
Kalau datang rasa malas nak masak mcm-macam lauk, RASA sarankan korang masak je lauk sotong mcm ni. Rasanya dah cukup lengkap manis, masin dan pedas. Rahsia sedapnya masakan sotong ala Thai ni sebab ada gula apung Thai yg menjadikan rasanya sedap tak terkata. Cubalah.
SOTONG MASAK ALA THAI
BAHAN-BAHAN
• 1/2 kg sotong
• 1 biji bawang besar
• 4 ulas bawang putih
• 8 biji cili padi
• 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dgn gula pasir / gula melaka)
• 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
• 2 biji limau nipis (perah jusnya, kulit limau dipotong dadu)
• 1 biji tomato (potong dadu)
• Sedikit daun ketumbar
CARA MEMBUAT
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan, baki toskan. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga agak halus. Masukkan dlm mangkuk.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya. 4. 4. Gaul sebati semua bahan tadi bersama bahan yg telah ditumbuk halus.
5. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
CARA PENYEDIAAN
Terpulang pd cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja di atas sotong.
Selamat mencuba.
Resipi Oleh Khaidijah Mamat dr Telegram KakiMakan
Tags: #Lain #Lauk #Masak #Payah #Resipi #sotong #Thai