RESIPI SPAGHETTI BEBOLA DAGING

Loading...

rsz_spbd1
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni cuaca hujan dr pagi dan langit masih mendung walaupun hujan dah berhenti. Tiba2 boring pulak nak mkn nasi, jomm kita ubah selera sikit, beralih kepada hidangan orang Italy, konon2nya lah. Spaghetti bebola daging ni che mat guna apa yg ada kat dlm peti sejuk. Korek2 kat pantry takde pulak spaghetti, tapi ada pasta linguine yg leper tu, tak kesah lah kita yg buat dia, kau belasah saja lah apa yg ada. Utk resipi spaghetti bebola daging che mat guna kurang lebih 400+ gram daging, kemudian dikisar dlm food processor, tapi kalau nak guna daging cincang yg sedia dijual pun blh juga, cuma che mat kurang sikit daging tu sebab banyak dicampur dgn lemak. Buat dia takde lah susah mana, dan hidangan ini cukup utk 3 – 4 orang, tu pun tengok lah, kalau mkn masa lapar tahap naga, mungkin 3 orang cukup, begantung pd keadaan. Kalau nak mencuba, meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini..

BAHAN-BAHANNYA 🙂
400+ gram daging kisar *
3/4 camca teh garam*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*


1 camca teh smoked paprika powder (boleh beli dipasaraya)*
1/2 camca teh lada hitam kisar*
1 tin tomato dlm tin ( berat kurang lebih 400 gram dan pilih tomato jenis plum), di hancurkan
1/3 cawan sos tomato
1 kiub pati daging Maggi
1 biji bawang holland didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh herba oregano
2 helai bay leaf
1/2 camca teh lada hitam kisar
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit parsley segar, dicincang utk hiasan
Parutan keju parmesan secukupnya (atau sebarang keju pilihan anda)
Spaghetti secukupnya
Minyak zaitun utk menumis

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. UNTUK BEBOLA DAGING :- Masukkan daging kisar dlm mangkuk, tambah semua bahan2 bertanda (*

    ) dan gaul sehingga rata. Kemudian bentukkan bebola, bergantung pd masing2lah yea nak besar mana saiz bebola daging tu. Kemudian panaskan kuali, lagi bagus guna non-stick wok. Masukkan 2 camca besar minyak zaitun, bila dah panas, masukkan bebola daging dan masak sehingga bebola daging berubah warna. Kacau perlahan agar masak sekata, Angkat dan ketepikan.
  2. UNTUK KUAH SPAGHETTI BEBOLA DAGING:- Dlm kuali yg sama, masukkan bawang holland dan masak sehingga layu baru dimasukkan bawang putih dan masak sehingga wangi. Tambah tomato sos dan juga tomato dlm tin, kacau rata dan masukkan air. Tambah pati kiub daging (hancurkan) dan bay leaf. Kacau rata.
  3. Bila mendidih, blh masukkan bebola daging tadi dan masak sehingga pekat sedikit. Tambah lada hitam kisar, herba oregano, perasakan dgn garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap, rasa dan jika ok blh matikan api.
  4. UNTUK SPAGHETTI BEBOLA DAGING :- Masukkan secukupnya spaghetti atau sebarang jenis pasta yg anda suka ke dlm periuk berisi air panas mendidih yg ditambah sedikit garam. Rebus sehingga spaghetti lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak zaitun. Ambil secukupnya spaghetti dan taruk dlm pinggan sesuai. Tuang kuah bebola daging atasnya, tabur sedikit parutan keju dan cincangan daun parsley. Blh hidangkan, selamat mencuba!
Loading...

Tags: #BEBOLA #Daging #Resipi #Spaghetti

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI SPAGHETTI BEBOLA DAGING"