RESIPI SAMBAL TERUNG UDANG KERING

Loading...

rsz_stuk (1)
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi ringkas dan bagi penggemar sayur terung, ini mungkin utk anda. Tapi yg tak suka terung, toksah khuatir, kita blh gantikan dgn bendi, kacang panjang dan sayur bok choy (sawi jepun yg kontot tu). Satu lagi yg bagusnya resipi macam ni, sambal dia blh disiapkan awal, buat banyak2 dan simpan dlm peti sejuk. Selain utk sayur, sambal tu sedap juga digunakan utk bikin perencah nasi goreng. Che mat goreng sekejap terung sebelum digaul dgn sambal, tapi kalau nak salai atau kukus terung tu pun tak de masalah. Jika guna sayur bok choy, che mat sarankan sayur dicelur dlm air mendidih yg ditambah sedikit garan dan sedikit minyak masak. Begitu juga jika gunakan kacang panjang dan bendi. Menu macam ni enak dimakan dgn nasi panas yg dimasak lembut, ikan goreng dan sebelum mkn, renjiskan nasi tadi dgn kicap…hmmm tak toleh kiri kanan dah!

BAHAN-BAHANNYA 🙂
3 biji terung ungu saiz sederhana
1 camca teh pes asam jawa
5 biji cili merah
5 biji cili padi (optonal)
1 biji bawang besar
1 pokok daun bawang, hiris
2 ulas bawang putih
3 bji buah keras
1 genggam udang kering, cuci dan rendam 10 minit dan toskan
1 biji tomato, dibuang bijinya (boleh ganti dgn 10 biji tomato ceri dan tak perlu buang biji)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Terung dicuci, dan keringkan. Kemudian kerat 2 bahagian dan setiap bahagian dibelah 4, buat kaedah sama utk baki terung. Gaul dgn sedikit garam, kemudian goreng sekejap dlm minyak panas sambil dibalik2kan, angkat dan toskan.
  2. Dalam lesung batu, masukkan buah keras dan bawang putih, tumbuk sehingga halus, masukkan pula bawang besar dan daun bawang, tumbuk lagi. Tambah cili padi dan cili merah, terus menumbuk sehingga cili hancur. Akhir sekali masukkan udang kering dan tumbuk sehingga udang lumat. Ketepikan.
  3. Dalam kuali yg sama, keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan2 yg ditumbuk tadi, kacau rata dan masak dgn api kecil sehingga garing. Masukkan pes asam jawa dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan terung, gaul rata dan rasa, jika ok blh matikan api. Hias dgn daun sup sebelum dihidangkan.. Selamat mencuba!
Loading...

Tags: #KERING #Resipi #Sambal #terung #UDANG

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI SAMBAL TERUNG UDANG KERING"