Roti Bawang Putih Dgn Sup Cendawan, Sarapan Sedap dan Mengenyangkan

roti garlic cover 1 - Roti Bawang Putih Dgn Sup Cendawan, Sarapan Sedap dan Mengenyangkan

Jom sesekali kita cuba buat sarapan berbeza sikit. Asyik mkn nasi goreng je kan. Jom try roti bawang putih dgn sup cendawan.

ROTI BAWANG PUTIH & SUP CENDAWAN

roti garlic fb - Roti Bawang Putih Dgn Sup Cendawan, Sarapan Sedap dan Mengenyangkan

Bahan Roti Bawang Putih
• Bawang putih
• Mentega
• Secubit garam (jika mahu)
• Daun parsley
• Roti Gardenia

Cara membuat
1. Tumbuk bawang putih. Masukkan ke dlm mentega. Gaul rata.
2. Masukkan garam dan daun parsley. Gaul sehingga sebati.
3. Sapu ke atas roti.
4. Bakar dlm oven menggunakan api atas bawah.

Bahan Sup Cendawan
• 300 ml air
• 500 ml susu segar
• 1 kiub ayam
• 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
• 1 tin cendawan butang (hiris atau cencang)
• 1/2 sudu teh daun parsley
• 1/2 sudu besar mentega
• 1/2 sudu teh garam
• 1/2 cawan tepung gandum

Cara membuat
1. Tuang air dan susu ke dlm periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
2. Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
3. Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
4. Bancuh tepung dgn air. Kemudian tapis dan masukkan ke dlm periuk. Kacau lagi.
5. Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat. Siap.

Selamat mencuba!

Resipi oleh Nur Sakinah dr Telegram KakiMakan Channel

Loading...

Tags: #BAWANG #Cendawan #Mengenyangkan #PUTIH #Roti #Sarapan #Sedap

author
Author: 
    Cara Masak Yang Unik
    Cara Masak Yang Unik Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Membongkar resep gorengan tempe krispy abang-abang
    Gorengan tempe krispy bener-bener garing tahan lama renyahnya tanpa menggunakan plastik hanya mengandalkan
    Resepi Siakap Tiga Rasa ala Thai
    Resepi Penuh : https://buatoranglapo.com/2017/02/03/ikan-siakap-3-rasa-ala-thai/ #enjoymusicwhilelearningrecipe #awesomemusic #janganjogetkuatsangat #learnrecipe #belajarmemasak #howtocook #howto #akuyangmasakkauyangmakan #akuyangmasakkauyangpanas
    Resepi Roti Puri | Poori Recipe
    0:32 rest dough for 15 minutes rehatkan adunan selama 15 minit Roti Puri

    Leave a reply "Roti Bawang Putih Dgn Sup Cendawan, Sarapan Sedap dan Mengenyangkan"