RESIPI TERUNG PIPIT TUMIS CILI HIJAU

37999200644 d52ba3f0cc 1 - RESIPI TERUNG PIPIT TUMIS CILI HIJAU
Assalammualaikum, selama semua. Hari ni che mat nak berkongsi satu resipi legend. Biasa mkn terung pipit atau ada juga yg panggil terung rimbang/palembang?..Terung pipit ialah terung bersaiz kecil seperti kacang pis. Biasanya pokok terung pipit tumbuh liar di kawsan2 belukar. Batang pokok berduri dan daunnya sama seperti pokok terung biasa tapi berduri di bahagian bawah daun. Ianya juga salah satu bahan yg dimasukkan dlm kari hijau Thai. Pagi tadi che mat kemas2kan belakang rumah, sambil potong ranting2 pokok terung pipit tu, sempat jugalah kutip terung pipit. Walaupun tak banyak, tapi dapat juga dlm 1 cawan lebih. Jadi lepas kemas2, kita pun on lah projek memasak. Biasanya menu klasik ini menjadi bekal di zaman2 arwah tok dan arwah uwan ketika arwah bekerja dulu. Dan menu ini juga menjadi kegemaran arwah Bak tapi arwah Bak suka guna ikan bilis tamban. Kali ini che mat tak taruk belacan, tapi digantikan dgn pati kiub ikan bilis Maggi dan isi ikan tenggiri masin. Disebabkan mak che mat kena pantang mkn belacan, kita kenalah ubah sedikit rencahnya. Kalau yg takde pantang larang, che mat syorkan guna belacan. Satu lagi pesan mak che mat, gunakan minyak goreng dr lebihan goreng ikan masin. Ini akan menjadikan masakan lagi enak dan berperisa….Resipi che mat kongsikan di bawah ini..

BAHAN-BAHANNYA 🙂
1+ cawan terung pipit, yg telah diasingkan dr tangkainya, dicuci dan toskan
1 genggam longgar ikan bilis, dibersihkan cuci dan rendam sekejap
12 tangkai cili hijau, hiris (boleh lebih atau kurangkan)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 camca besar jus asam jawa
1 kiub pati ikan bilis Maggi
1 keping hirisan nipis ikan tenggiri masin, diambil isinya sahaja
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Panaskan minyak dlm kuali (anggaran 5 camca besar). Tumis isi ikan masin tenggiri sehingga harum. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau rata dan masak sehingga bawang layu. Tambah cili hijau dan ikan bilis. Kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan terung pipit, kacau rata dan tuang air. Hancurkan kiub pati ikan bilis Maggi dan masukkan ke dlm kuali, kacau rata dan kecilkan api. Tutup kuali agar terung pipit cepat empuk. Kacau sekali sekala.
  3. Bila terung pipit empuk, blh masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa dan sedikit gula. Jika suka berkuah, blh tambah sedikit air panas. Kacau dan masak sekejap lagi, rasa dan jika ok blh matikan api. Hidangkan dgn nasi panas dan lauk2 lain. Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #Cili #Hijau #PIPIT #Resipi #terung #Tumis

author
Author: 
    Tomat Lebay – Nasi Goreng !
    Ini Video Waktu Tomat Lebay masih kecil heheh … Tomat Lebay – Bakwan
    Tutorial memasak TERONG BALADO – Resep memasak Terong Balado
    Cara Membuat: Iris terong ungu masing-masing menjadi 4 bagian kira-kira 10cm, tiap bagian
    Cara Membuat Bihun Kuah – Resep Mudan dan Enak
    Cara Membuat Bihun Kuah – ingin membuat masakan yang stu ini tapi masih
    Resep dan Cara Memasak Ceker Mercon Mudah, Enak dan Lezat ala Zasanah
    Ceker adalah salah satu bagian ayam yang banyak disukai oleh orang. Ceker bias

    Leave a reply "RESIPI TERUNG PIPIT TUMIS CILI HIJAU"