg banyak – banyak susun dah nampak dah lebam tapi harga RM 1.90 sebiji. Wah mahal sangat, kalau kat mall lemon letak atas kat rak sejuk kan biar segar sikit. tapi harga lagi murah lah walaupun ada yg jual lemon terus dlm 1 bungkus.

Walaubagaimanapun, ada barang yg mahal ada yg tidak, kena pandai – pandai tanya penjual.

Loading...

Tags: #Beli #BERBALOI #KELANTAN #SINI

author
Author: 
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk
    Ini 10 Smartphone Dgn Tingkat Radiasi Terendah
    Beberapa waktu lalu, kita telah membahas 10 smartphone dgn radiasi tinggi yg berpotensi
    Awas, Ini Daftar 10 Smartphone Dgn Radiasi Tertinggi
    Radiasi smartphone beberapa thn lalu menjadi momok yg ditakuti oleh kebanyakan orang. Byk

    Leave a reply "RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI ?"