Rezeki Akan Lebih Murah Jika Buat 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu

x 145 - Rezeki Akan Lebih Murah Jika Buat 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu

Orang kata rezeki lebih murah kalau kita sentiasa ‘memberi’ kepada orang lain. Ya benar memberi itu byk kelebihannya. Namun adakalanya kita sendiri pun sesak dan kekurangan utk sentiasa memberi kepada yg memerlukan.

Jangan sesakkan fikiran dgn konsep memberi ini. Apa yg anda kena set dlm minda adalah, setiap wang yg kita miliki sebenarnya bukanlah sepenuhnya hak milik kita. Bila anda tahu konsep ini, dgn redha hati, sedekahkanlah kepada yg lebih memerlukan.

Lagi satu, ada byk cara lain yg lebih ringkas utk anda pastikan rezeki anda bertambah-tambah. Kena amalkan.

1. Sediakan Mknan Kucing

Dekat luar rumah kita, sediakanlah sebekas mknan dan semangkuk air di luar rumah kita. Ini khusus utk kucing jalanan yg singgah dan lalu di kawasan rumah kita. Itu rezeki dia. Tapi kucing di rumah jangan pula diabaikan.

2. Asingkan Gaji

Setiap kali dpt gaji, asingkan sedikit utk disedekahkan kepada yg memerlukan. Tak payah susah-susah cari orang jauh utk didermakan, bg sahaja pd adik-adik atau anak-anak buah yg masih belajar. Tak payah byk, ikut mana yg anda mampu!

3. Duit Kecil

Sentiasa sediakan duit kecil di dlm dompet utk disedekahkan kepada yg memerlukan.

4. Kotak Kecil

Letakkan di bilik tidur sebuah kotak kecil. Setiap kali anda berbuat tidak baik atau melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dlmnya. Genap satu bln, keluarkan duit ini dan sedekahkan duit ini.

5. Majlis Keramaian

Jika mengunjungi majlis keramaian, selain sedekahkan duit pd tuan rumah, cara lain yg anda blh buat adalah sedekahkan air mineral kepada semua tetamu. Paling afdal utk buat adalah ketika urusan pengkebumian sebab selalunya tuan rumah tidak sediakan mknan dan minuman. Anda sangat membantu!

6. ‘Keep The Change’

Ini bukan berlagak kaya tapi niatkan sahaja utk bersedekah. Tiap kali beli mknan dr peniaga kecil, tak payahlah ambil bakinya. Niatkan sahaja bersedekah. Buat orang lain gembira pun ada berkat dan pahalanya.

7. Beli Al Quran

Jika ada wang lebih, belikanlah Al Quran atau sejadah dan sedekahkanlah kepada mana-mana masjid atau surau. Jika ada yg baca atau gunakan ketika solat, ada bahagian utk anda.

8. Amal Al Fatihah

Jadikan amalan baca Al Fatihah setiap pagi. Sedekahkan pd kedua ibu bapa kita tidak kira yg masih ada ataupun telah meninggal dunia. Amalkan.

Sumber: Kisah Zakat Malaysia


Loading...

Tags: #akan #Buat #Dahulu #Jika #Lebih #Murah #Perkara #Rezeki #Terlebih

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Rezeki Akan Lebih Murah Jika Buat 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu"