Review Hotel : Wansiri Mansion Di Songkhla

Review Hotel : Wansiri Mansion Di Songkhla | Kalau korang masih ingat lagi saya ada kongsikan pengalaman saya berjalan di bumi Thailand baru-baru ni. Kalau korang nak tahu, masa di sana kami menginap tiga buah hotel dan salah satunya Wansiri Mansion di Songkhla iaitu hotel pertama kami check in sewaktu di sana.
Wansiri Mansion Di Songkhla
Tujuan kami check in di sini, kalau ikut plan asalnya kami akan menginap di Wansiri Mansion satu malam sebelum bergerak ke Krabi, tapi disebabkan kelewatan di Changlun kami terpaksa menginap di Changlun dahulu pd malam tu. Selepas subuh di Changlun, kami terus bergerak ke Songkhla utk check in dulu hotel ni.
Kalau korang nak tahu, Mansiri Mansion  ni terletak dlm Pekan Songkhla, macam kami hari tu walaupun dah setting map nak ke sana entah macam mana kami blh terlepas simpang. Mungkin disebabkan signboard nak ke Wansiri Mansion tu terlindung dan jalan masuk nak ke kawasan tu agak sempit, ala macam jalan kampung tu sempitnya. Nak tak nak terpaksa la pusing di kawasan yg agak sempit masa tu. Mujurlah pd masa tu keadaan jalan tak sesak. Kalau nak tahu sungguhpun jalan tu sempit, tapi bila waktu puncak, itulah jalan paling jammed sekali.
Selepas sampai ke Wansiri Mansion, MasyaAllah cantiknya bangunannya. Warna-warni. Masa kami sampai tu, adala jugak orang kita menginap di situ dan dah bersedia nak check out dah. Kawasan hotel ni luas jugak dan terletak bersebelahan dgn kawasan perumahan.

Wansiri Mansion Di Songkhla

Lepas parking, suami macam biasa akan ke receptionist utk check in. Pd asalnya, suami nak bilik yg berada di hadapan sebab lebih mudah nak keluar masuk. Tapi disebabkan banyak lagi bilik belum dikemaskan lagi nak tak nak kena la kami check in dlm bangunan tu. 
So far biliknya agak luas tau. Jadi, berbaloilah kita bayar 550 Baht. Oh ye, bilik yg kami dapat ni lengkap semua fasiliti. Siap ada peti ais lagi. Ni bukan peti ais kecik yg biasa kita nampak di hotel-hotel. Ni peti ais satu pintu tinggi macam dekat rumah tu. Pergh banyak kot blh isi dlm tu. 
Wansiri Mansion Di Songkhla

Cuma tak berapa bestnya kat sini, ada nyamuk. Huhu walaupun kitorang tak tido di sini. Mungkin nyamuk tu masuk ikut sliding door tu.  Iyela masa baru masuk tu, kami ada bukak sliding door tu. Mana la tahu ada nyamuk kat situ. Bertabahlah siapa yg menginap di sini. Kalau tak nak nyamuk jangan bukak sliding door. Tandasnya pun ok dan jangan risau ada pili air dekat tandas tu hehe.
Oh ye kalau korang menginap di sini dan tiba-tiba lapar pd malam tu, korang blh beli mee segera di receptionist. So tak payah la korang nak keluar jauh-jauh. 
Ada plan nak ke Songkhla atau kawasan sekitar? Blh je stay kat sini. Receptionist pun mesra cuma mereka tak berapa fasih berbahasa Inggeris. Mujurlah masa kami nak check in ada juga penterjemah bahasa. Katanya dulu pernah kerja di Malaysia. Mujurlah la ada orang tu. Kalau tak dah macam ayam dgn itik bercakap hehhe.

Untuk panduan korang yg nak ke Thailand dan mahu menginap di sini, saya sertakan sekali alamatnya

Alamat – 22 Soi 11 Ratuthis 1 Road, Muang, Songkla, Songkhla
Loading...

Tags: #Hotel #Mansion #Review #Songkhla #Wansiri

author
Author: 
    Telemovie Penunggu Simpang Lakonan Aiman Tino (TV3)
    Telemovie Penunggu Simpang Lakonan Aiman Tino (TV3) : Telemovie bersiaran malam ini jam
    Maszlee ulangi komitmen kurangkan beban guru, fokus tugas hakiki
    GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan pd Khamis mengulangi komitmen utk mengurangkan bebanan guru sekaligus
    Tuduhan CUEPACS 400,000 penjawat awam tertekan tidak ada asas – JPA
    PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melihat dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dlm Perkhidmatan

    Leave a reply "Review Hotel : Wansiri Mansion Di Songkhla"