Assalammualaikum, salam semua. Bertemu kembali dgn tuan tanah, haha, macam salah mkn ubat ajer si mat tu, yea dak, mukadimah ajer dah mula merepek2. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi dr Indonesia, tak tau lah rendang ni memang dr sana atau ia telah diubah suai. Rendang daging yg che mat bikin hari ini agak berbeza sedikit, tapi bahan2 asasnya hampir sama, cuma tak menggunakan kerisik. Rasa dia macam takde beza sangat dgn rendang Malaysia. Penggunaan herba2 juga sama kecuali ditambah daun salam. Resipi asal kurang pedas sebab dia orang guna cili hidup. Tapi che mat ubah suai sedikit, dgn menambah cili kisar dan juga cili padi. Tekak orang kita ni kalau tak pedas manalah nak selera, kurang stimm….

Che mat bikin guna daging batang pinang dlm sekati atau 600+ gram. Kalau guna daging biasa kenalah masak lama sikit, sebab daging batang pinang kan cepat empuk, jadi cuma guna santan pekat dr sebiji kelapa. Kalau takde santan segar, blh guna santan kotak yg kecil tu (200 ml) dan tambah sedikit air. Che mat syorkan guna santan KARA, setakat ni santan kara rasa dia memang hampir sama dgn santan segar. Kebetulan mak che mat puasa sunat hari Isnin, jadi blhlah dia mkn dgn lemang masa bukak puasa nanti. Lemang tu kami memang beli lebih, kemudian dibekukan dlm freezer. Bila nak mkn blh dikukus atau dipanaskan dlm microwave. Kalau guna microwave pastikan lemang ditaruk dlm bekas bertutup, kalau tak lemang jadi kering. Bagi yg nak mencuba rendang daging Indonesia, che mat kongsikan resipinya di bawah ini. Resipi asal blh lihat di sini
BAHAN-BAHANNYA
600+ gram daging batang pinang atau daging pejal, hiris lawan urat, cuci dan toskan
500 ml santan dr sebiji kelapa (atau 1 kotak – 200 ml santan Kara + 300 ml air panas)
2 batang serai, diketuk
4 helai daun limau purut, kalau saiz daun besar, guna 2
2 helai daun salam, blh ganti dgn bay leaf
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor – che mat tambah
1/4 cawan cili kisar
1 camca besar gula melaka
2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh penuh jintan manis*
1 camca teh penuh jintan putih*
1/2 camca besar lada sulah*(*digoreng tanpa minyak, kemudian kisar kering sehingga halus)
1 biji pala. diparut
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 🙂
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
3 biji buah keras, dihiris
1/4 cawan cili padi kampung, optional
CARA MEMBUATNYA 🙂
- Panaskan minyak dlm kuali, anggaran 1/3 cawan. Tumis serai sehingga harum, masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing. Tambah bahan2 kisar halus dan parutan biji pala, kacau rata dan masukkan rempah ratus yg telah dikisar kering tadi. Gaul dan masak sehingga naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
- Masukkan santan, kacau dan biarkan mendidih. Masuk daging daun kunyit, daun salam dan laun limau purut. Kacau rata, masak dgn api kecil sehingga pekat. kacau sekali sekala agar tidak hangus.
- Tambah asam gelugor, perasakan dgn sedikit garam dan masukkan juga gula melaka. Kacau rata, masak sehingga pecah minyak dan rendang kering, jika daging masih belom empuk, blh tambahkan sedikit air panas. Rasa, jika perlu baru dimasukkan sedikit lagi garam. Masak sekejap lagi, dan blh matikan api. Hidangkan dgn ketupat, lemang atau nasi. Selamat mencuba!
Tags: #Daging #indonesia #Rendang #Resipi
Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & SenangFULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video: