Resipi Wajib Cuba, Mi Kolok Daging Sarawak

Untitled design 17 3 1 - Resipi Wajib Cuba, Mi Kolok Daging Sarawak

Rindu dgn masakan Sarawak antaranya mi kolok. Ia cukup popular di negeri Sarawak. Hidangan ini enak dinikmati bersama kicap manis. Namun jika tiada kicap manis, blh guna kicap masin dan tambah sedikit gula.

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 gulung mi sanggul
  • 1 sudu mkn perencah sup
  • 100gm daging
  • 5 ulas bawang putih | dicincang
  • 8 biji cili api
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 sudu mkn minyak masak
  • 5 sudu teh kicap manis
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 2 biji limau kasturi | ambil jusnya
  • 1 sudu teh sos ikan atau sos soya
  • 1 sudu teh cuka
  • Daun bawang & daun sup | dihiris
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK SUP:

1.  Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.

2.  Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.

3.  Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)

CARA MEMASAK MI:

1.  Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.

2.  Panaskan 2 sudu besar minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.

3.  Masukkan pula mi yg telah ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.

4.  Perasakan dgn cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.

5.  Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yg telah dihiris tadi.

6.  Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.

CARA MENYEDIAKAN SAMBAL:

1.Kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih sehingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.

Komen anda

Loading...

Tags: #Cuba #Daging #Kolok #Resipi #Sarawak #Wajib

author
Author: 
    Percutian London dan Europe 2019
    Alhamdulillah kami telah selamat sampai di rumah setelah bercuti selama lebih 2 minggu
    Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake
    Kek Coklat Oren / Chocolate Orange CakeBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan1 cawan tepung
    Roti Bakar Telur Bersama Keju, Menu Sarapan Ringkas Tapi Sedap
    Sarapan sangat penting. Ramai yg skip sarapan sebab tak sempat nak memasak. Sibuk
    Pajeri Nanas dan Terung, Resipi Mudah Bangkitkan Selera
    Pajeri nanas selalu kita mkn di kenduri kahwin. Sedap kan pajeri nanas ni.

    Leave a reply "Resipi Wajib Cuba, Mi Kolok Daging Sarawak"