Review Filem : Friend Zone (2019)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
FriendBZone - Review Filem : Friend Zone (2019)
Bertemu lagi dlm siri review filem dan filem kali ini ialah filem Friend Zone. Baiklah. Pd hari sabtu yg lalu, aku berpeluang utk menonton satu filem romantik komedi buatan negara jiran iaitu negara Thailand. Sebenarnya, aku bukanlah peminat filem-filem Thailand dan kalau aku nak tengok mungkin hanya membeli DVD atau download sahaja di platform yg ada. Tetapi aku tonton filem ini diwayang hasil ajakkan kawan aku.  Jadi, inilah hasil reviewnya setelah aku menonton filem ini. Tiada sebarang ekspetasi atau jangkaan drpada aku kerana aku tidak tau wujudnya filem ini sebelum di pelawa utk tonton oleh kawan aku. 
Sedikit fakta tentang filem ini, ditayangkan di Thailand pd 14 Februari 2019 ( Valentine’s Day) manakala tarikh tayangan di Malaysia adalah pd 4 April 2019.  Ditulis dan diarahkan oleh Chayanop Bunprakop dan barisan pelakon utamanya adalah Naphat Siangsomboon dan juga Pimchanok Leuvisadpaibul. ( Pelakon utama dlm filem A Little Thing Called Love)
FriendBZoneB3 - Review Filem : Friend Zone (2019)
Pelakon Utama
Sinopsis
Plotnya berkisarkan kisah dua orang sahabat baik, lelaki dan perempuan. Palm, iaitu seorang jejaka yg terperangkap dlm “friend zone” bersama rakan baiknya, Gink. Apabila Gink mempunyai masalah bersama teman lelakinya, Ted, pastinya Palm akan datang membantu dan menenangkan Gink. Jadi, kisah seterusnya berkisarkan tentang mereka berterusan sebegitu sehinggalah munculnya rasa cinta.
FriendBZoneB6 - Review Filem : Friend Zone (2019)
Babak ketika mereka di thn 2009.
Review Filem
Untuk review kali ini, aku akan ulas dr segi plot, watak, dan juga muzik.
Plot :
Secara keseluruhannya aku rasa plotnya pd aras sederhana. Bermula pd zaman sekolah, menunjukkan bahawa watak wanita utama sangat tidak suka pd lelaki yg curang sbgmana bapanya sendiri. Aku suka bagaimana plotnya dikisahkan melalui penceritaan semula oleh watak lelaki utama di majlis perkahwinan rakannya. Imbasan semula apa yg terjadi 10 thn lalu. Cuma di bahagian pertengahan filem aku agak bosan dan “lost”, tetapi dapat jumpa jalan kembali setelah plotnya kembali menjadi menarik.
FriendBZoneB1 - Review Filem : Friend Zone (2019)
Babak lawak di mana mereka dikejar monyet.
Unsur “humour” aku rasa semuanya menjadi. Babak dikejar monyet salah satu yg menjadi kesukaan penonton lain apabila dikira dr segi gelak tawa, termasuklah aku sendiri.
Antara yg aku suka juga bila mana ada terselit babak di Malaysia! I’m a proud Malaysian!
Watak :
Dari segi watak, aku rasa semuanya menjadi. Disebabkan aku sudah kenal pelakon wanitanya, jadi aku sangat suka dgn lakonannya. Ditambah dgn kejelitaannya yg memukau. Watak-watak tambahan seperti lelaki2 lain yg juga terperangkap dlm “friend zone” sangat membantu dlm memberi rasa tambah di dlm filem ini.
FriendBZoneB4 - Review Filem : Friend Zone (2019)
Mereka yg terperangkap dlm “friend Zone”
Muzik : 
Aku suka dgn lagu yg dihasilkan oleh Ted, iaitu teman lelaki Gink, pelakon wanita. Lagu yg dinyanyikan dlm pelbagai bahasa, termasuklah dlm bahasa Melayu. Muzik latar yg lainnya aku rasa sangat “typical” bagi filem Thailand. 
FriendBZoneB2 - Review Filem : Friend Zone (2019)
Babak teman lelaki Gink, Ted Bersama penyanyi.
Secara keseluruhannya aku suka dgn filem ini. Mungkin agak kurang dr segi jalan cerita, tetapi dr segi lain ianya sangat mantap. Aku suka bagaimana cara setiap babak difilemkan. Unsur lawaknya yg menjadi dan tidak dibuat-buat. Tetapi utk dilihat bersama keluarga mungkin tidak sesuai jika bersama anak kecil atau budak-budak, sebab ada unsur seks yang bersifat sederhana.
FriendBZoneB5 - Review Filem : Friend Zone (2019)
Antara babak lawak! Sedih tapi lawak.
Yang belum tonton lagi blhlah ke pawagam terdekat atau tunggu sahaja DVD nya keluar! 🙂
Markah : 8.35 /10

Sekian.
Sumber : Ranking Filem


Loading...

Tags: #2019/ #Filem #FRIEND #Review #Zone

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.