Risalah Ramadhan al-Mubarak: Amalan-amalan di bln Ramadhan (2)

Loading...

 Dc2LHXMW4AEKkqP 1 - Risalah Ramadhan al-Mubarak: Amalan-amalan di bln Ramadhan (2)

…sambungan drpada artikel: Risalah Ramadhan al-Mubarak – Amalan-amalan di bln Ramadhan (1)

4 – Bersedekah 
Ibnu Abbas ra. berkata: Rasulullah saw adalah manusia yg sangat pemurah dan bgnda akan menjadi lebih pemurah pd bln Ramadhan…dan bgnda lebih pemurah dlm kebaikan drpada angin yg kencang.” (Riwayat Bukhari) 
Rasulullah saw menggalakkan umatnya utk bersedekah mengikut kemampuan masing-masing. Sabda Rasulullah saw: “Takutilah api neraka walaupun dgn (bersedekah) sebelah tamar.” (Riwayat Bukhari) 
Imam asy-Syafie berkata: “Aku suka jika seseorang bertambah pemurah pd bln Ramadhan kerana ia mengikuti jejak langkah Rasulullah saw, kerana ketika itu manusia berhajat kepada bantuan utk keperluan mereka. Ini kerana manusia sibuk dgn puasa dan solat (ibadat) berbanding pekerjaan masing-masing.” 
Rasulullah saw telah ditanya, apakah sedekah yg paling afdhal? Sabdanya: “Sebaik-baik sedekah ialah sedekah dlm bln Ramadhan.” (Riwayat at-Tirmidzi, didhaifkan oleh Albani) 
Ia mempunyai byk cara dan cabangnya: 
a) Memberi mkn 
Para ulama salaf sangat menitikberatkan amalan memberi mkn dan mendahulukannya drpada ibadat-ibadat lain. Ianya samada dgn memberi mkn orang yg kelaparan ataupun kawan-kawan yg soleh dan tidak disyaratkan hanya kepada orang faqir. 
Rasulullah saw bersabda: “Di dlm syurga terdapat bilik-bilik, Nampak dr dlm barang-barang di luarnya dan sebaliknya.” Bangun seorang a`rabi (orang kampung) bertanya: “Untuk siapakah bilik-bilik itu ya Rasulullah? Sabda Nabi saw: “Bagi mereka yg baik percakapannya, memberi mkn, sentiasa berpuasa dan bersolat kerana Allah pd waktu malam tatkala orang lain sedang tidur.” (Riwayat at-Tirmidzi, hasan) 
Al-Hasan al-Basri dan Ibnu al-Mubarak memberi mkn para sahabatnya, sedangkan mereka sendiri berpuasa. Mereka duduk melayani dan berkhidmat kepada orang yg mkn dan memenuhi keperluan mereka. 
Hammad bin Sulaiman akan menghidangkan juadah berbuka puasa utk 500 orang ketika Ramadhan dan dia akan memberikan kepada setiap mereka 100 dirham di Hari Raya. 
Ibadat memberi mkn akan menjadi asas kepada byk ibadat lain, seperti rahmat dan kasih sayang terhadap sahabat yg diberi mkn, dan ini akan menjadi salah satu sebab utk masuk syurga. 

