RESIPI PUCUK PAKU DAN PETOLA TUMIS BELACAN

10135046196 955eaa36c4 1 - RESIPI PUCUK PAKU DAN PETOLA TUMIS BELACAN
Assalammualaikum, salam semua..Entah bila punya resipi che mat lupa taruk kat blog. Jadi malam ni marilah kita tengok resipi mudah cara2 kau nak menghabiskan stok2 sayur yg mula kelihatan uzur dlm peti sejuk masing2. Tak salah kita gabungkan beberapa jenis sayur dlm satu masakan, alaa macam sayur lodeh tu, kau tengok lah berapa banyak jenis dimasukkan sekali. Macam dlm gambar kat atas tu, che mat gabungkan pucuk paku merah dgn petola…mesti hairan, yea dak. Tapi kau percayalah nak, tak rugi mencuba, sedap okeh, lawankan pulak dgn ikan goreng dan sambal belacan. Satu lagi kalau menu2 macam ni, tak blh dimeriahkan sangat dgn lauk pauk yg macam2, nanti rasa tak sedap sebab dah bercampur aduk. Dia kena yg simple2 jer, nasi panas, sambal belacan, ikan goreng dan kicap…..atau kalau suka kau bikin telur mata. nasi tu masak lembut sikit, baru terangkat masa mkn….tak pdng yg lain dah wakk!..
BAHAN-BAHANNYA 🙂
1 cekak pucuk paku jenis merah
1 biji petola manis saiz sederhana
1 camca besar sos tiram
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
10 tangkai cili padi kampung
Garam secukup rasa
1/2 cawan air
Hirisan cili merah utk hiasan
CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Pucuk paku merah diasingkan dr tangkainya, cuci dan toskan. Petola manis dikupas kulit sehingga bersih, cuci, toskan dan potong sederhana tebal. Tumbuk bawang besar, bawang putih, belacan dan cili padi sehingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan 2 atau 3 camca besar minyak masak. Tumis bahan2 tumbuk halus tadi sehingga harum, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan sos tiram, kacau dan tuang air. Biarkan mendidih. Masukkan petola dan juga pucuk paku, kacau rata.
  3. Masak sehingga petola dan pucuk paku lembut. Perasakan dgn garam secukupnya, dan jika suka berkuah, blh tambah sedikit atau secukupnya air panas. Rasa dan jika ok blh matikan api. Hias dgn hirisan cili merah (jika suka), hidangkan dgn nasi panas dan lauk2 lain. Sedap dimakan panas… Selamat mencuba!!

Loading...

Tags: #BELACAN #Paku #PETOLA #Pucuk #Resipi #Tumis

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "RESIPI PUCUK PAKU DAN PETOLA TUMIS BELACAN"