Review Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal (2019)

Loading...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
UpinBIpinB1 - Review Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal (2019)
Hi, semua! Kita kembali lagi dlm sesi review filem! Baiklah rasanya sekarang merupakan masa yg sesuai utk aku review filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. Sebenarnya dah lebih seminggu aku tonton filem ini tetapi utk mengelakkan drpada spoiler utk rakan-rakan yg belum tonton lagi.
Filem ini diarahkan oleh tiga orang pengarah iaitu Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin dan juga Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim. Diterbitkan oleh syarikat Les’ Copaque Production dan juga menelan belanja sebanyak RM20 juta utk menghasilkan filem ini. Mula ditayangkan pd 21 Mac 2019. Filem ini merupakan filem ke tiga yg berdasarkan siri animasi Upin Ipin. Filem pertama adalah Geng: Pengembaraan Bermula (2009) dan filem kedua pula adalah Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016)
UpinBIpinB2 - Review Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal (2019)
Nakhoda Ragam
Sinopsis
Semuanya bermula apabila Upin, Ipin dgn kawan-kawannya: Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti tersandung pd keris mistik di bilik stor Tok Dalang. Keris ini tiba-tiba membuka portal dan membawa mereka terus ke kerajaan Inderaloka. Ketika mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka berjumpa dgn watak-watak dr cerita dongeng Melayu dan Malaysia seperti Mat Jenin dan Belalang. Mereka sekarang perlu bekerjasama memulihkan kerajaan ini kembali ke keadaan sediakala dan melawan dgn Raja Bersiong yg ingin mengambil alih Inderaloka.

UpinBIpinB3 - Review Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal (2019)
Bawang Merah & Bawang Putih
Baca Juga : [ 10 Filem Terbaik Lakonan Shah Rukh Khan ]

Review Filem :

Sebelum menonton filem ini, aku menjangkakan filem ini hebat dan lain drpada yg lain hanya setelah menonton trailer filem ini yg bagi aku sangat menarik. Mungkin selepas menontonnya tanggapan aku salah? Atau sebaliknya?
Plot :
Mengenai plot atau jalan cerita, aku dapat rasakan jalan cerita filem ini sangat bijak. Bagaimana menggunakan watak-watak kisah dongeng yg pastinya dekat dgn masyarakat. Aku suka bagaimana keris siamang tunggal itu berfungsi apabila lengkapnya suatu kisah. Itu sala satu bahagian yg aku suka. 
Juga aku suka babak di mana tarian dan nyanyian beramai-ramai. Sangat meriah dan menghiburkan. Elemen gambus itu sangat bijak ya!
Walaubagaimanapun, aku masih rasa ada persamaan walaupun bukanlah ditahap peratusan yg tinggi jalan ceritanya utk filem ini dan juga filem Magika (2010). Kisah bagaimana budak kecil masuk ke dunia lain dan berjumpa dgn ramai watak kisah dongeng. Tetapi macam aku bagitahu, peratusan persamaannya tidaklah banyak. Lagi pula filem Magika itu sudah hampir 10 thn berlalu.

UpinBIpinB5 - Review Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal (2019)
Belalang
Watak :
Berkenaan watak, aku sangat suka dgn watak-watak kisah dongeng yg diperkenalkan. Setiap watak pastinya mempunyai fungsi tersendiri dan aku tak rasa mana-mana watak diberi sesuatu yg tidak memuaskan hati aku. Semuanya cukup rasa. 
Watak Tanggang antara yg menjadi kegemaran aku, bagaimana ibu rindu dan maafkan anaknya. Selain itu, watak Bawang Putih dan Bawang Merah juga membuatkan aku terkesima. Mungkin blh ditambah baik pd watak penjahatnya utk mungkin menunjukkan kejahatan yg lebih sedikit. Tetapi aku faham, cerita ini utk tontonan kanak-kanak.
UpinBIpinB4 - Review Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal (2019)
Raja Bersiong

Muzik :

TERBAIK! Kenapa aku katakan muziknya terbaik? Kerana semuanya diadun dan dihasilkan dgn baik, bagaikan muzik latar dlm sebuah filem Marvel! Daripada tekaan aku, muziknya adalah drpada live orchestra!
Selain itu, aku juga suka dgn lagu-lagu di dlm filem ini. Nyanyian Fakhrul Razi dan juga Ernie Zakri sangatlah merdu dan aku rasa berjaya!

Grafik :
Dari segi grafik, rasanya tiada apa yg perlu dikomen. Kualitinya setanding dgn filem Disney malah mungkin lebih baik. Tahniah ya utk pasukan grafik.
Secara kesimpulannya, filem ini merupakan satu lagi naskhah terbaik drpada penggiat filem animasi negara! Tahniah kerana Berjaya menaikkan martabat industry perfileman animasi Malaysia. 15 thn dahulu pastinya tiada siapa dapat membayangkan Malaysia mampu menghasilkan filem sehebat ini.
Tahniah kepada semua yg terlibat dlm menjayakan filem ini.
Markah : 9.91 / 10
Sumber : Wikipedia

Baca Juga : [ Review Filem : Avengers Infinity War ]

Loading...

Tags: #2019/ #Filem #Ipin #Keris #Review #Siamang #Tunggal #Upin

author
Author: 
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal
    Ketua Juri Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak akan diambil tindakan – KPM
    Putrajaya, 15 Okt – Isu debat Bahasa Inggeris yg tular di media sosial
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki

    Comments are closed.