RESIPI PUDING ROTI

Loading...

rsz_prmg
Assalammualaikum, salam semua dan belum terlewat rasanya utk che mat ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yg 61. Hari ni nak kongsikan dgn semua resipi puding roti yg amat senang dan paling enak dimakan ketika cuaca panas dan semestinya dihidangkan sejuk. Mungkin ini resipi yg biasa anda buat di rumah dan puding roti salah satu hidangan pencuci mulut yg paling mudah disediakan. Che mat pun tak merancang nak bikin puding roti hari ni, cuma rasa stress bila tengok ada baki 5 keping roti yg expired datenya hari ini (tau tak, bila nak bikin tadi, tengok balik, rupanya bukan 5 keping, tapi 4 keping wakk!, grrrr, nampak tak tahap ke stress an pakcik kau…huhu). Che mat takde resipi khusus utk kali ini, cuma resipi asas dan bahan2 lain tu blh tambah ikut suka hati masing, nak taruk coklat cip blh, kismis blh atau kosong macam tu pun ok, takde masalah.

rsz_prmg2

Di sebabkan dlm freezer che mat ada frozen raspberry dan blueberry, jadi kita gunakan sajalah, cuma toksah taruk banyak sangat. Buah2an ni rasa dia agak masam, jadi ini dapat mengurangkan rasa muak puding roti bila kita mkn dgn sos kastard atau blh juga ditambah dgn aiskrim vanilla masa nak mkn nanti. Kalau ada strawberi pun blh juga dimasukkan sekali, ikut apa yg anda suka. Resipi ini cukup utk 4 – 5 hidangan, kalau nak buat lebih blh gandakan resipi. Selain roti putih biasa, blh juga guna roti butterscotch gardenia atau roti croissant pun sedap. Meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini, jangan lupa mencuba…

BAHAN-BAHANNYA 🙂
4 keping roti sandwitch Gardenia
Campuran buah raspberry dan blueberry secukupnya
1 cawan susu cair
1 biji telur gred A
1 camca besar mentega, cairkan dan biar sejuk
2 camca besar golden syrup
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar gula pasir
Sedikit mentega, anggaran 3 – 4 camca teh

BAHAN-BAHAN SOS KASTARD 🙂
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air
1 camca besar penuh gula pasir
1 camca besar penuh tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. UNTUK PUDING ROTI :- Panaskan oven pd suhu 180C. Sapu acuan tahan panas berukuran 7 inci x 5 inci x 3 inci dgn mentega, ketepikan. Dlm mangkuk besar, satukan susu cair, golden syrup, telur, esen vanilla dan mentega cair. Kacau dgn whisk sehingga semua sebati, tapis dan ketepikan.  Roti dipotong 4 setiap 1, terpulang sama ada nak buang kulit tepinya dulu atau tidak. Che mat tak buang. 
  2. Susun 1/2 bahagian roti dlm bekas yg telah disediakan tadi. Tuang separuh bancuhan kastard, dan tabur rata 1/2 bahagian campuran buah raspberry dan blueberry tadi. Susun baki roti dan tuang baki kastard, tekan2 sedikit dgn belakang sudu agar roti menyerap dgn kastard, dan tabur rata baki campuran buah2an. Sudukan sedikit mentega pd beberapa bahagian permukaan puding, kemudian tabur sedikit gula pasir. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dr oven dan biarkan sejuk sepenuhnya.
  3. UNTUK SOS KASTARD :- Satukan semua bahan2 utk sos kastard kecuali esen vanilla. Kacau rata dgn whisk dan tapis ke dlm periuk, masak dgn api kecil dan kacau sentiasa sehingga mendidih dan kastard pekat sedikit. Matikan api, tambah esen vanilla dan kacau rata. Biar sehingga hilang wap panas dan simpan dlm peti sejuk.
  4. UNTUK MENGHIDANG :- Ceduk secukupnya puding roti yg telah sejuk tadi ke dlm mangkuk sesuai, kemudian tuang sos kastard secukupnya. Jika suka blh tambah satu scoop aiskrim vanilla. Hindangkan segera. Selamat mencuba!
Loading...

Tags: #Puding #Resipi #Roti

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "RESIPI PUDING ROTI"