RESIPI SUP KEPALA IKAN

rsz sup hikan 1 - RESIPI SUP KEPALA IKAN
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak sup ikan. Resipi ni mungkin biasa dah anda bikin, tapi che mat sebenarnya pertama kali masak sup ikan menggunakan perencah sup bunjut utk sup ikan keluaran Adabi. Bahan2 lain tu sama saja, ada tambah lobak merah dan  batang saderi. Ada yg suka tambah kentang, tapi che mat kurang minat, kecuali kalau sup ayam atau atau tulang, baru lah ngam dgn kentang, betul tak, cuma ikut selera masing2 samada nak taruk atau tidak. Sup ikan macam ni paling enak dimakan dgn sambal kicap, nak mkn sama nasi atau macam tu saja pun sedap. Satu lagi rasa sup ikan selain bahan2 rempah ratus yg kita guna, ikan itu sendiri memberi rasa yg berbeza pd kuah sup. Kalau guna ikan merah, rasa dia berbeza dr ikan ketarap dan sbgnya. Utk kali ni, che mat gunakan kepala ikan ketarap segar yg datang dr pasar Pontian, Johor. Resipi ni menghasilkan sup yg agak ringan dan sesuai juga utk kanak2 sebab tak pedas. Jomm kita semak resipi di bawah ini…

BAHAN-BAHANNYA 🙂
1 kepala ikan ketarap (atau ikan merah), dibelah dua, cuci bersih dan toskan
1 batang lobak merah, saiz sederhana, dipotong berbaji
1 batang saleri, dihiris sederhana tebal
1 biji tomato. dibelah 4
1 batang serai, diketuk
2 helai daub bay kering (bay leaf)
1 sup bunjut, sup ikan Adabi
1 camca teh lada hitam kisar
1 pokok daun sup, dikerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang utk hiasan
Bawang goreng, utk hiasan

BAHAN-BAHAN TUMIS
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, diracik halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Panaskan minyak dlm periuk, anggaran 3 camca besar, masukkan bahan2 tumis, serai dan bay leaf, kacau rata dan masak sehingga bawang layu dan keperangan. Tuang air secukupnya, anggaran 1 liter, kacau rata dan masak sehingga mendidih. Masukkan kiub pati ikan bilis, daun sup yg dikerat kasar dan 1 camca besar bawang goreng, kacau rata.
  2. Masukkan lobak merah dan batang saderi, kacau dan masak sehingga lobak lembut. Blh masukkan kepala ikan, kacau perlahan, Tambah lada hitam tumbuk dan perasakan dgn garam secukupnya. Biar mendidih dgn api sederhana sehingga kepala ikan masak. 
  3. Akhir sekali, masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok blh matikan api. Tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau suka, blh juga dihidangkan dgn sambal kicap. Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #IKAN #KEPALA #Resipi

author
Author: 
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam
    Tutorial memasak – telur crispy nyammi
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "RESIPI SUP KEPALA IKAN"