RESIPI SPAGHETTI ANGEL HAIR GORENG TOMYAM

44178857320 d9d032557a 1 - RESIPI SPAGHETTI ANGEL HAIR GORENG TOMYAM
Assalammualaikum, salam Khamis semua. Hari ni mak dan abang long che mat puasa. Jadi masak petang sikit lah…Haa, che mat pesal tak puasa?…Errr, heyy sapa cakap tak, pakcik kau puasa juga lah, tapi malam karang…hahaha. Jadi bagi yg tak puasa macam che mat ni, kita masak lah benda yg senang dan blh isi perut. Korek2 dlm peti sejuk doreamon, maka keluarlah macam2 benda. Ada daging, ada sawi, ada taugeh, ada juga belen sambal tumis udang 2 hari lepas yg che mat bekukan dlm freezer. Kebetulan ada pulak pes tomyam Adabi yg che mat dapat tempoh hari. Blhlah kita bikin spaghetti angel hair goreng tomyam. Sebenarnya takde undang2 pun bila nak masak benda2 gini, just follow your instinct lah kata orang putih, cuma kau jangan over do it, maksud nya pi taruk sirap rose ke atau pi tambah pisang ke dlm spagetti, yg tu memang jahanam jadinya, jin pun takmo mkn waakkk!. Resipi hanya sbg panduan, selebihnya ikut selera masing2. Ok, jomm kita mulakan…resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA 🙂
200 gram spaghetti angel hair, rebus sehingga lembut dan toskan
Sebesar tapak tangan daging batang pinang, hiris nipis, pastikan lawan urat, cuci dan toskan
1 paket kecil perencah tomyam Adabi
1/2 cawan sambal tumis udang, yg di kalau takde, blh guna cili kisar dlm 2 camca besar
2 pokok sawi bok choy, cuci, toskan dan kerat berasingan batang dan daunnya
Taugeh secukupnya
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
Sos ikan secukup rasa
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 helai daun limau purut, buang tulang tengannya dan mayang halus
1 pokok daun ketumbar, hiris
1/2 biji limau nipis
Minyak zaitun utk menumis (boleh guna minyak masak biasa)
Hirisan cili padi, utk hiasan

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Panaskan 4 camca besar minyak zaitun dlm kuali. Masukkan daging yg dihiris tadi dan masak dgn api besar sehingga daging berubah warna. Tolak daging ke tepi kuaali. Tumis pula bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan perang. 
  2. Masukkan sambal tumis dan perencah tomyam Adabi, kacau rata. Masukkan sos tiram dan sos cili, gaul rata dgn daging tadi. Masukkan batang sawi bok choy dan spaghetti. Gaul rata dan tambah hirisan daun limau purut dan daun sawi. Kacau sehingga semua rata. 
  3. Perasakan dgn sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan masukkan taugeh dan hirisan daun ketumbar. Akhir sekali perahkan jus limau nipis, gaul rata dan matikan api. Hidangan dgn hirisan cili padi jika suka. Sedap dimakan panas, selamat mencuba!

Loading...

Tags: #Angel #GORENG #HAIR #Resipi #Spaghetti #Tomyam

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "RESIPI SPAGHETTI ANGEL HAIR GORENG TOMYAM"