RESIPI TAUHU TELUR TUMIS DAGING CINCANG

Loading...

rsz_ttgc
Assalammualaikum, salam semua, selamat bertemu kembali walaupun dah makin jarang kemas kini blog, che mat tetap ada. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi ringkas tapi cukup sedap. Resipi asal dr Kak Azian Hasan yg che mat ambik dr IG beliau di sini. Kak Azian Hasan atau lebih ‘manja’ dipanggil dgn nama Kak Yan, rasanya tidak asing bagi mereka2 yg selalu menonton Rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO), beliau sedikit masa dulu kerap muncul di NLKO dlm segman memasak. Kak Yan terkenal dgn penyediaan resipi2 ringkas utk ibu2 bekerja dan juga resipi utk bekalan anak ke sekolah – BENTO. Kalau tak silap, Kak Yan sudah menghasilkan 2 atau 3 buah buku masakan…errrr, nanti eks che mat tanya dia utk kepastian atau awak2 semua blh lah google utk lebih maklum. Berbalik pd resipi hari ini, apa yg buat che mat tertarik nak mencuba selain ia mudah dah ringkas. Resipi ini versatile, blh dimakan dgn nasi, bubur nasi, kuey teow. Kata Kak Yan, terung juga enak dimasak cara begini. Bagi yg tak mkn daging lembu, gantikan saja dgn daging ayam. Che mat rekomen anda simpan resipi ini utk bulan puasa nanti, terutama hidangan masa sahur, in sha Allah berbaloi memasaknya…Resipi seperti di bawah…Dan terima kasih sekali lagi Kak Yan yg sweet2 comel macam gula2 kapas itu..

BAHAN-BAHANNYA 🙂
3 batang tauhu telur
12 kuntum cendawan butang (boleh guna yg dlm tin, toskan airnya)
1 camca besar penuh tepung jagung
2 camca besar air
1 cawan daging cincang, taruk dlm tapis dan cuci bawah air paip, toskan
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok daun bawang, hiris
1 biji kecil cili merah, buang biji dan dadu kecil
1/2 cawan air

BAHAN-BAHAN SOS (DISATUKAN) 🙂
2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1 camca besar kicap lemak manis
1/4 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh serbuk lada sulah (che mat tambah)

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Tauhu telur di potong 5 atau 6 setiap 1, kemudian masukkan ke dlm mangkuk. Satukan tepung jagung dgn 2 camca besar air dan kacau rata. Tuang ke dlm mangkuk berisi tauhu telur. Gaul perlahan dan goreng satu persatu sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Cendawan butang dihirs 3 setiap 1 biji, kemudian goreng sekejap sehingga layu, angkat dan toskan. Ketepikan
  2. Dalam kuali yg sama, keluarkan minyak dan tinggalkan dlm anggaran 2 camca besar. Tumis bawang putih sehingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak sehingga airnya kering dan daging cincang berubah warna. Masukkan bahan2 sos dan juga air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  3. Baki terpung jagung utk menggoreng tauhu telur tadi, blh dimasukkan ke dlm kuah. Kacau dan masak sehingga pekat. Kemudian blh tambah tauhu telur dan cendawan tadi. Gaul sehingga rata dan rasa, jika ok blh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yg didadu sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas. Selamat mencuba!!
Loading...

Tags: #CINCANG #Daging #Resipi #TAUHU #TELUR #Tumis

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI TAUHU TELUR TUMIS DAGING CINCANG"