RESIPI RENDANG SOTONG KACANG PANJANG

Loading...

rsz_rskp
Assalammualaikum, salam semua…Cakkk!, che mat sini, alhamdulillah masih hidup lagi dan masih ok. Apa?, dah jarang update blog?..Hurmm, ceritanya begini, bukan tak masak, tapi masak resipi biasa2 dan yg dah kerap kali che mat kongsikan resipinya di blog. Nanti bosan pulak, jadi che mat tukar port ke ig dan fb, maksudnya mana2 resipi yg dah kerap buat, kita taruk di ig dan fb. Hari ni che mat masak rendang sotong taruk kacang panjang. Sotong blh buat redang? Blh waak, kan kita yg buat dia, tapi ada caranya. Selain kacang panjang, blh juga kalau nak taruk nangka muda, cuma nangka muda tu kita rebus dulu kasi empuk. Satu yg perlu diingatkan bila merendang sotong ni, jangan masak lama2, nanti sotong bertukar jadi tiub lori, keras, tu jam blh terkehel gusi mengunyahnya. Che mat kebetulan ada 2 ekor sotong saiz besar (kurang lebih 800+ gram), jadi sebelum dimasak, che mat kelar2 sotong tu. Kalau guna yg saiz biasa, blh dipotong bulat2, takde masalah. Resipi seperti di bawah, jangan lupa mencuba!

BAHAN-BAHANNYA 🙂
800 gm – 1 kg sotong
5 tangkai kacang panjang
1 camca besar cili kisar
1 cawan pati santan (boleh guna santan kotak)
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit, dimayang halus
1 camca besar penuh rempah kari ikan baba’s
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
1 camca besar kerisik
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai, dihiris
30 biji cili padi kampung (boleh kurangkan atau diganti dgn 2 biji cili merah)
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Sotong dicuci bersih, buang dakwatnya, muncung dan mata sotong, kendian dikerat. Bahagian badan sotong dibersihkan dibelah dua dan dibersihkan. Kelar2 bahagian dlm sotong (kelar kanan dan kemudian kelar kiri secara serong), kemudian potong pd saiz sederhana, buat kaedah sama utk baki seekor lagi, cuci dan toskan. Jika guna sotong saiz kecil, blh dikerat bulat2 saja. Panaskan air dan celur sotong tadi selama 20 saat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dlm kuali, anggaran 3/4 cawan. Sementara minyak panas, satukan bahan2 kisar halus dgn rempah kari ikan, kacau rata sehingga menjadi pes. Bila minyak panas, masukkan pes rempah dan cili kisar. Kacau rata dan masak sehingga garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. 
  3. Masukkan santan, asam gelugor, gula melaka dan kerisik. Kacau rata dan masak sehingga pekat dan pecah minyak. Tambah kacang panjang dan daun limau purut, perasakan dgn garam secukupnya. Masukkan sotong yg telah dicelur tadi, gaul rata dan akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, kacau dan terus matikan api. Blh hidangkan bersama nasi atau roti…Selamat mencuba!
Loading...

Tags: #Kacang #Panjang #Rendang #Resipi #sotong

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI RENDANG SOTONG KACANG PANJANG"