Review Novel Fixi : Penumpang oleh Fee Anyau

Loading...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
IMG 20190122 202144 1 - Review Novel Fixi : Penumpang oleh Fee Anyau

Tajuk : Penumpang
Penulis : Fee Anyau
Keluaran : April 2018

Sinopsis

Jai dihantar helaian jurnal sahabatnya Eddi yg mati dibunuh diri. Dlm jurnalnya, Eddi telah menceritakan pengalamannya sbg penumpang bas. Bagi Eddi, menumpang bas merupakan rutin yg membebaskan jiwanya.

Dalam usaha utk menerima kenyataan tentang pemergian Eddi, dan memahami masalah yg telah membelenggu sahabatnya itu, Jai bertekad utk mencuba menyelusuri jalan yg dipilih Eddi.
Pada masa yg sama, Jai dibebani masalah keluarga. Pemergian Eddi telah membuatkannya lebih mempersoalkan erti hidup. Di Kolej, setelah kematian Eddi hampir sebulan, Nina pula memberitahu Jai bahawa dia teman wanita Eddi. Jai keliru dgn perasaannya sendiri : Adakah dia cemburu atau sangsi?
Review :

HEBAT! Itulah yg blh aku kata selepas selesai membaca buku Fixi ini. Kisah ini pd mulanya aku anggap biasa-biasa sahaja, tetapi lama-kelamaan aku mula hanyut ke dlm kisah tersebut. Banyak perkara aku suka dlm novel ini.

Tema “bunuh diri” dan “depresi” aku rasa sesuatu yg dekat dgn remaja dan orang zaman sekarang. Kadang-kadang aku juga dapat merasakan ianya adalah sedikit sebanyak berkaitan dgn aku dr segi kisah hidup watak di dlm novel ini.
Aku juga dapat merasakan wujudnya suatu perasaan “kesian” dan “Sedih” selepas selesai membaca novel ini. Hmmm. Terima kasih kepada penulis iaitu Fee Anyau kerana memberikan aku naskhah terbaik setakat ini. Dari awal sehingga akhir, aku terleka apabila membaca kisah mereka. Terima kasih Fee Anyau.

Sekian.

Loading...

Tags: #Anyau #FIXI #Novel #oleh #Penumpang #Review

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Comments are closed.