Sabda Rasulullah saw: “Tidak masuk syurga seseorang itu sehingga ia beriman, dan tidak beriman sehingga ia saling mengasihi.” (Riwayat Bukhari) 
b) Memberi mkn (berbuka) orang yg berpuasa 
Sabda Rasulullah saw: “Sesiapa yg memberi mkn orang yg berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yg berpuasa sedikit pun.” (Riwayat at-Tirmidzi, sahih) 
Sabda Rasulullah saw: “Wahai manusia! Sebarkanlah salam, berilah mkn dan solatlah malam ketika manusia tidur, pasti kamu akan masuk ke syurga dgn sejahtera.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi, sahih) 
Semua ini menunjukkan bahawa mengumpulkan antara puasa dan sedekah adalah lebih berkesan utk menghapuskan dosa. 
Nabi saw bersabda: “Puasa adalah perisai. Sedekah akan memadamkan kesalahan seperti air memadamkan api dan begitu juga seorang lelaki yg bangun di pertengahan malam.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, sahih) 
5 – Menjaga lidah, mengurangkan kata-kata dan menjauhi sifat dusta 
Sabda Rasulullah saw: “Sesiapa yg tidak meninggalkan percakapan dusta dan terus mengamalkannya, maka Allah tidak akan berhajat agar dia meninggalkan mknan dan minumannya (yakni berpuasa).” (Riwayat Bukhari) 
Hadis tersebut menunjukkan bahawa berpuasa juga bermaksud menahan diri drpada pembohongan dan kata-kata yg sia-sia dan tidak berfaedah, sbgmana seseorang itu manahan diri drpada mkn dan minum. Sekiranya dia tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka berkuranganlah pahalanya dan dia terdedah kepada kemurkaan Tuhannya. 
Sabda Rasulullah saw: “Jika seseorang drpada kamu mula berpuasa, maka janganlah dia melakukan Rafath (melakukan perkara-perkara yg membangkitkan nafsu) dan janganlah dia bergaduh. Sekiranya seseorang mencaci atau memusuhinya, maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa! Sesungguhnya aku berpuasa!” (Riwayat Muslim) 
Ali bin Abi Thalib ra. berkata: “Sesungguhnya puasa bukanlah hanya menahan diri drpada mknan dan minuman, tetapi juga drpada penipuan, kebatilan dan perkara yg sia-sia.” 
Berkata Mujahid: “Dua perkara yg sesiapa meninggalkannya maka sempurnalah puasanya: Ghibah (mengumpat) dan menipu.” 
Abu al-`Aliah pula berkata: “Orang yg berpuasa tetap dlm ibadatnya selagi dia tidak melakukan Ghibah.” 
Rahsia di sebalik larangan-larangan ini khususnya ketika sedang berpuasa ialah kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dgn meninggalkan perkara-perkara yg harus, tidak akan sempurna kecuali setelah meninggalkan perkara-perkara yg haram. Ia adalah seumpama orang yg meninggalkan perkara-perkara yg fardhu utk melakukan perkara-perkara yg sunat, apakah faedahnya? 
6 – Doa, Zikir dan Istighfar 
Semua hari-hari Ramadhan adalah waktu yg mulia, maka ambillah kesempatan ini dgn memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pd waktu-waktu yg mustajab seperti: 
• Ketika hampir waktu berbuka. Nabi saw menyebutkan tiga doa yg tidak ditolak, antaranya ialah orang yg berpuasa sehingga dia berbuka. (Riwayat at-Tirmidzi, sahih) 

• Di sepertiga malam ketika Allah SWT menyeru: “Adakah ada orang yg berdoa, maka Aku perkenankan, adakah orang yg memohon kempunan, maka Aku mengampunkannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
• Memohon keampunan Allah SWT ketika waktu sahur. Firman Allah SWT: “Dan ketika waktu sahur mereka memohon keampunan.” (adz-Zariyat: 18) 
Jangan kita lupa juga terdapat ganjaran-ganjaran yg besar bg orang yg berzikir. Terdapat byk nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Nabi saw yg sahih menjelaskannya. 
7 – Umrah pd bln Ramadhan 
Sabda Rasulullah saw: “Satu umrah pd bln Ramadhan ganjarannya menyamai satu haji.” Dlm riwayat yg lain: “Menyamai satu haji bersamaku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
8 – Beriktiqaf 
Antara kelebihan khusus sepuluh terakhir Ramadhan ini, ialah digalakkan beriktiqaf pdnya. 
9 – Lailatul Qadar 
Di dlm bln Ramadhan yg berkat ini Allah SWT menghadiahkan kepada hamba-hamba-Nya satu malam yg sangat berkat iaitu Lailatul Qadar. (Huraian akan datang) 
Penutup 
Sabda Rasulullah saw sewaktu menaiki mimbar di Madinah: “Sangat malang, orang yg berkesempatan melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi) 
Oleh itu, tidak sepatutnya bg seorang Muslim yg berakal melepaskan peluang yg amat bernilai ini utk dirinya dan keluarganya. Ia hanya datang sekali dlm setahun. Marilah kita bertekad dan berazam utk memperuntukkan waktu dan masa kita dgn amal ibadat bg merebut peluang ganjaran pahala yg dijanjikan Allah dan Rasul-Nya. 
Akhirnya, sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan, taufiq dan hidayah, semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik drpada yg lps. Dituliskan nama kita di antara hamba-hamba-Nya yg mendapat keampunan Tuhan dan selamat drpada azab neraka. Aaamin.
Loading...

Tags: #alMubarak #Amalanamalan #Ramadhan #Risalah

author
Author: 
    Jom Cuti Sekolah Bersama Captain Quack & Friends Di Sunway Lagoon
    Hi semua.. Dah masuk cuti sekolah kan mesti tengah planning nak bawa anak-anak
    Sindir Artis yg Suka Pamer Isi ATM? Tamara Bleszynski: Receh, Sangat Memalukan!
    slidegossip.com – Belakangan ini byk artis-artis yg ikut-ikutan membongkar isi saldo di ATM
    Bibir Bengkak, Barbie Kumalasari Disantet? Mbah Mijan: Dari Orang yg Ditolak Cintanya!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Barbie Kumalasari. Baru-baru ini bibir Barbie Kumalasari
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah

    Comments are closed.